Isnin, 28 Februari 2011

Memang Kreatif la...


Aku jugak salah seorang peminat dan pengumpul lego mmg cute2x semua minifigs ni ....ooohhhh star wars lego kenape la harga ko mahal sangat...kalau tak mahal maunye aku borong banyak2x buat batalion askar ....

Hahahahahaha memang la cute-mute bergeliga kepala hotak mat salleh memanipulasikan benda2x yang dulunya terperap dalam almari kaca hingga menjadi antara gambar2x yang paling kreatif

Ahad, 27 Februari 2011

Kembang Terhalang

Rindu tenggelam berselubung pilu
Bunga-bunga cinta kembang terhalang
Kemarau menghampiri

Mungkingkah dia merawat lara
Di ditinggalkan pergi untuk selamanya
Bagai diriku jua

Dalam rindu membuai derita
Di penghujung alam cinta
Mungkin ada penawar rahsia
Walau hanya secangkit saja
Kita sama rantai jiwa diolokkan cinta

Di sini aku tercambah rindu
Ingin ku membelai untuk pengimpian
Untuk harungi jiwa

Threshold Duniaku 2



Khamis, 24 Februari 2011

Produk terbaru dari Canon 1100D / 600D

Produk terbaru dari canon...
Sebagai seorang pengguna produk canon saye saje nak buat preview sikit tentang dua jenis kamera DSLR kepada yang baru nak menceburi bidang fotografi berikut ada gambar dan sedikit info mengenai keupayaan kamera-kamera tersebut.





Spesifikasi 1100D
  • 12MP CMOS sensor
  • 9-point AF system (up from 7 on the 1000D)
  • 63-area iFCL color-sensitive metering (from EOS 7D)
  • 720p movie recording at 30 or 25fps (H.264 compression)
  • 2.7" LCD, 230,000 dots
  • ISO 100-6400 (no expansion)
  • Basic+ creative point-and-shoot mode
  • Eye-Fi wireless SD card compatible menu options
Spesifikasi 600D
  • Vari-angle display
  • Scene intelligent Auto Mode
  • 'Basic+' creative controls in scene modes
  • 'Creative Filters' can be applied to images in playback mode
  • Multi-aspect ratio shooting (3:2, 4:3, 16:9, 1:1, previewable in Live View)
  • Integrated Wireless flash controller with multi-flash support
  • 'Video Snapshot' mode
  • Auto Lighting Optimizer now adjustable in 4 levels
  • Feature Guide
  • Image rating (1-5 stars)
  • Eye sensor for LCD display replaced by 'DISP' button
  • Marginally larger and heavier

Bila Gergasi Bercerita Tentang Cintanya...

INI BUKAN CERITA DONGENG SANG KELEMBAI

Sebenarnya aku berkias sikit mengenai tajuk ni . Bukan cerita pasal aku tapi ketika aku sedang berbelanja menghabiskan pendapatan bulanan yang tak seberapa tadi di sebuah pasaraya gergasi. begini ceritanya sibuk sangat mencari di manakah pisau cukur kat pasaraya gergasi ni terjenguk2x mana la pisau cukur ni...huh sini rupanya!!!... sambil membelek-belek harga sebab perbelanjaan kene jaga jangan main beli jer tauwww...kahkahkah... Aq..( aku) dalam belek tu belakang aku ada dua orang pekerja gergasi tengah berbual mengenai kisah yang aku dah dapat agak mengenai kisah CINTA....... ikuti dialog yang aku ingat

Lelaki Gergasi mengadu masalah cinta kepada PG Perempuan gergasi ( kaunselor tak berdaftar )

LG: saya dah rasa bosan dengan dia ( awek LG) dia buat saya mcm aper tah...

PG: sabar la nanti akak tolong settle ( SO SWEEETTTT hehe yang ni aku tambah)

LG: Bayangkan ...saya dalam lama tak pakai no maxis tu dia tolong top up kan..saya tak mintak pun tapi entahlah dia rajin sangat nak tolong top up kan..tapi dalam baik tu dia mcm menduakan saya . tapi bila dia tau dia dah kantoi dia nak saya maafkan dia dan dia sanggup bagi apa saje kad kredit ,handset dan macam2x lagi... no maxis yang saya lama dah tak pakai dia tolong top upkan sedangkan saya malas nak on9 guna nombor tu.. ( hah!!!! on9) sah bute IT saya tau saya ni kerja tak seberapa tapi maruah saya kak... ( yang ni aku tak faham ketawa la jugak tp cover ) melunaskan hutang ketawa aku dalam kereta mase nak balik

PG: takpe nanti akak slow talk dengan dia ( uiiii baiknye hati mu)

Aku pun blah la... paling ke belakang uiiii hansome rupenyer sah-sah la ko ni ANAK IKAN adoihaiii... kahkahkahkahkah.... what the hell man!!!!... aiii macam2x dalam dunia ni.

Pesananku:
- Jangan banyak sangat buat dosa
- Hubungan bagi mereka yang belum kahwin perlu lah ada batasnya ...
- top up la banyak2x untung aku kahkahkahkahkah!!!!!!....

Cerita Bihun Goreng Part 2

Info : Bihun atau mihun merupakan nama salah satu jenis makanan dari Tiongkok, bentuknya seperti mi namun lebih tipis. Dalam bahasa Inggris disebut rice vermicelli atau rice noodles atau rice sticks. Bihun berasal dari bahasa Tionghoa, yaitu “Bi” artinya beras dan “hun” artinya tepung. Bahan baku bihun sendiri terbuat dari tepung beras. Makanan tersebut sangat terkenal dari negara Cina dan Asia Selatan, seperti India.

Kelaparan terhadap makanan yang gi gelar oleh manusia Bihun / Mee hoon /Mee halus/ Mee rambut amoi ( ada ka??) tak kiralah yang di goreng atau di letakkan kuah yang menjadikannya Mee hoon Sup. Aku memang suka sangat makan bende alah ni tak kiralah ianya sedap asal jangan berketul-ketul mcm nasi himpit..tidak mengurai seperti yang biasa di lihat.
Nak di jadikan cerita yang peristiwanya berlaku lebih kurang dua jam tadi aku macam biasalah mengorder makanan kegemaran aku. menunggu lebih kurang dalam 10 minit kerana banyak order dan manusia yang bergendelangan makan di situ pun makin malam makin ra
mai... dan sampailah pesanan aku tadi ... ehhhhh..... ( tak tegur la...sebab bende nak makan jangan celupar kang tak pasei2x..sakit perut) selak punya selak dalam hati berkata " eh ni mee hoon goreng ke nasi himpit??," bayangkan tuan-tuan dan puan-puan berketul-ketul mee nye..potong stim betul sayurnya di potong besar wahhh ini kalau budak makan confirm mak tolong tarik ketika proses pembuangan najis hehehehe sangkut kot banyak dahan...kahkahkahkahkah.....
Banyak kerugian pada perbelanjaan pada bulan ni terutama pakaian tracksuit memang dah lama aku tak beli dan pakai yang lama di mana pengudaraan pada celah kangkang jelas terlihat itu yang membuatkan aku nak beli baru tu.. ikut la saiz lama XXL cuba try test pakai mangaiii sendat perghhhh asudahhhh !!!!... confirm kegemukan terlampau rasenye nak kene tukar esok ni yang aku beli brand pisau toreh ataupun budak2x aku kata brand Nike terbalik ( Kronos) rasenyer kene ambik seluar Diadora tu jugak la...alahaiiii... kene aktif balik bersukan dan kerana berhenti bersukan la badan aku mcm ni...aktif kembali aktifkan dirimu...

Nota Ringkasku
-Calon isteriku haruslah pandai masak Mee Hoon bukannye nasi himpit
-Hari2x makan mee hoon tak la...makan la nasik jugak... errmmmm panjang!!!!...
-Aku sakit perut kalau makan nasi himpit...Wehehehehe!!!!....

Selasa, 22 Februari 2011

WAHHHHH.......MANYAK BAGUT


Sebagai seorang peminat dan pengumpul minifigures lego tegar sudah tentu akan akan terperanjat dan mengatakan wowwwwww!!!!!... memang comel dan cantik

Mengikut informasi ini adalah siri ke-4 tahun 2011 sudah ada di pasaran atau tidak entah la...banyak jugak model2x baru akan berada di pasaran tahun 2011 ni..tunggu jer la...

gambar ehsan dari Boris brick/grogall's Brickshelf folder.

Isnin, 21 Februari 2011

Menanam Tunas Yang Baru

Bukanlah nak bercerita mengenai bidang pertanian yang minatku hanya suam-suam kuku sahaja .Entri ini berkenaan tentang beberapa program yang di jalankan pada tahun ini .Aku buat benda yang aku minat jer. Benda aku tak minat aku tolak tepi. Dari segi bajet program macam ni memang la tak di risaukan sangat sebab pakai apa yang ada. Perbelanjaan di gunakan ketika adanya perlawanan persahabatan dan juga menyertai perlawanan.




Jangan ada yang sesedap mulut di peringkat akar umbi takde program tunas mcm ni, yang menjadi kekangan adalah dari segi tenaga jurulatih dan masa. sabtu ahad bagi aku dan rakan-rakan seperti tiada erti nak buat macam mana setiap kejayaan perlu lah pengorbanan. Kita contohi la apa yang positif dari barat mengenai pembangunan sukan mereka. Aku ni pun nak kata terlalu bagus melatih budak2x ni takde la sangat cuma belajar dari pengalaman dan ade cedok sedikit ilmu-ilmu dari orang lama dan membuat sedikit kajian di you tube dan laman-laman web pembangunan pemain bola sepak di peringkat akar umbi. Aku akan terus berusaha untuk mencapai kepuasan dalam diri aku... sekarang pun tengah mengintai-intai peluang2x kursus jurulatih biar lagi mantap!!!!!.......


Nak jadi seperti mokhtar dahari..... boleh tapi tak mungkin
jadilah diri sendiri dan corak yang di ukir oleh diri sendiri...

Perlibahasa / Simpolan Bahasa

Jangan menanak bubur di tepi mulut
Bermaksud = Jangan bercakap terlalu lama hingga air liur terkumpul di tepi mulut yang kadangkala hingga berbuih.....werkhhhhh.... siap isap lagi slurrrpppp.....

Hensem lagi mat nepal
bermaksud= kerana kesombongan dan tahap gay yang tak dapat di bendung lalu perempuan itu mengutuk lelaki di negara ini yang hensem2x belaka " hensem lagi mat nepal" padahal gay jugak tp tak semua.

Saya Takut tengok kereta dia
Bermaksud= orang akan takut bila rumahnya di datangi oleh pelawat misteri yang datang dengan kereta mewah .Kerana ketakutannya itu van jenazah yang di katakan berhantu selalu lalu-lalang pada setiap malam tidak dihiraukan

Memancing di darat dapat banyak memancing di laut dapat sikit
Bermaksud = Ramai pemancing menjadikan hobi mereka memancing dan isteri mereka lagi rela memancing di pasar kerana banyak jenis ikan untuk di pilih.Duit sape?? suami jugak...

Macam Kepala kura-kura
Bermaksud= tiada orang lain yang hebat darinya bila tiada pesaing seperti kura-kura akan mengeluarkan kepalanya dari cengkerang sepanjang yang mungkin ,tapi bila di lihat oleh penjaganya..dengan secepat dan sepantas akan memasukkan semula kepalanya...


Sekian untuk malam ini
Bermaksud= penulis blog ni dah takde idea. Beliau mendapat idea untuk mengarut pada malam ini ketika di resoran mamak dan ketika sedang memandu.

Selamat Malam
Bermaksud= masa untuk tidur jangan sampai punch card dakwat merah esok...




Pembentukan Awan


SETAKAT INI BELUM LAGI TERLIHAT PEMBENTUKAN AWAN BERWAJAH MJ

Apa tunggu lagi Sambung Lagi La....


Tercetusnya idea nak menaip tentang cerita ni ialah mengenai kejayaan rakan-rakan yang berjaya meneruskan pembelajaran mereka dalam program pensiswazahan guru ...

berikut adalah reaksi mereka..

Yeah aku dapat!!!...
yahooo aku dapat sambung belajar ...
kembali menghadap pensyarah dan assigment ..
takpe tahun ni tak dapat ...tahun depan cuba lagi
akhirnyaaaaaa.......

Reaksi aku pulak...uiii rugi tak mintak...ramai yang dapat hehehe sebenarnya aku memang tak mintak pun..dulunya aku ingin menetap terus di negeri ni sebab cita-cita aku nak menyambung pengajian aku sehingga tahap yang aku sendiri boleh capai alang2x terus jadi profesor wehhhh.... tapi itu semua hanya angan-angan belon bila di cucuk oleh sesuatu yang tajam maka akan pecah la angan-angan belon tu. cita-cita tu pun terus terkubur layu di tanah perkuburan tapi akan bangkit semula .
Ramai jugak kawan-kawan yang dah menamatkan pengajian mereka dan ada yang akan konvo dalam masa terdekat ni. Aku bukan apa bukannya takde niat untuk menyambung pengajian aku di mana-mana pun ,buat masa ini aku harus tumpu pada beberapa perkara dulu barulah aku boleh mengorek balik cita-cita yang terkubur tu. tahun depan mungkin jugak akan mohon..tahun depan lagi mungkin lagi akan memohon dan tahun depan lagi bergantung pada persediaan diri aku sendiri untuk meneruskan pengajian tu. bukan ape nak sambung belajar ni dah tentu pengorbanan lebih kepada masa dan wang ringgit. Tahun ni mohon perpindahan antara negeri sebab nak balik berkhidmat di negeri kelahiran dan pada masa itu jugak boleh la aku fikir nak menyambung pengajian aku tu..

Bahasa melayu ka?? oh tidakkkk......
sains ohhhh bukan bidang aku....
matematik ohhh tidak lagi untuk sekalian lagi dan lagi..
sains sukan?? ohhhhhh yesssss!!!!...




Ahad, 20 Februari 2011

Saya Datang ni sebab .......


  • Saya datang ni nak ubah nasib keluarga saya......
  • Saya datang jauh bang....
  • kerana saya rasa ,saya ada bakat saya datang kat sini...
  • Suara saya sedap kenapa dia tak nak ambik
  • Satu lagu lagi la...kasi la peluang
  • Saya datang sini cukup2x duit tambang untuk pergi....ni pun terpaksa jual.......
Aduhhhh kesian.... para orang2x yang mencuba nasib untuk menyertai sebuah prog realiti nyanyian.... walau kadang2x saya tengok agak memalukan dan ada jugak yang tersentuh di hati mengenai kesungguhan mereka yang sanggup bergolok gadai semata-mata nak menjadi
seorang penghibur.... yerr penghibur zaman sekarang tak seperti penghibur zaman dahulu...kepayahan mereka untuk jadi terkenal adalah di tahap sehingga makan nasi sebungkus makan 3 orang...
sekarang ni datang jer audition nyanyi mcm sedap rupa ada senang cerita pakej lengkap dapatla... ada jugak yang jenis tak dapat menerima kenyataan yang nyanyian mereka sebenarnya masih lagi di tahap kurang memuaskan dan tahap setakat boleh menyanyi ...
ape2x hal pun yang akan terpilih sebagai ............. tutttt...... selamat berjaya untuk aku nak sms nak mengundi tu tak rasenyer.. setakat aku layan gitu jer la bg yang suka sms dan mengundi untuk membantu peserta yang menjadi idaman tu silakan...duit anda..anda punya suka lah..tp pastikan memilih yang betul2x berbakat dan ada potensi untuk berjaya dan jangan pula setakat paras rupa cantik dan hensemnya mereka2x itu... last2x shooting untuk majalah kat tepi kolam jugak dengan seluar pendek berbunga2x.. masam...

Selamat berjaya saya harapkan....
jangan jadikannya alasan kesusahan hidup anda itu..
telah di takdirkan hidup kita begitu...
usahalah dengan cara lain
dari membuatkan orang lain menyumpah seranah
di hadapan TV...
ini pesanan saya...
Anda tidak ada hak untuk menghina mereka!!!!!...
hehehe.....

Sabtu, 19 Februari 2011

Wa mau rehat laaaaa.....


Sabtu ahad orang rehat kat rumah aku pulak sabtu ahad menghambakan diri di padang bola pagi dan petang rehat sebentar di rumah dari jam 12 hingga jam 4.00 petang ( bajet rajin la) bukan aku bermain di padang tetapi tugas yang sudah 4 tahun aku galas sebagai jurulatih menjadikan aku tidak ada masa yang banyak untuk berehat pada hari minggu.
Pada latihan sebelah petang agak penat sebab nak kawal dan latih budak2x yang ramai dengan skuad utama dan budak2x tunas bola sepak sekolah ni. Penat memang la penat tp nak buat macamana untuk mencapai kejayaan mesti la pengorbanan . Budak2x kalau tertinggal dalam seminggu atau 2 minggu takde latihan memang habis la dorang punya kecergasan.


Hari ni pun bola sepak sekolah bawah bimbingan aku ni ada perlawanan persahabatan dan masih mengekalkan kemenangan lagi .dan ramai yang menjangkakan akan menjadi pesaing kepada pasukan2x yang hebat janji dorang dapat mengekalkan momentum...eceh!!!....

Adakah harus di servis???...

Aduhhh kualiti gambar dah tak macam dulu...

Cara-cara mengubah Background blog anda...

Cara-cara nak ubah background bagi yang tak tau dan yang tau mudah dan mampu menceriakan blog anda dan melambatkan lagi loading ke blog anda...

Click pada design
Pilih ke Background

pilih ke select background image

Click pada upload image dan choose file . You can upload a JPG, GIF, or PNG file up to 300k in size.
For a full background, use images 1800x1600 or greater.

Selamat mencuba yerrr...

Jumaat, 18 Februari 2011

Keistimewaan Tasik Bera Sekarang

Bercutilah di dalam negara sendiri banyak tempat yang menarik untuk di lawati. Untuk mempromosikan tanah tumpahnya darahku dan tempat pertama aku melihat dan merasai oksigen iaitu bumi .. welcome to tasik bera . bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan dan kebisingan ibu kota cinta. Nah ini lah tempatnya banyak keistimewaan baru yang terdapat di tasik bera.

Tu dia ... jeti baru mangaiii... terjun tiruk best ni.. kalau banjir pun sengih jer tengok air kat bawah..
tempat menunggu giliran untuk menaiki bot mengelilingi tasik bera " ada tiket tak?? entah lah datang dulu baru tau..
Simbol tasik bera dulu banyak la ikan kelisa dalam sebutan semelainya "tengkelesak" kalau di sekitar tasik ni ikan kelisa jenis silver saja yang terdapat merah ke emas ke tak pasti .tapi lagi simbolik letak patung naga seri tasek ke buaya jenjulung ke.. tau apa dia buaya jenjulung ??? malayan false gharial bahasa saintifiknya .. seies...( serius ) ejaan budak2x sekarang memang menarik dan mengurangkan kos bagi mereka yang ingin bercuti dan mengurangkan kos perbelanjaan...


Gambar di curi dari empunya blog Bicara angin lalu.blogspot

Khamis, 17 Februari 2011

Jadi Harimau ,Harimau Jadian

Semua dah tau dan tak tau mengenai harimau jadian. Bukanlah spesis harimau yang sebenar tetapi ilmu yang di tuntut menjadikannya harimau jadian. Zaman sekarang penting ke ilmu macam nie?? tetttttt........ jawapan nya anda yang tentukan penting atau tidak itu bukan persoalannya.........
jika ada sesi temuduga
" awak ni datang nak mintak kerja kan??
" ya encik...
" fail serta sijil2x awk langsung tak bawak??
" sijik ke fail saya takde encik..tapi saya bawa ilmu"
" ada ilmu mesti ada sijil ,kalau mcm tu ilmu awak tak di iktiraf"
" tapi saya belajar tinggi!!!..."
"setinggi mana ilmu apa yang awk belajar??
" ilmu harimau jadian....... "
" Hoh!!!!... ( dalam masa 5 minit setiausaha telah menelefon pihak hospital dan pengurus yang bongkak lagi angkuh itu di bawa ke hospital berdekatan) .
Jika di sebuah negeri di semenanjung malaysia begitu popular dengan cerita-cerita harimau jadian ni,mungkin jugak HQ ada kat sana.. ada yang menceritakan datuk mereka mempunyai ilmu tersebut .Contoh cerita kawan aku mengenai datuknya yang konon boleh berubah menjadi seekor harimau " datuk aku kalau bulan mengambang jerr mesti duduk dalam hutan sampai 3 hari.... nak jadikan cerita ayah aku dengan adik dia pernah ikut datuk aku lepak dalam hutan malam pertama jer atuk aku sur
uh ayah aku dan adiknya panjat pokok besar ..mase tu dorang tak tau ape.. tapi bila nampak atuk aku jadi harimau mereka jadi takut!!" besar wooo... " sekarang ni datuk aku tak jadi harimau dah.... sebab ape?? kawan-kawan yang lain bertanya ... " sebab dah tua la...." itu cerita kawan aku mase sekolah rendah dulu.. ni pulak cerita aku ..cerita yang aku dengar terjadinya tahun lepas rasenye kalau aku tak kene kelepet ( bohong) la. Orang tua ni memang ada ilmu harimau jadian dan tua-tua dia pun boleh lagi menjelma kira masih dalam perkhidmatan la. kisahnya dia sakit sebab semasa tubuhnya berupa harimau jadian dia telah di tembak oleh pemburu yang sedang memburu yer la daging harimau serta organ dalamannya mahal kalau di jual. dan dengan itu harimau tu kena tembak la kena kat kaki dan nak di jadikan cerita
lagi dia terlepas la dari pemburu tersebut ...selepas beberapa minggu beliau terlantar sakit di rumah dah nazak dah pun... berpesan la beliau kepada anak-
anaknya " jangan nangis kalau aku nak mati nanti . Ketika hampir nyawa2x harimau anak-anaknya menahan tangisan yang sememangnya nak menangis yer la kan sedih. dalam nazak anaknya melihat ada perubahan pada tubuh ayah mereka dengan bulu-bulu halus telah melitupi tubuh badan orang tua yang sedang nazak tu . Kuku jari dan tangan makin memanjang . melihat akan kejadian itu menangis la anak-anaknya dan orang tua tu pun meninggal dunia. bak cerita orang tua yang tau akan perkara itu ialah " kalau anaknya tak menangis orang tua tu hidup balik dan terus jadi harimau sebab tu orang tua tu tak bagi anak-anaknya menangis .. kalau tak nangis aiiiiii entahlah apa nak jadi nanti...mesti semua kene ngapppp!!!!!...

Gambar ehsan dari Google
sumber cerita dari rakan-rakan dan keluarga...
terima kasih kerana membaca..



Rabu, 16 Februari 2011

Manyak lui di sungai Lui !!!!...

Leseki ala li mana2x punnn... tak kila atas langit bawah langit lalam kain punnn ala lezeki jugerr..
mali la sama-sama mencali lezeki yang halal punn...
sama-sama mencukuli segala likmat yang li kulniakan...
ta kaya janji bahagia sudah cukup punnn........
Padahal baru berapa 0.32 sen sangat
tp ok la puas hati
dalam masa beberapa hari jer dah dapat..sebanyak tu..lepas ni kene
banyakkan idea la kalau nak mencari cerita yang bagus2x...

CLICK UNTUK BESORRR!!!!....

Adakah anda seperti mereka dahulunya??


Pasti akan tersenyum keseorangan jika teringat zaman-zaman sekolah rendah dahulu. Jadinya untuk entri hari ni saya akan membawa penghayatan dan memori anda ke zaman zilam ......zaman tiada hutang,tiada sibuk memanjang dan sibuk benda-benda lain. Saya juga seorang guru sentiasa tersenyum keseorangan jika mengenangkan zaman-zaman persekolahan zaman rambut sikat belah tepi dan belah tengah ..
Bangun pagi sekolah memang seliat tanah liat tapi bila balik sekolah begitu pantas seperti broadband celcom ( jangan saman saya) .Hari yang di tunggu walaupun selalunya pada hujung tahun diadakan ialah hari kanak-kanak .Hari guru tak berapa syok sebab cikgu jer yang over time tu..Pada masa itu la kita nak tengok perangai-perangai cikgu yang over tak kira lah cikgu2x yang terkenal dengan kegarangan mereka tapi bila ada aktiviti pada hari guru perangai masing failed!!!!..kahkahkah..

Belajar rajin-rajin .Tugas kamu belajar ,tugas cikgu mengajar jangan malas-malas..pesanan aku...hehehe...cikgu malas takpe bulan2x dapat gaji kahkahkahkah... bukan malas mengajar yer.. kalau malas mengajar nantikan balasannya..

Waktu murid-murid bersenang lenang ye la kerja masing2x dah siap..nak fikir ape lagi terus menuju ke meja rakan-rakan mereka dan apa lagi main la. nak marah pun alaaaa...budak2x aku dulu mcm tu jugak..janji jangan bising .Macam biasalah aktiviti mereka bercerita ada yang bermain pemadam ( kalau pemadam paling banyak dia lah juaranya) yang aku rampas pun boleh tahan jugak sebab kena rampas sebab bermain ketika aku tengah mengajar.
Dunia sudah berubah dan benda-benda lain jugak sudah berubah begitu juga dengan dunia pendidikan . Semakin mencabar dunia sekarang tahap kepintaran,pembohongan pun makin advance jadi sabar lah yerrr...

Sifat2x mereka...
  • dalam kelas bising bila di tanyakan soalan diam seribu bahasa
  • angkat tangan konon nak jawab soalan tapi dengan spontan mengatakannya " tak tau..."
  • berbual ketika guru mengajar ( ada la sorang dua)
  • lambat salin latihan
  • tak buat kerja sekolah
  • pembodek tegar
  • geng-geng gesel meja guru terutamanya murid perempuan (rimas laaa)
  • geng hari rabu jer tak datang...( ade jugak yang jenis macam nie)
  • time ada subjek pendidikan jasmani peratus kehadiran 100% mantap..

Selasa, 15 Februari 2011

Kelas Bahasa Semelai

Selamat Malam kepada semua pengunjung setia ,pengunjung terpaksa dan yang sesat kehadiran anda di blog ini di alu-alukan..

Hari ni nak mengajar mengenai bahasa semelai harap-harap ada yang sudi nak belajar.. apakah itu semelai??.. semelai adalah salah satu suku kaum proto malay ( melayu asli)

Dan buat pertama kali saya ajarkan yang asas sahaja..

Kata ganti nama dalam semelai

En = Saya

yea = saya

ko = kau/awak ( bahasa yang agak kasar)

Jie / G = awak/anda ( bahasa sopan) sesuai di gunakan untuk orang yg baru di kenali

Keh = dia

Deh = Mereka

Yeak = Kami


1. Apa khabar = Manday khabar ( sebutan manday ( monday)

2. Lach Cha = dah makan

3. beah = bukan

4. dom = yea /ya ( mengiyakan sesuatu)

5.Petom = Malam

6. Som = pagi

7. Tengaharik = tengahari

8. Jer Jor = Buang air kecil/ kencing

9. Cher Earch = Buang air besar /Berak

10. Luka = Lukak ( darah = Maham)

11. Suak = jalan /berjalan

12. Jeteq = tidur

13. Cho = Anjing bahasa lain bagi sebutan ini ialah "Penebor"

14. Do oh = ladang/kebun

Panggilan dalam sebuah institusi keluarga semelai

Muyang = Moyang
Mak = ibu /bonda
Bapak = Ayah
E Ek = abang
kakak = kakak
Tuk Aki = Datuk
Tuk Wan = Nenek
Bong / Wak Embong / Mak Bong = Pak Long anak pertama ( sebutan yang di gunakan untuk memanggil bapa/ibu saudara
Pak Ngah/ Mak Ngah = anak kedua dalam keluarga ( panggilan untuk ibu/bapa saudara )
Pak Itam / Mak Itam = anak ketiga dlm keluarga ( panggilan untuk ibu/bapa saudara )
Pak Uda / Mak Uda = anak keempat dlm keluarga ( panggilan untuk ibu/bapa saudara )
Pak Lang / Mak Lang = anak kelima dlm keluarga ( panggilan untuk ibu/bapa saudara )
Andak / Mak Andak = anak keenam ( panggilan untuk ibu/bapa saudara )
Busu = Pak su/Mak su = anak bongsu ( panggilan untuk ibu/bapa saudara )

itu sahaja untuk malam ni

Selamat Petom