Selasa, 6 November 2012

Tukar Aktiviti Kalau dah selalu Hujan Ni..

Tak boleh nok maroh ke cuaca la kalau tiap petang hujan saje.. dah musim dia mende nak maroh..maroh.. tak hujan bising...kalau hujan pun bising.. bagi sesiapa yang jenis orang yang kuat bersukan ni molek la tukor  kepada permainan dalaman ni...iaitu indoor sport sebab outdoor dah tak boleh.. pun berpeluh jugak wehh..

Sukan yang kawan maksudkan ialah Badminton... lama sangat dah kawan tak main badminton ..Tahun terakhir main Badminton pada tahun 2006 gamoknyer.. tu pun main suka-suka tak serius sangat nak sampai membeli raket sendiri pinjam pinjam sahabat punya raket jer... tahun ni jadi minat balik pulok nak main badminton.. beli lerr satu raket buat stok peralatan sukan untuk diri sendiri... berpeluh jugok wehh... nak main bola pun asyik hujan jadi terpaksa bertukar sukan  ketika musim hujan nie...jangan sukan kepit bantal sudoh...

Tiada ulasan: