Isnin, 25 Oktober 2010

Jika tiada urusan jual beli menggunakan wang??

Ada duit suka dan duka ...kekurangan duit juga menambah duka tanpa suka . Jikalah dunia ni tidak menggunakan duit/wang /money dalam urusan jual beli ataupun dalam erti kata lain sistem barter .Maksud sistem barter Sistem barter merupakan sejenis bentuk perniagaan yang tidak menggunakan sebarang bentuk perantara pertukaran, di mana barangan atau perkhidmatan ditukar dengan barangan dan/atau perkhidmatan lain. Ia boleh jadi dibuat antara dua atau beberapa pihak.Melalui sistem ini mereka terpaksa membuat pilihan sesama mereka untuk mendapatkan barang perantaraan yang dapat membawa manfaat bersama antara mereka. Oleh sebab itu, barang-barang yang digunakan sebagai alat perantaraan itu berbeza mengikut suasana dan zaman. maka jelaslah di sini bahawa pertukaran adalah tidak mustahil tanpa wang dan tidak hairanlah manusia boleh menjalankan kegiatan perdagangan dengan sistem pertukaran barter.

Sistem barter contoh 1

Seorang pemuda berjaya menangkap seekor biawak seberat 20 kilo dan ingin menukarkan dengan sepasang kasut bola adidas. Adakah akan terjadi penukaran antara kedua pihak tersebut .Penukaran seekor biawak dengan sepasang kasut adidas??

Berat 20 kilo dengan alasan pemuda tersebut kulit biawak boleh buat kasut
Kasut bola idaman beliau adidas aper ntah mcm copa pun ader..

persoalannya disini siapakah yang akan rugi.. Tokey kedai kasut atau pemuda penangkap biawak kah??


Sistem Barter 2

Seorang pemuda juga bukan pemuda yang sama ingin menukarkan biawaknya dengan sepasang kasut adidas. tetapi pemuda ini ingin menukarkan seekor kambing boer peliharaanya dengan sebuah motosikal yamaha ego -s
Seekor kambing Boer dengan penerangan yang cukup lengkap oleh pemuda tadi mengenai kambing peliharaannya yang kuat main...dan akan menguntungkan lagi si tokey menjual motor yamaha ego-s


Motor idaman pemuda tadi yang ingin ditukarkan dengan seekor kambing boer..

persoalannya siapa yang untung siapa yang rugi ??..


Untung sistem kewangan telah diwujudkan dari zaman dulu hingga sekarang .tetapi sistem barter juga masih ada dipraktikkan. Duit disimpan untuk dipakai begitu juga harta ..kata orang dimana2x ada rezeki . pokok pangkalnya rajin usaha tapi zaman sekarang sudah bercampur aduk mengenai segala rezeki yang diterima ,adakah halal atau haram...dua2x orang main sebat jer..

sekian dan selamat malam...

Tiada ulasan: