Isnin, 21 Februari 2011

Menanam Tunas Yang Baru

Bukanlah nak bercerita mengenai bidang pertanian yang minatku hanya suam-suam kuku sahaja .Entri ini berkenaan tentang beberapa program yang di jalankan pada tahun ini .Aku buat benda yang aku minat jer. Benda aku tak minat aku tolak tepi. Dari segi bajet program macam ni memang la tak di risaukan sangat sebab pakai apa yang ada. Perbelanjaan di gunakan ketika adanya perlawanan persahabatan dan juga menyertai perlawanan.




Jangan ada yang sesedap mulut di peringkat akar umbi takde program tunas mcm ni, yang menjadi kekangan adalah dari segi tenaga jurulatih dan masa. sabtu ahad bagi aku dan rakan-rakan seperti tiada erti nak buat macam mana setiap kejayaan perlu lah pengorbanan. Kita contohi la apa yang positif dari barat mengenai pembangunan sukan mereka. Aku ni pun nak kata terlalu bagus melatih budak2x ni takde la sangat cuma belajar dari pengalaman dan ade cedok sedikit ilmu-ilmu dari orang lama dan membuat sedikit kajian di you tube dan laman-laman web pembangunan pemain bola sepak di peringkat akar umbi. Aku akan terus berusaha untuk mencapai kepuasan dalam diri aku... sekarang pun tengah mengintai-intai peluang2x kursus jurulatih biar lagi mantap!!!!!.......


Nak jadi seperti mokhtar dahari..... boleh tapi tak mungkin
jadilah diri sendiri dan corak yang di ukir oleh diri sendiri...

Tiada ulasan: