Selasa, 15 Februari 2011

Kelas Bahasa Semelai

Selamat Malam kepada semua pengunjung setia ,pengunjung terpaksa dan yang sesat kehadiran anda di blog ini di alu-alukan..

Hari ni nak mengajar mengenai bahasa semelai harap-harap ada yang sudi nak belajar.. apakah itu semelai??.. semelai adalah salah satu suku kaum proto malay ( melayu asli)

Dan buat pertama kali saya ajarkan yang asas sahaja..

Kata ganti nama dalam semelai

En = Saya

yea = saya

ko = kau/awak ( bahasa yang agak kasar)

Jie / G = awak/anda ( bahasa sopan) sesuai di gunakan untuk orang yg baru di kenali

Keh = dia

Deh = Mereka

Yeak = Kami


1. Apa khabar = Manday khabar ( sebutan manday ( monday)

2. Lach Cha = dah makan

3. beah = bukan

4. dom = yea /ya ( mengiyakan sesuatu)

5.Petom = Malam

6. Som = pagi

7. Tengaharik = tengahari

8. Jer Jor = Buang air kecil/ kencing

9. Cher Earch = Buang air besar /Berak

10. Luka = Lukak ( darah = Maham)

11. Suak = jalan /berjalan

12. Jeteq = tidur

13. Cho = Anjing bahasa lain bagi sebutan ini ialah "Penebor"

14. Do oh = ladang/kebun

Panggilan dalam sebuah institusi keluarga semelai

Muyang = Moyang
Mak = ibu /bonda
Bapak = Ayah
E Ek = abang
kakak = kakak
Tuk Aki = Datuk
Tuk Wan = Nenek
Bong / Wak Embong / Mak Bong = Pak Long anak pertama ( sebutan yang di gunakan untuk memanggil bapa/ibu saudara
Pak Ngah/ Mak Ngah = anak kedua dalam keluarga ( panggilan untuk ibu/bapa saudara )
Pak Itam / Mak Itam = anak ketiga dlm keluarga ( panggilan untuk ibu/bapa saudara )
Pak Uda / Mak Uda = anak keempat dlm keluarga ( panggilan untuk ibu/bapa saudara )
Pak Lang / Mak Lang = anak kelima dlm keluarga ( panggilan untuk ibu/bapa saudara )
Andak / Mak Andak = anak keenam ( panggilan untuk ibu/bapa saudara )
Busu = Pak su/Mak su = anak bongsu ( panggilan untuk ibu/bapa saudara )

itu sahaja untuk malam ni

Selamat Petom

8 ulasan:

katupan berkata...

apa pasal itu no 10 lain mcm je??

Mr V berkata...

yoh katup menyimpan duit di dalam lampu suluh

Cik SHiNJU berkata...

manday khabar? :)

Mr V berkata...

khabar elok... cik shinju

sakura putih berkata...

selamat petom cikgu...

sakura putih berkata...

selamat petom cikgu..

vienni v v berkata...

mmmm....sikit2 boleh larr paham

Miey Erosennin berkata...

kalo menggerd0?