Ini kali kedua aku menjejakkan kaki aku ke JPO ni Johor Premium Outlets .Kalau dari lokasi aku tu...ade la dalam 30 minit . Pada mulanya takde la rasa nak kesini sebab tak ada apa nak di cari...di sebabkan aku menghantar rakan serumah ke aiport senai maka aku pun dalam perjalanan balik tu...aku terus membelok ke persimpangan ke JPO dari arah senai... sesudah parking kereta ( lihat pada gambar tapi kereta aku tak kelihatan di situ kerana di lindungi oleh 3 biji kereta...pada mulanya kosong kawasan parking dalam 5 minit selepas aku sampai...ambekk kauwww penuh.. dah parking kereta...ambik lerr gambar dua keping..saje nak buat kenangan,,
|
bab parking jangan risau...berlambak.. |
|
Pemandangan dari kawasan tempat letak kereta JPO...bawah tu lebuhraya PLUS |
|
Murah kan...kalau kat kedai sukan lain maunya harga ratusan ringgit lagi.. |
|
Fuhhh banyak pilihan... |
Dekat sejam lebih aku keluar masuk kedai sukan jer la kedai lain aku tak berapa nak layan sangat dapat la beli sepasang kasut futsal Nike T90 hanya itu sahaja yang buat aku tertarik kerana warna pada kasut tersebut...dan jugak saiz yang ada...serta harga yang murah la sangat berbanding harga lamanya.. RM 209-RM169- RM79 ... ikutkan hati memang aku nak sebat sampai 2 pasang kasut.. tapi memikirkan ambik masa nak memilih..dan aku sangat menitikberatkan tentang warna yang ada pada kasut...iaitu tidak melebihi 3-4 warna ...dan satu lagi warna pink...memang aku tak nak hahaa...walau ade sedikit..sorry la...memang tak nak punya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan