Jumaat, 16 November 2012

Menang Di Julang Kalah Di Cemuh Asam Garam Jurulatih

   Asam garam menjadi seorang yang terpenting dalam kejayaan sebuah pasukan... maksud aku ialah Jurulatih dalam bahasa melayu dan coacj bagi bahasa inggeris. Faktor kehebatan sebuah pasukan bergantung kepada seorang jurulatih yang hebat??.. Pembentukan seorang pemain menjadi hebat adalah dari faktor jurulatih dan juga disiplin pemain tersebut..
Aku ni tak seberapa la pengalaman menjadi jurulatih ni...cuma banyak belajar dari pengalaman yang lepas-lepas.. kali pertama aku menjadi jurulatih ketika aku menjalani praktikal di sebuah sekolah di kedah dan juga kali kedua di perlis...  tapi ketika itu cuma ambil pengalaman saja..tak terlibat dengan mana-mana pertandingan. Pengalaman sebenar aku menjadi jurulatih sebanar adalah ketika aku di postingkan di johor pada tahun 2004 memang ramai budak-budak yang minat main bola sepak kadang-kadang tak terlayan..sebab nak handle sorang-sorang... tapi time perlawanan jangan cerita la nak manage budak2x nie...memang kene jerkah dan jerit la...kalau jenis yang tak dengar cakap atau pun geng makan angin nie...tahun pertama memang mangsa belasahan la...tapi dari tahun pertama aku bawak2x budak2x tu la penaik semangat untuk aku teruskan usaha aku dengan merekrut budak2x baru  kalau dulu main ambik saje asal boleh tendang...tapi bermula dari situ aku tetapkan memang aku tak akan tangkap muat budak2x nie...memang kene buat satu selection yang betul2x mantap bermula dengan larian 100 meter di bawah berapa minit entah aku tak ingat..tetapi memang straight la...budak2x yang terpilih memang aku tak bagi bola langsung dan ada yang tak nak main dah sebab asal datang nak latihan bola tak sepak..cuma hiasan tepi padang..sudah aku nampak yang betul-betul nak main barulah aku bagi mereka sepak bola... kemahiran asas sudah tentu memang harus di kuasai dan bermula dari situ aku terus melatih mereka dengan beberapa jenis latihan seperti menyerang ,bertahan, sepakan sudut dan lain-lain... belum lagi tahap nak uji mereka untuk perlawanan persahabatan ...tetapi memang berbaloi asam jeruk yang di peram lama tu la yang paling sedap... bila time perlawanan persahabatan memang meletop la.... banyak juga siri perlawanan persahabatan yang pasukan aku latih tu menang...tetapi bila perlawanan sebenar iaitu jika ada kejohanan bola sepak anjuran PPD ke zon ke...agak membanggakan la..cuma banyak yang terkandas di separuh akhir....

Sambung lagi di asam garam seorang jurulatih...part 2 nak tido...lewat dah nie...besok dah la nak drive balik pahang..

Selasa, 13 November 2012

Hantu Air ( Baru nak tengok ke?)

  Cerita pasal hantu air mengikut apa yang pernah di dengar dari kisah-kisah dari mulut rakan-rakan... kalau ada orang lemas seperti di tarik sesuatu ke dalam air...takde kerja lain la tu itu semua kerja hantu air.. macam mana rupa hantu air ni..kata orang la badannya berlumut ala macam cerita swamp thing Bagi budak-budak dulu di era 90 an rasanya tau la apa swamp thing ni .satu lagi sapa yang terkena sampuk boleh tahan juga...sampai demam panas di buatnya..pasal asal-usul hantu air aku tak berapa tau sangat melainkan jenis hantu ni memang keturunan jin.  bukanlah nak cerita panjang pasal hantu air ni...sebab tak hebat sangat di perkatakan kalau ada ranking hantu ni hantu air bukannya top ten rasanya berbanding dengan pontianak,pocong dan juga pontianak. sebenarnya baru layan filem hantu air...hahaha layan...seram lerr jugak cuma ada la jugak effect yang boleh tahan dan tak boleh tahan.. rasanya dah lama tayang filem ni baru ni tengok sebab aku ni bukannya nak layan sangat filem tempatan ni.. tapi dek kerana tergerak hati nak layan .....ahhh layankan jugak la...ermmm boleh lagi layan lepas nie bab cerita seram dengan komedi la kalau yang bab cinta-cinta ni aku kureng sikit.. layan cerita mat salleh pun layan cerita perang jer bang. sebab dorang tak habis-habis nak berperang..
kalau tak berperang sama manusia pernag dengan alien...arghhh aku memang minat filem-filem perang pun..tergerak hati nak beli DVD filem hantu air.. ( Original yer) layan lerr...kisah hantu nak balas dendam..

cuma intro filem hantu air ni yang aku agak menyampah....puihhhh pondan memancing atas bot...PUIHHHH!!!!!... patut masukkan kat DELETED SCENES....
boleh la bagi 89/100 untuk filem ni jalan cerita pun menarik...takde la berbelit--belit..

Isnin, 12 November 2012

Jalan-Jalan JPO Part 2

 Ini kali kedua aku menjejakkan kaki aku ke JPO ni Johor Premium Outlets .Kalau dari lokasi aku tu...ade la dalam 30 minit . Pada mulanya takde la rasa nak kesini sebab tak ada apa nak di cari...di sebabkan aku menghantar rakan serumah ke aiport senai maka aku pun dalam perjalanan balik tu...aku terus  membelok ke persimpangan ke JPO dari arah senai... sesudah parking kereta ( lihat pada gambar tapi kereta aku tak kelihatan di situ kerana di lindungi oleh 3 biji kereta...pada mulanya kosong kawasan parking dalam 5 minit selepas aku sampai...ambekk kauwww penuh.. dah  parking kereta...ambik lerr gambar dua keping..saje nak buat kenangan,,


bab parking jangan risau...berlambak..

Pemandangan dari kawasan tempat letak kereta JPO...bawah tu lebuhraya PLUS
Murah kan...kalau kat kedai sukan lain maunya harga ratusan ringgit lagi..
Fuhhh banyak pilihan...


Dekat sejam lebih aku keluar masuk kedai sukan jer la kedai lain aku tak berapa nak layan sangat  dapat la beli sepasang kasut futsal Nike T90 hanya itu sahaja yang buat aku tertarik kerana warna pada kasut tersebut...dan jugak saiz yang ada...serta harga yang murah la sangat berbanding harga lamanya.. RM 209-RM169- RM79 ... ikutkan hati memang aku nak sebat sampai 2 pasang kasut.. tapi memikirkan ambik masa nak memilih..dan aku sangat menitikberatkan tentang warna yang ada pada kasut...iaitu tidak melebihi 3-4 warna ...dan satu lagi warna pink...memang aku tak nak hahaa...walau ade sedikit..sorry la...memang tak nak punya...

Koleksi Kasut Futsal Aku


Adidas Supersala


Nike T90

Selasa, 6 November 2012

Tukar Aktiviti Kalau dah selalu Hujan Ni..

Tak boleh nok maroh ke cuaca la kalau tiap petang hujan saje.. dah musim dia mende nak maroh..maroh.. tak hujan bising...kalau hujan pun bising.. bagi sesiapa yang jenis orang yang kuat bersukan ni molek la tukor  kepada permainan dalaman ni...iaitu indoor sport sebab outdoor dah tak boleh.. pun berpeluh jugak wehh..

Sukan yang kawan maksudkan ialah Badminton... lama sangat dah kawan tak main badminton ..Tahun terakhir main Badminton pada tahun 2006 gamoknyer.. tu pun main suka-suka tak serius sangat nak sampai membeli raket sendiri pinjam pinjam sahabat punya raket jer... tahun ni jadi minat balik pulok nak main badminton.. beli lerr satu raket buat stok peralatan sukan untuk diri sendiri... berpeluh jugok wehh... nak main bola pun asyik hujan jadi terpaksa bertukar sukan  ketika musim hujan nie...jangan sukan kepit bantal sudoh...

Isnin, 5 November 2012

Orang Tanya Saya Tak dapat Jawab...Pengetahuan saya Terhad..Maafkan saya..

Soalan dari  saudara Oleng berjaya di jawabkan oleh Saudara Mazru Majid blogger Koi Anak Pahang  



Soalan dari Saudara Oleng.


Salam, mggu lepas sy ke pahang (jengka) melalui jln rumpun makmur.. Ketika berada diatas jambatan angaran jam 12.30 tghhari..sy menoleh ke sungai dan melihat seekor buaya putih agak besar betul2 ditgh sungai berenang kehulu.. kjadian ini disaksikan oleh isteri dan rakan sy sdiri.. Niat mmg nk ambil gambar buaya tersebut tp x sempat.. Boleh x tuan jelaskan buaya yg kami lihat?



Jawapan dari Blogger Koi anak Pahang


wslm oleng... mohon izin admin sebenar blog ini(Orang Tasek) utk koi respon kat kawan kite nih.. ok..memang ade lagenda buaya putih yg menjage sg Pahang,dikatakan buaya tersebut ade namanye...hm lupe la pulak,ade beberapa org lagi pernah meihat kelibat buaya putih ni sewaktu aktiviti berakit beberapa tahun lepas,saiznye juge besar... kalau tak silap,lokasi tuan nampak buaya tu betul2 atas jambatan baru menyeberang ke rumpun makmur dari kuala krau...tuan dan isteri amat bertuah krn jarang2 org dpt melihat buaya ni.



Terima kasih kepada Saudara Mazru Majid..kerana tolong jawabkan..

Sabtu, 3 November 2012

Cuba Dulu Baru Tau... Nokia Lumia 610

Sama la jugak kata-kata dari entri aku yang lepas...

BIAR GAMBAR SAJA BERBICARA



Kami Jalang-Jalang Ke PC Fair

Kata orang biar gambar saja berbicara..
Ambik guna HP Nokia Lumia 610... kate 5 Mp ...mcm Haktuihhh...jer...