Ahad, 31 Oktober 2010

Ini Jer La Yang Tinggal...


Salam pagi isnin jam 12.05 minit pagi badan penat mcm biasa training budak2x bola walau coach tak berlatih sekali..hehe.. entri yang bertajuk Ini jer la yang tinggal di tulis pada 1 november 2010 pembukaan bagi entri bulan november ,merujuk kepada tajuk sebenarnya nak cerita sikit pasal haiwan yang jaga/pelihara/bela dan mcm2x lagi....keluarga kat kampung memang bela binatang/haiwan seperti anjing,kucing ,ayam,itik,kura-kura ,ikan keli,ikan kaloi,serta ikan2x air tawar seperti temperas,lais dan mcm2x lagi yang diletakkan didalam satu akuarium ....
nak cerita pasal haiwan peliharaan yang boleh membantu urusan iaitu anjing @ cho dalam bahasa semelai.. jikalaulah panjang umur anjing2x kat
rumah tu ada la dalam 6 ekor.. bermula dengan nyeye,popi,lemoi,kidoi,gepi,popo dan pipo ..kat sini nak cerita sikit pasal kelebihan2x anjing yang ada dan yang telah R.I.P Nyeye.. kelebihan bab makan memang dia lah yang lebih jenis suka duduk disuatu tempat menjaga rumah contohnya tak garang wlau jenis anjing betina dna anjing paling setia sekali kalaulah ikut kita berjalan contohnya gie rumah nenek la..selagi tak balik orang yang diikutnya selagi tu la dia akan tunggu.... Popi kelebihan antara anjing yang paling lama berkhidmat dengan keluargaku dari tahun 2005 - 2010 bab menyalak memang dia mpunyai volume yang t
inggi sakit telinga kalau dia salak...ciri2x anjing penjaga rumah..akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir pada bulan september yang lalu...kerana sakit tua..dan serangan penyakit selesema dan batuk... lemoi dan kidoi kelebihan mereka mewarisi sifat ibu mereka nyeye sangat setia dan jadi anjing bodyguard jikalau nak ke mana2x..lemoi rapat dengan ayah aku.. kidoi sangat rapat dengan mak aku..kedua2x nya pandai naik motor ...bukan bwk motor ek.. pantang dengar bunyi orang start motor...terus naik belakang d
engan melompat.. tp kedua-duanya telah pergi meniggalkan kami..paling awal ialah kidoi mati sebab kena racun dengan orang...(Lahanat terima nnt pembalasannya) Lemoi mati kerana patah tulang belakang akibat di langgar oleh kereta
yang nak undur ke belakang mcm KL DRIFT tapi lesen takde..dengan muke selamba...( sampai sekarang aku dendam) sebelum mati sempat jilat tangan adik aku...mungkin ada maksudnya yang kita manusia tak tahu... Gepi kelebihan...sebenarnya anjing malas hehe...kalau berjalan dia la 1st sekali naik motor tp keberanian memang tahap gila la dia nie...memang berani..dan alert sepanjang masa .mati kerana penyakit jugak,,, Popo kelebihan anjing yang sangat setia dan berciri anjing pengawal bila ada orang datang dan masuk ke kawasan rumah...dia akan scan dulu sebelum menyalak.. Pipo kelebihan kuat makan biase la anjing..dan antara anjing penggempur terbaik serta attacker terbaik kejar selagi boleh!!!... dan seekor anjing penyambut tetamu terbaik...kedatangan orang yang di kenali dengan manjanya perbuatan beliau dengan ekor bergerak2x tanpa henti...tapi sangat peka terhadap bahaya yang akan datang..

itu sahaja untuk kali ini....
dah nak tido
esok keje dah...tak lama nak cuti dah weii

My Team 2010





My team 2010 bukanlah rancangan realiti me
ncari pemain bola sepak tu...tapi merujuk kepada pasukan di bawah pimpinan jurulatih yang masing2x takde sijil...sekadar pengalaman sahaja sebagai bekalan melatih pasukan sekolah ni... pasukan ni di bentuk pada tahun 2010 yang mana setiap pemain nak sepak bola pun macam tak larat .. bab melatih sukan ni memang kegemaran aku sejak dulu lagi sebelum bergelar guru...kerana kepuasannya di situ dan aku cukup tak suka kalau buat kerja file 2x nie..aku cukup menyampah dan meluat sebab bukan jiwa aku.. berbaik kepada my team nie pencapaian mereka setakat ini ialah tempat ketiga kejohanan bola sepak bawah 11 tahun ,layak ke suku akhir kejohanan bola sepak bawah 12 MSSD PG ,naib johan
kejohanan bola sepak jemputan JB soccer junior dan pada 2 november ini acara yang di tunggu sudah hampir tiba kerana piala permas jaya bawah 11 telah kembali dan pasukan aku akan memastikan piala permas di rampas kembali dari sebuah pasukan sekolah yang berdekatan.

REKOD PERLAWANAN PERSAHABATAN

1. SKRA vs PJ3B ( 1 - 2 )

2. SKRA vs PJ3A ( 0- 3 )

3. PJ4B vs PJ3A ( 3 - 5 )

4. PJ3B vs PJ4B ( 3- 0 )

5. PJ3B vs PJ4A ( 3 - 2 )

Di haraplah pada pertandingan yang akan berlangsung pada 2 november ini dapatlah pasukan ni merampas kembali piala tersebut..


Sabtu, 30 Oktober 2010

STATUS MUKA BUKU MEREKA PART 3


Ya memang itu hak anda Wall anda...anda punya suka ...di ini disenaraikan 5 status Muka Buku yang ????...

STATUS 1 : bestnyew tdiw dpt smbut ary jdy abg sdare...meriah sgt2....disbbkn dyew dpt 8A dlm PMR,so ours family celebrate on his burfdey...mmg bestt gilerr arhh..pling best msew bling tpung n tlur kat dyew.....yg pling sronok skaly,dpt smbut burfdey dyew kat singapura...best gilerr arhh..rmai gak yg dtg...to my lovely cousin,Redzuan Aiff,EPPY BURFDEY TO YOU....I WISH YOU SUCCESS IN UR LIFE....hehehe...love you abg..
( ini lah contoh penulisan bahasa melayu yang telah di ubah...what the hell!!!..)

STATUS 2 : car wash..emm,best gk tgk dorg nie wt keje... ( privasi jer lebih)


STATUS 3 : juSTin BIebER is MIne !! lvu justin...all the best for you... itS mYbe FuN n ExCitInG If CaN HaNg OUT wIth YoU juStiN...
( hantu justin bibir!!!.... . itS mYbe FuN n ExCitInG If CaN HaNg OUT wIth you.. jawab aku lah...nak di agungkan mat salleh tu buat apa.... baca la al-quran lagi fun dan comfortable dunia dan akhirat... hang out berjemaah kat masjid lagi bagus)

STATUS 4:
REDZUAN ALIFF...
EPPY BURFDEY TO YOU...
HOPE YOUU SUCCESS IN UR LIFE...
LURVE YOU abg...
MMMMMUUUUAAAACCCCCCCHHHHHHHH
( orang yang sama update status beliau selang 15 minit menceritakan hal yang sama..)

STATUS 5:
geram giler..........bosan nk mampos......x tau nak wat pew.........otak aq dah jam..................!!!!!!!!!
!!!!!! = ( Baru 12 tahun hidup di muka bumi dah mcm ni jadinya...)

Khamis, 28 Oktober 2010

Mampukah Aku.. Versi membela makhluk bukan manusia.


Mampukah aku?? .. versi membela/menternak makhluk bukan manusia ..bukan jin/hantu atau bende 2x halus yang seangkatan dengannya tapi satu makhluk yang mampu mendatangkan pendapatan yang lumayan iaitu TEKIK!!!!!!!!!!!.............. yea cicak tokek ..baru2x ini kawan2x ada planning projek baik punyerr.. dengan bermodalkan Rm 40 untuk buat banglo si tekik dan membeli cicak tekik dengan harga RM..... di dapatkan di sebuah tempat bernama ..... so lepas nie ( ha so ?? terrer haha x pernah aku berbahasa campur sebegini ) boleh la order Mitsubishi Triton.. wahahahahaha!!!!!!.... cita-cita harus ada.. tempat tinggal si tekik pun baru jer siap dalam 20% sebab aku bab bertukang kayu ni fail sikit dan kelembapan otak agak slow pada tahap 34% kerana dalam pertukangan kayu ni otak aku kurang cergas sikit berbanding dengan buat bende lain yang berfaedah...
jadi buat la kerja yang patut di buat diselangi dengan ketawa sambil bekerja dengan kawan2x yang juga bakal jutawan cicak tokek heheheheh.... sampai la jam 7 petang dan masing2x balik .singgah jap kedai mamak pekene limau ais dan mee hoon ayam (menu biasa aku) ketika malam.. sambil tunggu hidangan siap aku terus mengambil Hp dan mendail no tel mak aku... tut tut tut ...aik tak angkat mesti duk kat reban ayam nie ( sebab time mcm tu mmg dia suluh ayam dan kira pastikan cukup) x dapat hidangan dah siap wa balun dulu dan balik ke rumah ....termengah setelah sampai di tingkat 5 ..masuk bilik terus on9 sambil on9 terdengar la ringtone dari kumpulan khalifah iaitu saiba ( pernah kene kutuk sebab ringtone ni dengan sepupu aku hahaha)
Sedutan perbualan dengan Mak

Mak : woiiii....ko call aku ke tadi ?
Aku : ha ah...mak pergi mane??
Mak : mak tengah mandi la...ko kat mane nie?? ( ko tu singkatan kpd engkau kire sopan la)
Aku : baru sampai rumah ni dari ...... buat reban ...
Mak : ha ??? leban apa tu aku tak tau??
Aku : REBAN !!! la.... mcm reban ayam ..
Mak : laaaa reban kenapa pulak ko nak bela ayam??
Aku : tak la bukan bela ayam tapi bela cicak ...
Mak: cicak tekik?? berapa ko beli
Aku : adalah dalam RM XXX
Mak: mak aiiii...tak habis2x buang duit bela bende mcm tu...
Aku : ala buang duit sekali jerrr... mak tolong bela la..
Mak : Ahh... tak kuasa aku nak bela biar aku bela kebun getah baru..dah la nyamuk banyak nie..
Aku : yerr la...hahaha...
hahahaha...mcm2x kalau lah berhasil segala usaha kami nie ...syukurlah jika rezeki itu kami dapat dan bukannya nak tamak ... akan berhasil jika ada usaha dan pengorbanan ... boleh la pakai triton lepas nie...wahahahhaa.... mampu kah??

Selasa, 26 Oktober 2010

Berbulu jerr aku tengok!!!


Nampaknya terpaksa gunakan perkataan kasar pada entri kali ni...malam semalam tengok you tube tengok la apa yang patut di tengok...dah bosan tengok taip animal... dan keluarlah beberapa tajuk ,terdetik hati ni nak tengok satu tajuk iaitu animal skinned alive...eii mcm seram jerr..tengok la haiwan dalam sangkar yang dikurung ...lalu apa yang terjadi memanglah mengejutkan bila melihat makhluk yang dicipta oleh Allah di layan sedemikian...untuk mendapatkan bulunya di siat hidup2x....ooohhhhhh sebak hati ni ...nak mengalir air mata nie..tengok haiwan dilayan sebegitu dari serigala ,musang sampai lah ke kucing dan anjing semua jadi mangsa dek kerana nak mendapatkan bulu mereka yang menjadi permintaan tinggi oleh para jelitawan ,hartawan dan mereka yang berwang@ beruang konon nak tunjuk yang pakaian mereka atau coat ,jaket daripada binatang dan mahal harganya.... FCUK laaaaaa..........!!!!! lahanat punya manusia pegi mampos lagi bagos...Kau tau berapa seksanya haiwan2x tu!!!!!.... pakaian dari kain dah orang ciptakan masih lagi nak pakai pakaian mcm nenek moyang yang memakai bulu2x binatang bodoh punya manusia terutama si laknat2x dari hollywood dan mana2x wood lah lagi...

Wah sukanya dia memakai topi berbulukan binatang!!!!...DAMN FCUK!!!

alalllalalalalal comelnya!!!!!!!.......

Inilah sebahagian penderitaan yang terpaksa di tanggung oleh haiwan yang akan disiat hidup2x..

kalau lah dia buat binatang tu depan aku... dah tentu aku pulak buat dia mcm tu... memang jahat punya manusia..

bagaimana rasanya kalau yang tolong siat kulit tu mcm ni jugak keadaannya??


Tanpa belas kasihan ...dek kerana wang dan permintaan dari lahanat 2x yang sanggup menawarkan harga yang tinggi untuk bulu mereka..


Dengan bangganya mempersembahkan haiwan yang telah disiat kulitnya oleh seorang manusia yang lahanat,bodoh tak lama lagi mampos sebab nak kene siat kulitnya oleh cacing2x dalam kuburan..




Isnin, 25 Oktober 2010

Kisah Dari Tasik Bera

Cerita yang diceritakan oleh tukwan/nenek aku sendiri mengenai kisah seekor ular besar nak letak tajuk apa aku pun tak tau.. cerita yang menjadikan tempat nie menjadi antara tempat paling keramat disuatu kawasan di tasik bera oleh kerana ular besar itu.
Ceritanya bermula begini 2 adik beradik sedang mencari ikan di tebing sungai ,pendapatan mereka pada hari tersebut sangatlah lumayan. Kerana terlalu khusyuk mereka mencari ikan si adik berasa pelik kerana abangnya tidak kelihatan walhal mereka tidak berjauhan ketika mencari ikan...memanggil nama abangnya yang langsung tidak bersahutan .maka ternampak lah olehnya sebuah lubang yang besar .tanpa membuang masa beliau terus masuk kedalam lubang itu ,mungkin saja abangnya ada didalam . Semakin lama semakin kelam dan gelap lubang yang besar itu dan makin sempit hingga beliau terpaksa merangkak didalam air yang penuh dan lumpur serta bau hanyir ular.. bau hanyir ular ?? beliau sudah agak mungkin saja abangnya menjadi mangsa ular besar tersebut.Dengan penuh dendam beliau terus mengekori dan menyusup ke dalam lubang tersebut dengan dendam ingin membunuh ular tersebut selama 3 hari beliau mengekori dan menyusup ke ketika beliau menyusuri lubang tersebut beliau terlihat akan cahaya dari lubang dihadapannya ketika itulah dia mendengar suara orang kampung dan bunyi ayam denak/ayam hutan sedang mengais mencari makanan . Dengan menggunakan keris yang dibawanya dia terus mengorek dan keluar dari lubang tersebut ..orang kampung kehairanan dan beliau menceritakan segalanya kepada orang kampung . Dengan bantuan orang kampung mereka mencari batang kayu yang panjang yang telah ditajamkan setelah sarang ular itu berjaya dikesan maka dia dan orang kampung serta merta menikam ke arah lubang dengan cara memasakkan kayu2x tajam tersebut terus ke sarang ular tersebut .Si adik dan beberapa orang kampung turun ke dalam lubang tersebut untuk memastikan ular tersebut mati ,dan dengan itu maka terlaksana lah sudah dendamnya ke atas kematian abangnya yang menjadi ular tersebut. tempat itu ialah pulau buntar iaitu dikawasan persona lake resort mengikut cerita orang dulu2x.. kawasan pulau buntar adalah kawasan yang paling keras dan keramat di penuhi dengan jin2x kerana ianya tempat pembunuhan ular tersebut .ketika dulu adalah amat dilarang barang siapa pun pergi ke kawasan itu kerana akan terjadi perkara yang tidak diingini berlaku seperti contoh tersampuk atau mendapat penyakit yang ganjil dan misteri yang boleh mengakibatkan maut. Ada satu cerita yang mana penduduk kawasan kampung berdekatan dengan tempat itu ( sebelum resort dibina) sedang memancing ikan berdekatan kawasan tersebut .Sedang leka memancing beliau ditegur oleh satu suara yang bertanyakan " oiiii erei gie khom cereh ?? " = oii banyak ke dapat ikan?? lalu dia menjawab " erei nya!!" = banyak jugak!! ketika balik ke rumah dia terus rebah dan meninggal dunia terus.... tapi setelah persona lake resort di buka dikawasan pulau buntar tersebut sedikit demi sedikit keramatnya dan kekerasannya sudah berkurangan ...

jangan takut sekarang dah takde aper dah selamat dan terjamin keselamatan anda...asalkan jangan buat mende tok senonoh tempat mcm tu...anytime jer dia nak kenakan..saya yang sudah dua kali ke kawasan resort tersebut pasti akan disambut dengan hujan panas dan hilang serta merta setelah menjamah air tasik/ basuh muka atau bersugik dalam semelainya ..susah kadang nak percaya kejadian mcm nie ..tp dah 2 kali kena percaya biase2x jer la takde lah terlalu taksub..

Jika tiada urusan jual beli menggunakan wang??

Ada duit suka dan duka ...kekurangan duit juga menambah duka tanpa suka . Jikalah dunia ni tidak menggunakan duit/wang /money dalam urusan jual beli ataupun dalam erti kata lain sistem barter .Maksud sistem barter Sistem barter merupakan sejenis bentuk perniagaan yang tidak menggunakan sebarang bentuk perantara pertukaran, di mana barangan atau perkhidmatan ditukar dengan barangan dan/atau perkhidmatan lain. Ia boleh jadi dibuat antara dua atau beberapa pihak.Melalui sistem ini mereka terpaksa membuat pilihan sesama mereka untuk mendapatkan barang perantaraan yang dapat membawa manfaat bersama antara mereka. Oleh sebab itu, barang-barang yang digunakan sebagai alat perantaraan itu berbeza mengikut suasana dan zaman. maka jelaslah di sini bahawa pertukaran adalah tidak mustahil tanpa wang dan tidak hairanlah manusia boleh menjalankan kegiatan perdagangan dengan sistem pertukaran barter.

Sistem barter contoh 1

Seorang pemuda berjaya menangkap seekor biawak seberat 20 kilo dan ingin menukarkan dengan sepasang kasut bola adidas. Adakah akan terjadi penukaran antara kedua pihak tersebut .Penukaran seekor biawak dengan sepasang kasut adidas??

Berat 20 kilo dengan alasan pemuda tersebut kulit biawak boleh buat kasut
Kasut bola idaman beliau adidas aper ntah mcm copa pun ader..

persoalannya disini siapakah yang akan rugi.. Tokey kedai kasut atau pemuda penangkap biawak kah??


Sistem Barter 2

Seorang pemuda juga bukan pemuda yang sama ingin menukarkan biawaknya dengan sepasang kasut adidas. tetapi pemuda ini ingin menukarkan seekor kambing boer peliharaanya dengan sebuah motosikal yamaha ego -s
Seekor kambing Boer dengan penerangan yang cukup lengkap oleh pemuda tadi mengenai kambing peliharaannya yang kuat main...dan akan menguntungkan lagi si tokey menjual motor yamaha ego-s


Motor idaman pemuda tadi yang ingin ditukarkan dengan seekor kambing boer..

persoalannya siapa yang untung siapa yang rugi ??..


Untung sistem kewangan telah diwujudkan dari zaman dulu hingga sekarang .tetapi sistem barter juga masih ada dipraktikkan. Duit disimpan untuk dipakai begitu juga harta ..kata orang dimana2x ada rezeki . pokok pangkalnya rajin usaha tapi zaman sekarang sudah bercampur aduk mengenai segala rezeki yang diterima ,adakah halal atau haram...dua2x orang main sebat jer..

sekian dan selamat malam...

Sabtu, 23 Oktober 2010

Carta status FB dan jawapannyer...

Status sudah kemestian bagi semua pengguna Muka buku...memang di akui status yang mereka tonjolkan adalah hak mereka dan tulis apa yang mereka suka..kadang2x status syok sendiri tu orang nak komen pun malas... berikut adalah carta status FB paling tak best??

1. urmmm hujan jew...nak tido ke tak?? = ( nak tido pun payah??)

2. Anda mahu duit?? beri 10 alasan kenapa amda mahu duit?? = ( status paling bangang dalam dunia FB takde lah kaya mana pun) geng penapis air sucker

3. ari ni aq da uadd sseorg tu sakit...**** aq nk mintak maaf la , klu sbb aq ko yg dipersalakan..aq x pena & x nk pon uadd ko jd mcm tu...aq nak mntak maaf sgadd2,, = ( malang sungguh cikgu BM nyerr...)

4. Aaaaaaa ngantokny mate nie..ase cm nk tdo jer,p x ley sal aku drive nie.. = tau pun tengah drive ?? nak tido dalam tanah silakan....

tu jer kottt..
time aku hilang mood nak menaip...dan mencurahkan idea serta mencari idea..

aku walau ada FB tapi jarang nak update status ..banyak upload gambar jerr... status pun kadang2x jerr tp yang mengarut2x...

Jika diperkenalkan Pendidikan seks di Negara kita..

Mengintai dari tirai kamar..

Perisa terbaik...

aloollololololo........patung pun jadik..

Terangsang yerr dik...hahahhaha

Sebelum di perkenalkan

Hasil dari Matapelajaran Pendidikan seks di perkenalkan.....damn!!!...
menganjing tu....Doggie hhahaha

Jumaat, 22 Oktober 2010

Gambar dan Cerita Hari Ini ( Jerebu )

JEREBU bukan JELEBU ...ada faham... salah satu masalah yang negara kita hadapi selepas masalah kakitangan awam tak dapat bonus wahahaha.... ini lah yang dihadapi negara .Berpunca dari pembakaran hutan@ kebakaran hutan/ladang di sebuah negara jiran .Kesan jerebu ni sangatlah teruk sehingga pandangan antara 4-7 km agak terbatas... jika sebelum jerebu boleh lihat bangunan di kawasan bandaraya singapura dari rumah tapi sekarang tak nampak ape derr...


Gambar pemandangan dari atas rumah . Masih lagi boleh melihat gunung -ganang dan awan yang berkepul-kepul

Ketika jerebu melanda ni bukannya view pada pagi hari tapi pada jam 3 petang ..terasa mcm kat Genting . Dalam keadaan cuaca mcm ni hidung akan terhidu akan bau asap terbakar..suspen sekejap dibuatnya .

Khamis, 21 Oktober 2010

TOkekkkk.......( Gecko Hunter)


Cerita mengenai cicak tokek ni memanglah sangat mengujakan jika berjaya menangkap tokek yang seberat 1 kilo...fuyooo juta2x....woo.. disini nak share gambar yang diupload oleh sepupuku antara salah seorang geng Gecko Hunter wilayah Iskandar territory ....hehehe... kecik jer yang dorang dapat nie tak sampai tahap boley jual baru 50 gram kata adik aku..

Sampai kene gigit dengan tokek lagi mujur la tak bisa dan mungkin saja bisanya telah ditawarkan dengan sedikit bacaan ayat-ayat ( mau belajar ka??) hehe... bisa turun ke jangkal penawar naik ke aku.. mengikut cerita ada satu tempat yang sememangnya kedengaran bunyi cicak tokek nie...tp disebabkan tempat itu amatlah keramat jangankan nak cari, berbunyi si tokek jangan di tegur padah menimpa...mungkin saja pak belang atau sang jerut menanti... Cerita mengenai penjualan cicak ni yang pernah kawan saya kongsi prosedurnya bukan senang yer la kerana ianya melibatkan belian yang mencecah puluhan ribu dan jutaan ringgit .. doktor akan datang ,surat dari peguam ..jika tugas doktor mcm biasa la mungkin akan uji sampel darah bagi surat peguan tu untuk menyatakan jualan serta pembelian serta bukti jika orang2x dari bank negara datang mencari anda... dealer pula mcm 2x nak layan si penjual cicak nie..jika di thailand jika diceritakan oelh rakan saya sehingga letak pistol atas meja.. baru2x nie seorang pakcik jual tokek seberat 500gram di beli dengan harga RM 50k ??? padahal cecah ratusan ribu kalau berat mcm tu... kesian pakcik tu..

Sekian cerita si tokek
( Gecko Hunter)

tokekkk...... menyuluh diatas pokok dengan mata kekuningan menyemarakkan lagi semangat aku dan rakan-rakanku jolok punya jolok rupenyer katak...hampehhh!!!!!!!

Rabu, 20 Oktober 2010

Apa Sudah Jadi LFC



Apa sudah jadi dengan team aku nie...parah wooo tahun nie...jangan tertendang ke liga bawahan sudah la...wake up lerr...ni mesti angkara Yanks hampeh....yang mahukan keuntungan..


Yanks= panggilan sindiran kepada orang amerika ..oleh orang inggeris

Selasa, 19 Oktober 2010

Didalam Rumah Ada Orang di luar Rumah??

Edisi : Merapu meraban...
Tajuk : Didalam rumah ada orang di luar rumah??
Emosi : berada dalam keadaan tenang dan terkawal...

Didalam rumah ada orang ...ada macam-macam. Jangan sangka dalam rumah tiada orang walau rumah itu buruk dan usang..mungkin saja penagih tegar ataupun mereka yang ingin men
ambah popul
asi manusia tetapi membunuhnya bila tak cukup usia. Didalam
rumah mereka ketawa ,mereka menangis ada juga yang
waras dan gila .Segalanya didalam rumah ,terjadinya didalam rumah .Mereka makan minum ,tidur
dan bangun ...mengeliat disiang hari bila hari yang dikatakannya cuti. Wangi dan busuk buruk dan cantik semuanya ber
mula dalam rumah... tak siapa yang tahu ada juga yang tahu. Mengenai rumah ...didalam rumah itu ada seorang lelaki
yang merasakan dirinya cukup sempurna ..dengan jelingan terpikat ...katanya... bila di luar dia akan menerima ejekan dari kaum2x yang seangkatan dengannya...kerana kata mereka buat malu lelaki
sahaja...sedih juga katanya menjadi lelaki yang dilabel buaya oleh orang2x diluar sana..tapi kadangkala gembira dihatinya kerana dirinya menjadi
pujaan wanita ..hahahha sambil ketawa hingga
terlupa menutup tingkap tatkal
a dia sedang berbogel setelah terlucut tualanya.. Merokok la didalam kegelapan malam dengan niat menghalau serangga penyebab demam yang boleh membawa maut...fuhhh penuh bekas membuang sisa dan puntung rokok.. di luar rumah sudah tentu ada manusia juga... bukan setakat manusia banyak lagi hidupan lain yang boleh di lihat dengan mata kasar dan tak dapat dilihat yang juga menumpang hidup didunia ini...di luar sana siapa tahu ada cerita ada berita yang akan menghiasi ruangan akhbar ,dengan cerita sensasi di kedai mamak...sambil pekena teh tarik roti kosong 4 keping....Akhir kata ...terima kasih..

Sabtu, 16 Oktober 2010

Berbudi/Berjasa Kepada Tanah


Beberapa Kepingan gambar ketika cuti bulan september lalu menjalankan sesi fotografi di kebun baru yang akan dijadikan kebun getah .. bermula dari jam 5.30 petang hingga jam 7.00
Insan yang bertanggungjawab dalam merakamkan segala gambar2x ketika di lokasi walau tak tolong...eh tolong jugak turunkan benih getah dari kereta sorong weheheheh......

Bapak yang sedang meng'repair lubang untuk menanam benih getah...sempat posing lagi ahakz..

Emak yang berpindah tempat untuk menabur baja setelah benih getah ditanam..

Adik yang sedang men'repair lubang untuk menanam benih getah...

Inilah dia tanah yang entah berapa ekar aku lupa nak tanya tapi besar la jugak banyak ribu jugak habis nak tolak tempat ni yang dulunya hutan level 4 hehehe.......pokok getah adalah tanaman utama buat masa sekarang memandangkan harga yang melambung tinggi sekarang ...RM 6.50 sekilo beb...tapi stok kurang kata orang kampung la..

Luahan Rasa Edisi Konichiwa .....Kecewa

Jeng....jeng...jeng....hari yang di nanti2x sudah tiba mungkin ada berita yang menggembirakan akan diumumkan .Bertarikh 15 oktober 2011 jam 4 petang .. tapi aku tertidur bangkit dari lena jam 4.50 petang wahahaha.... alamak terlambat nanti nak bergegas turun ke bawah bukak radio dalam kereta dalam perjalanan ke sekolah mendengar pembentangan bajet 2011 ...sampai di sekolah terus aku membatu dalam kereta mendengar khabar baik itu dengan menguatkan volume radio dalam kereta dan akhirnya.... tetttttttttt!!!!!!!!!!...Rm 500 diumumkan bantuan khas kewangan ...lorrrrr.... 3 tahun menanti dan tahun ini diharapkan akan ada berita yang mengembirakan akhirnya sama juga...oh kaciwa weiii..... adusss luluh jiwa dan perasaan ..meruap rasa jiwa... cepat2x pakai kasut sebab budak2x pun dah ternanti akan kehadiran
jurulatih yang banyak mengharumkan nama sekolah ini dengan kehebatan pasukan dibawah pimpinannya ...ecehhh...wahahahhaa.. mengambil sebiji bola lalu di tendang ke atas dengan tinggi lebih kurang setinggi bangunan 5 tingkat ...fuhhh puas hati sejuk balik rasa jiwa ni....tapi kesal tetap ada.. kalau dapat 2000 ka 1500 ka b
oleh la bagi sikit pada orang tua ... ataupun gie jalan2x ke..makan angin..kan..kan...
3 hari sebelum tarikh tersebut ahli mesyuarat bilik belakang kantin telah pun berbincang akan hal ini . Ada yang mengatakan akan dapat dan ada juga yang menafikan takkan dapat sama jugak mcm tahun lepas .3 hari perjumpaan kumpulan yang sama tetap akan membicarakan hal yang sama yer la nama pun duit sapa yang tak nak... jika di jenguk laman web CUEPACS klik saja mana2x tajuk2x mengenai pembentangan
bajet 2011 pada bahagian ulasan /komen... mcm2x di hamburkan ...nak buat mcm mana masing2x ada rasa tidak puas hati ,saya sendiri pun tak puas hati tapi nak buat mcm mana ianya sudah ketentuan yang ditentukan oleh mereka yang bergelar pemimpin ...nak tulis lebih2x kang orang label anti kerajaan..walaupun diri ni duk kerja dengan kerajaan. RM 500 kalau tayar dah botak tukar 2 buah tayar dah 3ratus lebih ada lagi la baki 1ratus lebih ...isi minyak tup...tupp habis hahahaha...nasib tak kawin dan belum ada anak lagi sebab belum kawen...kalau dah berumahtangga nanti dah ada anak baru rasa kot bende2x mcm nie.. RM 500 jika mereka yang sudah berkeluarga jika anak2x seramai 3 orang buat perbelanjaan untuk ke sekolah cukup ke?? aiyaaaa botak kepala ayah...nak bayar kereta lagi ,rumah lagi semua tu penting. Jika dizaman pemerintahan Che Det fuhhh memang mual tiap2x tahun dapat bonus..tapi nak buat mcm mana kan jika itu lah yang dapat ...terima jer la..cukup ke tak cukup ke lantak la...nak cukup lagi cari tokek....tokeekkkkkk.....1 kilo juta2x orang boleh bayar...heheh...tokek...tokek...dimana kau tokek..

Khamis, 14 Oktober 2010

Gambar dan Cerita Hari Ini Edisi: 2 ( Sikap Mereka)


Jika terjadi kemalangan setiap pihak akan menuding jari kepada sesiapa saja yang berkenaan... Gambar dan cerita hari ini mendedahkan gambaran pemandu2x tersohor dan terhormat malaysia...masing 2x memanglah nak cepat..tapi cepat beringat..

beginilah tiap hari kalau nak balik kerja yang kekiri tiada masalah...nak ke kanan tu yang masalah...kadangkala 3 buah kereta keluar sekali dari simpang....kalau bergesel maunya tak calar atau kemek..
Lihat saja lah kedudukan kereta mase nie...masing2x berebut nak keluar simpang ntah apa nak di kejarnya....bini nak bersalin ke??... yang lain punya perangai ..kereta mahal beratus ribu...tetapi masuk simpang tak beri isyarat ??? apedehal la...mungkin saja keretanya special edition takde signal.. kereta merah depan tu kene horn sekali dengan aku...main mencucuk jerr kerja masa masuk simpang yang pertama tadi... . dan akhirnya kereta itu di lihat berhenti di tepi jalan kerana tayarnya pancit.... tu la nak cepat sangat..kan ke dah lambat...

Gambar dan cerita hari ini
Edisi: 2

Macam Belangkas........

Macam Belangkas......bukanlah merujuk kepada pasangan kekasih yang langsung tidak terpisah dan sentiasa ada dimana saja ,berkepit 24 jam, ianya merujuk kepada entri mengenai hidupan laut iaitu belangkas.. sedikit info tentang belangkas.Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.

Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina.



Tokey belangkas yang berasal dari Utara....

ini lah belangkas ..budak2x memanggilnya "Predator" pertama kali makan bende ni...terasa seperti terlekat telurnya di tenggorokan...batu mcm tak boleh nak tanggal..mungkin juga ujian pertama bagi mereka yang pertama kali makan belangkas..terus terang cakap memang takde feelll makan bende nie .Senang citer tak sedap hehe..

Hari ini ada gambar dan cerita edisi : 1



Hari ini bersamaan hari khamis 14/10/2010 sahaja lah aku membawa DSLR ku bertugas bersama-sama ku....sebenarnye dah lama tak beraksi sebagai jurugambar hendap @ sniper..hehee... selepas pulang dari kerja pergilah aku ke sebuah restoran mamak yang memang jadi tempat makan dan minum aku dari tahun 2008 tu.. lepas makan bihun goreng dan minum teh ais aku terus menuju ke kereta . setelah enjin dihidupkan mcm biasa tunggu enjin panas konon...padahal menunggu scene 2x yang menarik untuk dirakam ...snap la beberapa gambar secara suka2x didalam gambar dengan lagak ala seorang paparazzi.. click sana ,click sini..dan dibawah ada gambarnya..


Gambar pertama yang di snap ialah laluan yang dulunya tidak sibuk...tetapi kerana penurapan semula jalan menghala ke JB menjadikan jalan ini menjadi teramat sibuk dan kadangkala berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk dan juga mengakibatkan kemalangan...puncanya kerana sikap masing2x yang terlalu pentingkan diri...dan tidak bertolak ansur

Gambar yang kedua waaaa....saja nak snap gambar kereta idaman ni... mampu tangkap gambar jer la...kalau duit banyak pun baik beli rumah ke tanah ke...harga takkan murah dari membeli kereta beli mahal jual murah... ( cakap jerrr...)

Wahhhh ini pemandangan yang menyejukkan mata...memang inilah gambar yang sangat di perlukan oleh seorang paparazzi seperti aku...hahahah... seksi terrr......... mereka ini ialah mangsa fesyen dari negara2x yang beriklim panas...kalau aku pakai mcm nie tengah2x panas mcm ner??? eiiiiiiii tak selesa...menayang peha yang gebu lagi menarik dimata2x lelaki ..aku pun lelaki jugak...sape yang tak nak tengok..


Sekian dalam
Hari ini ada gambar dan cerita edisi pengenalan....

Rabu, 13 Oktober 2010

Auldey Racetin Gen3 ( Koleksi)



Antara koleksi rc car aku...sebagai seorang collecter yang takkan berhenti mencari dan memburu model-model kereta tidak kira kecil hingga ke besar...upsss besar...nak besar tunggu dapat tokek 1 kilo...boleh beli mitsubishi lancer evo x ...cash...wahahaha...Dengan bermodalkan RM 35.90 + 35.90 = RM 71.80.. di beli pada 24/09/2010 di Pasaraya Jusco ...dah lama memerhati model2x nie cuma ambil masa dengan menjalankan siasatan mengenai kelebihan dan kekurangan model2x nie.. Terlalu mudah untuk jumpa model2x nie di pasaraya besar khususnya Jusco...belum pernah dicuba untuk berlumba dengan mana2x kereta yang seangkatan dengannya..masih lagi dalam kotak ...yang kurengnya cuma dia punyer remote jerr la...yang lain ok la..

Dua model pilihan yang silver tu mitsubishi yang merah tu aku tak berapa tau sangat ..