Isnin, 21 Februari 2011

Apa tunggu lagi Sambung Lagi La....


Tercetusnya idea nak menaip tentang cerita ni ialah mengenai kejayaan rakan-rakan yang berjaya meneruskan pembelajaran mereka dalam program pensiswazahan guru ...

berikut adalah reaksi mereka..

Yeah aku dapat!!!...
yahooo aku dapat sambung belajar ...
kembali menghadap pensyarah dan assigment ..
takpe tahun ni tak dapat ...tahun depan cuba lagi
akhirnyaaaaaa.......

Reaksi aku pulak...uiii rugi tak mintak...ramai yang dapat hehehe sebenarnya aku memang tak mintak pun..dulunya aku ingin menetap terus di negeri ni sebab cita-cita aku nak menyambung pengajian aku sehingga tahap yang aku sendiri boleh capai alang2x terus jadi profesor wehhhh.... tapi itu semua hanya angan-angan belon bila di cucuk oleh sesuatu yang tajam maka akan pecah la angan-angan belon tu. cita-cita tu pun terus terkubur layu di tanah perkuburan tapi akan bangkit semula .
Ramai jugak kawan-kawan yang dah menamatkan pengajian mereka dan ada yang akan konvo dalam masa terdekat ni. Aku bukan apa bukannya takde niat untuk menyambung pengajian aku di mana-mana pun ,buat masa ini aku harus tumpu pada beberapa perkara dulu barulah aku boleh mengorek balik cita-cita yang terkubur tu. tahun depan mungkin jugak akan mohon..tahun depan lagi mungkin lagi akan memohon dan tahun depan lagi bergantung pada persediaan diri aku sendiri untuk meneruskan pengajian tu. bukan ape nak sambung belajar ni dah tentu pengorbanan lebih kepada masa dan wang ringgit. Tahun ni mohon perpindahan antara negeri sebab nak balik berkhidmat di negeri kelahiran dan pada masa itu jugak boleh la aku fikir nak menyambung pengajian aku tu..

Bahasa melayu ka?? oh tidakkkk......
sains ohhhh bukan bidang aku....
matematik ohhh tidak lagi untuk sekalian lagi dan lagi..
sains sukan?? ohhhhhh yesssss!!!!...




Tiada ulasan: