Asam garam menjadi seorang yang terpenting dalam kejayaan sebuah pasukan... maksud aku ialah Jurulatih dalam bahasa melayu dan coacj bagi bahasa inggeris. Faktor kehebatan sebuah pasukan bergantung kepada seorang jurulatih yang hebat??.. Pembentukan seorang pemain menjadi hebat adalah dari faktor jurulatih dan juga disiplin pemain tersebut..
Aku ni tak seberapa la pengalaman menjadi jurulatih ni...cuma banyak belajar dari pengalaman yang lepas-lepas.. kali pertama aku menjadi jurulatih ketika aku menjalani praktikal di sebuah sekolah di kedah dan juga kali kedua di perlis... tapi ketika itu cuma ambil pengalaman saja..tak terlibat dengan mana-mana pertandingan. Pengalaman sebenar aku menjadi jurulatih sebanar adalah ketika aku di postingkan di johor pada tahun 2004 memang ramai budak-budak yang minat main bola sepak kadang-kadang tak terlayan..sebab nak handle sorang-sorang... tapi time perlawanan jangan cerita la nak manage budak2x nie...memang kene jerkah dan jerit la...kalau jenis yang tak dengar cakap atau pun geng makan angin nie...tahun pertama memang mangsa belasahan la...tapi dari tahun pertama aku bawak2x budak2x tu la penaik semangat untuk aku teruskan usaha aku dengan merekrut budak2x baru kalau dulu main ambik saje asal boleh tendang...tapi bermula dari situ aku tetapkan memang aku tak akan tangkap muat budak2x nie...memang kene buat satu selection yang betul2x mantap bermula dengan larian 100 meter di bawah berapa minit entah aku tak ingat..tetapi memang straight la...budak2x yang terpilih memang aku tak bagi bola langsung dan ada yang tak nak main dah sebab asal datang nak latihan bola tak sepak..cuma hiasan tepi padang..sudah aku nampak yang betul-betul nak main barulah aku bagi mereka sepak bola... kemahiran asas sudah tentu memang harus di kuasai dan bermula dari situ aku terus melatih mereka dengan beberapa jenis latihan seperti menyerang ,bertahan, sepakan sudut dan lain-lain... belum lagi tahap nak uji mereka untuk perlawanan persahabatan ...tetapi memang berbaloi asam jeruk yang di peram lama tu la yang paling sedap... bila time perlawanan persahabatan memang meletop la.... banyak juga siri perlawanan persahabatan yang pasukan aku latih tu menang...tetapi bila perlawanan sebenar iaitu jika ada kejohanan bola sepak anjuran PPD ke zon ke...agak membanggakan la..cuma banyak yang terkandas di separuh akhir....
Sambung lagi di asam garam seorang jurulatih...part 2 nak tido...lewat dah nie...besok dah la nak drive balik pahang..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan