Khamis, 17 Februari 2011

Jadi Harimau ,Harimau Jadian

Semua dah tau dan tak tau mengenai harimau jadian. Bukanlah spesis harimau yang sebenar tetapi ilmu yang di tuntut menjadikannya harimau jadian. Zaman sekarang penting ke ilmu macam nie?? tetttttt........ jawapan nya anda yang tentukan penting atau tidak itu bukan persoalannya.........
jika ada sesi temuduga
" awak ni datang nak mintak kerja kan??
" ya encik...
" fail serta sijil2x awk langsung tak bawak??
" sijik ke fail saya takde encik..tapi saya bawa ilmu"
" ada ilmu mesti ada sijil ,kalau mcm tu ilmu awak tak di iktiraf"
" tapi saya belajar tinggi!!!..."
"setinggi mana ilmu apa yang awk belajar??
" ilmu harimau jadian....... "
" Hoh!!!!... ( dalam masa 5 minit setiausaha telah menelefon pihak hospital dan pengurus yang bongkak lagi angkuh itu di bawa ke hospital berdekatan) .
Jika di sebuah negeri di semenanjung malaysia begitu popular dengan cerita-cerita harimau jadian ni,mungkin jugak HQ ada kat sana.. ada yang menceritakan datuk mereka mempunyai ilmu tersebut .Contoh cerita kawan aku mengenai datuknya yang konon boleh berubah menjadi seekor harimau " datuk aku kalau bulan mengambang jerr mesti duduk dalam hutan sampai 3 hari.... nak jadikan cerita ayah aku dengan adik dia pernah ikut datuk aku lepak dalam hutan malam pertama jer atuk aku sur
uh ayah aku dan adiknya panjat pokok besar ..mase tu dorang tak tau ape.. tapi bila nampak atuk aku jadi harimau mereka jadi takut!!" besar wooo... " sekarang ni datuk aku tak jadi harimau dah.... sebab ape?? kawan-kawan yang lain bertanya ... " sebab dah tua la...." itu cerita kawan aku mase sekolah rendah dulu.. ni pulak cerita aku ..cerita yang aku dengar terjadinya tahun lepas rasenye kalau aku tak kene kelepet ( bohong) la. Orang tua ni memang ada ilmu harimau jadian dan tua-tua dia pun boleh lagi menjelma kira masih dalam perkhidmatan la. kisahnya dia sakit sebab semasa tubuhnya berupa harimau jadian dia telah di tembak oleh pemburu yang sedang memburu yer la daging harimau serta organ dalamannya mahal kalau di jual. dan dengan itu harimau tu kena tembak la kena kat kaki dan nak di jadikan cerita
lagi dia terlepas la dari pemburu tersebut ...selepas beberapa minggu beliau terlantar sakit di rumah dah nazak dah pun... berpesan la beliau kepada anak-
anaknya " jangan nangis kalau aku nak mati nanti . Ketika hampir nyawa2x harimau anak-anaknya menahan tangisan yang sememangnya nak menangis yer la kan sedih. dalam nazak anaknya melihat ada perubahan pada tubuh ayah mereka dengan bulu-bulu halus telah melitupi tubuh badan orang tua yang sedang nazak tu . Kuku jari dan tangan makin memanjang . melihat akan kejadian itu menangis la anak-anaknya dan orang tua tu pun meninggal dunia. bak cerita orang tua yang tau akan perkara itu ialah " kalau anaknya tak menangis orang tua tu hidup balik dan terus jadi harimau sebab tu orang tua tu tak bagi anak-anaknya menangis .. kalau tak nangis aiiiiii entahlah apa nak jadi nanti...mesti semua kene ngapppp!!!!!...

Gambar ehsan dari Google
sumber cerita dari rakan-rakan dan keluarga...
terima kasih kerana membaca..



1 ulasan:

p1tstop berkata...

hehehe...ok...unsul2 citer lawak n moral tersurat...