Cerita pasal hantu air mengikut apa yang pernah di dengar dari kisah-kisah dari mulut rakan-rakan... kalau ada orang lemas seperti di tarik sesuatu ke dalam air...takde kerja lain la tu itu semua kerja hantu air.. macam mana rupa hantu air ni..kata orang la badannya berlumut ala macam cerita swamp thing Bagi budak-budak dulu di era 90 an rasanya tau la apa swamp thing ni .satu lagi sapa yang terkena sampuk boleh tahan juga...sampai demam panas di buatnya..pasal asal-usul hantu air aku tak berapa tau sangat melainkan jenis hantu ni memang keturunan jin. bukanlah nak cerita panjang pasal hantu air ni...sebab tak hebat sangat di perkatakan kalau ada ranking hantu ni hantu air bukannya top ten rasanya berbanding dengan pontianak,pocong dan juga pontianak. sebenarnya baru layan filem hantu air...hahaha layan...seram lerr jugak cuma ada la jugak effect yang boleh tahan dan tak boleh tahan.. rasanya dah lama tayang filem ni baru ni tengok sebab aku ni bukannya nak layan sangat filem tempatan ni.. tapi dek kerana tergerak hati nak layan .....ahhh layankan jugak la...ermmm boleh lagi layan lepas nie bab cerita seram dengan komedi la kalau yang bab cinta-cinta ni aku kureng sikit.. layan cerita mat salleh pun layan cerita perang jer bang. sebab dorang tak habis-habis nak berperang..
kalau tak berperang sama manusia pernag dengan alien...arghhh aku memang minat filem-filem perang pun..tergerak hati nak beli DVD filem hantu air.. ( Original yer) layan lerr...kisah hantu nak balas dendam..
cuma intro filem hantu air ni yang aku agak menyampah....puihhhh pondan memancing atas bot...PUIHHHH!!!!!... patut masukkan kat DELETED SCENES....
boleh la bagi 89/100 untuk filem ni jalan cerita pun menarik...takde la berbelit--belit..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan