Ahad, 1 Julai 2012

Dari Cita-Cita Kepada Pengalaman S1

Hanya pengalaman tak seberapa dan kerana pengalaman itulah mengajar erti menjadi manusia yang lari dari norma manusia biasa.waduhh ayat.

     Pengumuman kepada GP (guru pelatih) yang berminat untuk menganggotai pasukan Askar W sila ke dewan kuliah A dan sila bawa salinan kad pengenalan . bergegas aku ke dewan kuliah untuk mendaftar sebagai seorang anggota pasukan Askar W . Sememangnya memang minat aku sebelum jadi cikgi ni ialah Askar ...berkobar-kobar dulu nak jadi askar tapi tidak mendapat galakkan dari mother and father kerana keputusan SPM aku agak baik dan mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat lagi tinggi....kalau aku berdegil dulu dah tentu aku seronok dua ronok...suka pada perkara yang mencabar fizikal dan lasak... akhirnya terubat juga rindu dan angan-angan aku nak join soljar walau pun setakat soljar W. 

   Seingat aku la lepas mendaftar tu nombor badan terus dapat.. aku pun dah lupa ape tah no badan aku tu. selang beberapa hari kami yang berminat dan telah menandatangani perjanjian tu pun bergerak ke sebuah kem Soljar.. kerana nak ambik pakaian. macam-macam jenis pakaian ada no 1 la 2 la dan kasut teruja jangan cakap l hahaha...memang excited sangat. dah dapat tu balik asrama ape lagi bergaya sakan la.. latihan kawad yang  pertama pada minggu pertama.. pagi2x terus bersedia kilatkan kasut la aper la..dan akhirnya latihan yang pertama alahai susah la...tapi nak buat macam mana susah pun susah la...layankan jer sebab minat punya pasal. berpeluh jugak tengah-tengah panas .muka merah padam kulit dah macam udang kena goreng merah jangan cakap...kena tengking macam biasa...ala biasa la hukum kawad takkan la jurulatih lembik kot nak training mestilah yang tegas. seingat aku sarjan yang bertanggungjawab melatih platun kami itu ialah orang kelantan...bahasa fuhhh jangan cerita la kesat semua terkeluar...tapi apa nak kisah sangat benda-benda macam tu takkan la nak mendisplinkan orang tu cakap lemah lembut..haha..

 Time paling best ialah masa amik elaun kehadiran ...sebab siapa yang datang banyak kali semasa latihan akan dapat elaun. Lumayan jugak masa tu. Yer la disamping elaun yang dapat 600 tu tambah pulak dengan elaun kehadiran masa latihan ada la dapat sampai 300  boleh tahan la..duit tu memang la nak tapi paling berharga ialah pengalaman.


Bersambung la nanti untuk latihan selama seminggu aku di kem dan hutan pokok getah berdekatan dengan sempadan...

1 ulasan:

CIkgu Mas berkata...

gambar tak der ker..nak tengok gambar abang soljar jugak..he..he...