Sabtu, 21 Julai 2012

Asal Usul Semelai antara Teori,Fakta dan Mitos


   Mengkaji sesuatu yang belum terungkai masih kabur berkabus. Senang cerita tak payah nak pening-pening dengan asal-usul kaum sendiri ingat satu jerr asal-usul manusia dari Nabi Adam A.S. Orait berbalik kepada asal-usul ni memang asalnya Nabi Adam A.s tetapi pecahan daripadanya harus jugak kita ambil tahu. Semelai adalah kaum orang asal dari pecahan melayu proto yakni melayu asli.Akan di kupas dengan beberapa pecahan yang menceritakan tentang asal-usul semelai dari fakta,mitos dan lagenda ( bukan ke sama??) hehe.. mengikut pemahaman aku semelai ni dulunya macam sebuah kerajaan la jugak kerana ada yang menyatakan kaum semelai ni ada sistem tulisan sendiri dan kerajaan sendiri... sistem tulisan tu memang ada tapi sayangnya sekadar penceritaan tetapi buktinya dah tiada...sungguh sayang  tapi bab istana yang tenggelam dalam tasik tu aku tak berapa pasti sebab ada cerita yang seorang mat salleh yang menyelam jumpa istana di dasar tasik tu...dan buktinya tiada jugak cuma cerita mat salleh yang nampak tu la...dan mat salleh tu pun dah RIP. ( cerita pasal mat salleh menyelam ni pun aku tak dapat nak pastikan jugak benar atau tidak ).

       Orait di mulakan kisah asal-usul melalui mitos dulu. Kaum semelai mempercayai mereka adalah dari keturunan ketujuh Batin Paduka Alam. Batin Paduka Alam di percayai seorang individu yang mempunyai kuasa dan kesaktian bak seorang dewa. Walaupun kaum semelai mempercayai akan cerita asal usul mereka dari keturunan ketujuh Batin Paduka Alam tapi tidak ada ritual berkaitan asal usul tersebut. kata-kata yang terkenal mengenai Batin Paduka Alam iaitu " Turun Berdiri Raja bersembah" mengenai cerita turun berdiri raja bersembah adalah berkenaan cerita seorang sultan ingin berjumpa dengan segenap pelusuk pemimpin dari kalangan kaum ,daerah .Batin Paduka alam adalah pemimpin terulung kaum semelai yang  di gelar raja di rimba. setelah beliau sampai di istana langkah pertamanya memasuki kawasan istana sudah bergegar seluruh istana dan hadirin dalam istana tersebut berasa takut  dan setelah di amati itulah dia Batin Paduka Alam maka dengan itu wujudlah kata-kata mengenai beliau iaitu ” turun berdiri raja bersembah” daulatnya melebihi apa yang ada pada sultan. ( mengikut cerita jangan bertanya mengenai  kebenaran) cerita mengenai batin paduka alam mengenai kewujudannya baru saya ketahui mengenai pakaian persalinannya mungkin macam pakaian adat yang menjadi simpanan salah seorang pawang .Di ceritakan persalinannya itu ,pernah pihak istana ingin menyimpan persalinan batin paduka alam di istana tetapi tidak lama kerana istana menjadi panas kerana persalinan batin paduka alam dan kemudiannya di kembalikan kepada pawang tersebut.
    Satu lagi kisah mengenai asal-usul semelai dari sudut mitos dan lagenda ialah mengenai cerita si tembeling. Kisah Si tembeling memelihara seekor harimau yang menjadi teman berburu ,Pada suatu hari ketika berburu kaki si tembeling di gigit pacat dan setelah di alihkan pacat yang mengigit kaki si tembeling di suruhnya pula harimau belaan menjilat darah yang mengalir di kakinya ...oleh kerana terasa akan kelazatan darah tuannya harimau tersebut terus menerkam si tembeling dan memakannya,sebelum itu harimau ni makan daging yang telah di masak... dari peristiwa itulah harimau si tembeling ni terus mengganas dengan memakan hampir kesemua orang semelai yang berada di kampung tersebut. Cuma yang terselamat dua orang perempuan kaum semelai yang sembunyi di dalam gendang ke gong tak pasti aku mana satu. Kehadiran dua orang lelaki semoq beri yang  ke kampung tersebut menjadi sinar harapan kepada dua orang perempuan semelai tersebut. Dua orang lelaki semoq beri kehairanan melihat perkampung yang sepi tiada penghuni .Sedar akan kehadiran 2 orang lelaki yang sampai di kampung mereka maka dua orang perempuan semelai keluar la dari tempat persembunyian tersebut.Lalu mereka mengadukan masalah yang dihadapi dan berpakat untuk membunuh harimau tersebut. Setelah harimau berjaya di bunuh maka kedua-dua pasangan tersebut berkahwinlah dan mereka masing-masing membawa diri dan setiap sepasang suami isteri membawa sebuah  gendang supaya mereka saling ingat mengingati dengan menyanyikan  lagu yang tertentu... begitulah ceritanya...tak detail sangat aku cerita tapi ceritanya memang macam tu lah... Berkenaan cerita tersebut  ada satu perkara yang aku boleh katakan ada persamaan iaitu bahasa orang semoq beri dan semelai bahasa yang mereka gunakan seakan-akan sama tetapi yang ada kelainan pulak semoq beri berada dalam kelompok senoi sedangkan semelai berada dalam kelompok melayu proto. Satu lagi cerita berkenaan asal-usul ialah kaum semelai sebenarnya berasal dari sumatera iaitu di kawasan pagar ruyung mengikut cerita nenek aku . di mana ketika di sana  kaum semelai menjalankan kehidupan harian mereka dengan bercucuk tanam dan mencari hasil hutan .Kehadiran agama islam telah membuatkan mereka berpecah belah dengan kaum lelaki memilih untuk tidak menganut agama tersebut manakala kaum wanita menganut agama islam. Maka kaum lelaki membawa diri dengan berlayar ke tanah semenanjung dengan hidup di kawasan pinggir sungai dan akhirnya mereka ke negeri pahang dan negeri sembilan serta johor. ( pasal cerita ni aku tak tau mengenai kebenarannya)
     Sekarang  nak bercerita mengenai fakta pulak mengenai asal-usul semelai berdasarkan kajian orang lain yang boleh di katakan ada kebenaran jugak tapi masih samar-samar. Kaum semelai ada teori yang mengatakan mereka ini adalah kaum Mala =Malai atau Se Mala. Se Mala dari sundaland ( nusantara) berikut petikan dari teori sundaland yang mengatakan mengenai semelai.
         Siapakah suku proto Melayu? Bagaimanakah rupa orang Melayu zaman dahulu? Ini persoalan kita. Jawapannya mudah sahaja. Kita boleh lihat rupa orang Melayu dahulu dengan melihat rupa orang Semelai dan Jakun. Sebenarnya menurut ahli-ahli antropologi tempatan kaum, Semelai adalah kaum yang paling dekat dengan Melayu Deutro atau modern. Hidung mereka, warna kulit mereka, rambut mereka adalah tidak ubah seperti kaum Melayu. Malahan jika kita perhatikan betul-betul kebanyakan mereka berwarna kulit yang cerah dan bukan gelap seperti suku-suku asli yang lain. Suku kaum Semelai terdapat banyak di Negeri Sembilan dan Pahang terutama di sekitar tasik bera. Adat dan upacara mereka juga adalah hampir sama dengan adat Melayu. Satu lagi keunikan mereka ialah mereka pandai membina perahu yang baik serta alatan muzik bertali serta gong.
         Persoalannya adakah mereka ini bangsa yang pernah mendiami Funan, Chih Tu, Tan Mo Ling dan Pan-pan. Ianya masih belum terjawab. Namun clue nya ada pada nama kaum Semelai itu sendiri yakni Se Melai, Melai atau Malai=Mala? Mungkinkah mereka adalah turunan kaum Mala yang masih mengekalkan cara hidup sebelum tamadun Hindu-Buddha? Dalam folklore kaum Temuan yakni juga kaum proto Melayu Austronesia, ada diceritakan tentang banjir besar yang berlaku beribu tahun dahulu. Dalam banjir tersebut yang terselamat hanya dua orang sahaja yang kemudiannya menjadi leluhur kepada orang Temuani. Adakah peristiwa banjir besar Sundaland terpahat dalam petitih kuno mereka sejak turun temurun? Jika benar bermakna mereka adalah suku yang tertua di Nusantara ini dan telah ada sejak sebelum tenggelamnya Sundaland dalam banjir NAbi Nuh!
       Saudara sekalian, jika benar kaum Semelai adalah kaum asal Mala bermakna sahlah Melayu bukan pendatang, sebaliknya telah wujud beribu-ribu tahun yang lalu. Satu lagi keunikan mereka adalah dari segi bahasanya. Walaupun ahli-ahli antropologi telah membuat kesimpulan bahawa mereka adalah Proto Malay namun bahasa mereka bukan sahaja mengandungi suku kata Austronesia tetapi terdapat juga campuran bahasa Mon-Khmer. Ini dapat memberikan kita gambaran bahawa betapa eratnya hubungan diantara suku-suku Melayu pada zaman dahulu dengan suku-suku Mon-Khmer. Hubungan yang dimaksudkan mungkin hubungan diantara agrarian dan Maritim. Suku Mon Khmer yang di ketahui sebagai bangsa Agraria mungkin menjadi pembekal barang-barang dagangan dari hutan manakala suku Melayu proto mebekalkan barangan dari Tasik, sungai dan laut kepada mereka.  ( Petikan dari http://lokalgenius.blogspot.com  )
Nanti aku nak cerita pasal benda lain pulak...mengenai semelai.
p/s kalau ada kandungan dari artikel ni agak keterlaluan orangtasek sebagai penulis memohon maaf terlebih dahulu.

Asal Usul Semelai

 Sedang mengarang artikel mengenai asal-usul dari sudut fakta dan mitos... kumpul segala info yang terdapat di internet dan cerita dari orang-orang tua.

        

Khamis, 19 Julai 2012

Moga Aman kau Di Sana

PIPO 
 Rest in Peace 
Woffffff.....woffff....

Selasa, 17 Julai 2012

Kejadian Angin Kencang di Bera Pahang ( Mistiknya)

  Kejadian seperti ini pernah berlaku ketika dulu ...melalui cerita tukwan aku ,tapi tahun ini paling hebat lah... kejadian angin kencag yang berlaku pada waktu petang memang sangat menggemparkan penduduk kampung..semasa aku bercuti di kampung pada bulan sebelumnya tiupan angin memang cukup kencang dan menggerunkan ada jugak aku rakamkan dalam bentuk video. 
     Berbalik kepada cerita kejadian yang menimpa kampung aku pada 27 june tak salah aku sebab mengikut gambar yang di upload di laman muka buku oleh adik aku pada 27 june,selepas kejadian berlaku. boleh tahan penangan angin kencang kali ini dan di katakan antara yang terhebat di abad ini di kawasan kampung aku tu la...Setelah di korek cerita-cerita berkenaan kejadian ribut tersebut dari sudut mistiknya dan dari sudut lain-lain banyak jugak lah yang kedengaran dalam pelbagai versi yang tak masuk dek akal dan nak kata tak percaya pun tak boleh percaya sangat pun tak boleh...
    Versi pertama mengenai kejadian ribut kencang ini ialah mengenai perbuatan beberapa orang pemuda yang di ceritakan mempermainkan 2 jenis binatang iaitu katak dengan cacing...ada yang kata beruk dengan cacing...di permainkan macam mana tak tau la nak cerita..pasal hal pantang larang ni memang dah disumbatkan kepada akal anak-anak oleh orang-orang tua mengenai pantang yang tidak patut di  langgar seperti mempersendakan/mempermainkan binatang sebab yer lah kan binatang ni kalau kita aniaya ke persenda ke doa mereka terus kepada tuhan kalau bala...maka celaka la satu kampung... ada satu cerita tapi di tempat lain la kisah yang sama aniaya binatang nak di kahwinkan beruk dengan kera ha,,,,,,,kesudahannya hanyut satu kampung.. 

     Versi kedua....ha ni dari segi mistik la...mengikut cerita yang diceritakan samada ada percaya atau tidak kejadian tersebut di sebabkan oleh seekor binatang dari kayangan iaitu seekor kuda yang bertanduk dan berkepak kepunyaan seorang pawang .Oleh kerana sudah tidak bertuan maka turunlah ia mencari tuan yang baru.. dan itulah kemusnahan yang dibawanya...Dulunya ada seorang pawang yang telah di beri keistimewaan untuk menjaga kuda tersebut...bukan kuda biasa ke kuda padi ke kuda funfair tetapi binatang dari kayangan iaitu seekor kuda yang kita manusia biasa tak nampak akan jasad kuda tersebut...mengikut cerita yang pernah di dengar kehebatan kuda tersebut kalau turun tak tercabut pokok sebesar pemeluk dua pemeluk ke tiga pemeluk ke...bukan dia lah...dan pawang yang menjaga kuda tersebut pun bukan calang-calang orang sebab tak semua pawang yang berkemampuan nak menjaga binatang dari kayangan ni. Kuda ni pun sebenarnya ialah milik kepada seorang yang bernama Batin Paduka Alam di mana kehebatan beliau ialah seperti seorang dewa... dan kaum semelai adalah keturunan ketujuh daripadanya.. nanti la aku kumpul banyak-banyak sikit pasal Batin Paduka Alam ni mengenai kisah-kisahnya  " turun berdiri raja bersembah"  nak kata mitos mengenai Batin Paduka Alam ni tak la jugak sebab ada bukti kewujudannya kerana ada yang mengatakan sepersalinan pakaian adatnya ada seorang pawang yang simpan. di simpan tempat lain panas istana...hehehe.... nak tau lanjut nanti la aku korek cerita tersebut... baca jer jangan percaya sangat...

Ahad, 15 Julai 2012

Kurang Kesihatan


  • Demam
  • Batuk
  • Suara Rock uuuuu....
  • Selesema

Isnin, 2 Julai 2012

Seri Tasek Buaya Keramat Tasik Bera

   Dah Pernah cerita mengenai kisah buaya keramat tasek bera. Cerita mengenai seri tasek ni didapati dari penceritaan orang-orang tua yang suka bercerita. benar atau tidak cerita tersebut tidak dapat dipastikan dan tidak mustahil cerita yang diceritakan itu benar-benar wujud.

  Seri tasek buaya keramat yang menghuni lubuk sanglang kecil ,satu lubuk yang terdapat di tasik bera. pada penceritaan orang-orang lama yang arif mengenai cerita ini kedudukannya melintang di dalam lubuk tersebut tugasnya cuma satu iaitu membunuh buaya dari sungai pahang yang ingin masuk ke kawasan tasik bera. cerita yang paling hebat dalam kisah seri tasek adalah kisahnya berlawan dengan buaya yang dikenali dengan nama sri pahang. Sumpahnya ialah tidak akan memakan atau mencederakan manusia di kawasan tasik tersebut.  tasik bera sapa kata takda buaya ada jugak tapi cerita mengenai orang yang dibaham buaya tak pernah dengar lagi la. 

  Mengenai sri tasek dari pengamatan saya dan cerita cerita orang lama bukanlah sejenis buaya yang semulajadinya memang buaya .Mungkin saja orang dulu-dulu  yang menuntut ilmu menjadi buaya ataupun kawasan tersebut menjadi tempat pertapaan beliau .kata tukwan saya sri tasek tu ialah puaka di kawasan tersebut. ada satu kisah yang baru berlaku di mana beberapa jenis ekor buaya telah dilepaskan dikawasan tasik bera tapi akhirnya hilang dan tidak dapat dikesan..bukan nak buat cerita yang sri tasek ni wujud  buaya yang dilepaskan ialah buaya dari tempat lain dan telah masuk ke kawasan tersebut jadinya sudah menjadi adat bagi tetamu tidak diundang menempah mati dek penangan sri tasek. Logiknya cerita ini ialah buaya-buaya yang dilepaskan telah di letak suatu alat untuk para pengkaji mengesan ke mana buaya tersebut pergi. tapi hilang dan tak dapat di kesan. 

   Kisah keramatnya buaya sri tasek ini mengikut cerita orang ialah jika tanpa disedari buaya ini boleh mengekori anda degan keadaannya  di bawah permukaan air mengikut  bot atau perahu tidak akan dapat melihat kelibatnya kerana jika bot maka sebesar bot la saiz badannya jika sebesar perahu maka sebesar perahu lah badannya ...bila sampai di permukaan air beliau akan menjelmakan diri menjadi seorang lelaki tua.

   Kepada sesiapa yang berminat nak tau ceritanya dengan lebih lanjut rajin-rajinlah bertanya dengan orang-orang tempatan yang tahu akan kisah seri tasek ni.Pengalaman orang-orang yang pernah melalui kawasan lubuk jagaannya hehehe memang lah seram  sebab kawasan tersebut sunyi sepi dan agak tenteram tapi siapa tau di bawah dasar  tasik  tu.. nak sampai dasar tasik 3 hari baru jumpa tanah.

Dari CIta-Cita Kepada Pengalaman S2

Gambar setelah aku habis kem...sengaja aku
buat efek macam tu
 Macam biasa bangun pagi bergegas nak ke kuliah takut lambat seperti sebelumnya... setelah selesai mandi dan mengenakan pakaian yang sama nak ke kuliah aku keluar lalu menutup pintu dan bergegas turun tangga .Eh"... apesal pulak ni pagi-pagi masing-masing dah kelam kabut dengan baju celoreng dengan beg ...sebiji macam soljar yang kena tugaskan ke negara bergolak...aku biarkan saje la dan.....woiii ...walau tau nama tapi manusia ni yang terkenal dengan sikap bongok supo tahik kering...Beruk tak berantai ..gigit buntut  dah la jalan tonggek seksi la konon lelaki jalan tonggek seksi ke?? rasa dapat free kick menuju ke kolam kumbahan nak aku ambik lajak 50 meter berlari dan tendang..budak keyllllll....memang macam tu. sambung balik...woii ko tak tau ke minggu ni ada kem.."alamak itu lah akibatnya aku tak pergi meeting semalam perghhh cepat-cepat aku bergegas semula ke bilik dan pack semua barang-barang yang ada..masukkan semua yang ada dari kelengkapan diri dan juga pakaian-pakain yang harus di bawak...bukan apa seminggu tu...asudah baju celoreng takdo baiii....asudehh!!!!...ahhh pakai t-shirt celoreng jer nombor berapa aku tak ingat.

    Lalu bergegaslah aku menuju ke bas yang dah lama menunggu kami semua bukan aku seorang jer yang melambatkan diri rupanya ramai lagi,terutamanya yang lelaki. maka bertolaklah kami ke kem ............ aku sempat tertidur dalam bas sebab tak cukup tido malam semalam macam biasa la kemaruk game red alerts tido sampai pukul 2 pagi. dah turun dari bas kami semua mendapat arahan untuk ke suatu tempat untuk mendengar taklimat .Selepas mendengar taklimat yang panjang berjela terus capai beg masuk ke dalam tempat penginapan....waduhhh lega...berehat sekejap... tak lepas tu seperti yang telah terancang pada taklimat tadi pada jam 12 kami semua harus bergerak ke tempat untuk memeriksa tahap kesihatan siap ukur tinggi dan berat sekali .dan lepas tu pergi ke stor untuk ambik pakaian beg dan beberapa pagi peralatan penting untuk di bawa..jungle hat aku ketat weiii...layan jer la... dah habis segala urusan time untuk makan. nak ke dewan makan dah tentu kena ikut padang kawad.. kalau mana-mana pegawai nampak mana-mana AW ni lenggang kangkung kat padang kawad ambik la habuan..sedap woo masakan soljar nie..tambah-tambah kari ayam...perghhhh!!!!...nak tambah sory !!!..


   selepas makan ada pulak taklimat dari pegawai atasan mengenai kem yang di adakan .ketika itu lebih kurang dalam 50 orang AW mengikuti kem tersebut. tak banyak aktiviti yang di lakukan di kem .kerana kebesokkan hari kami akan ke sebuah tempat dan akan menjalani latihan di sana selama 3 hari . 


besok aku akan ceritakan pasal perangai senior...dah la pendek belagak nak mampos!!!... 


Dari Cita-Cita Kepada Pengalaman S3

    

Ahad, 1 Julai 2012

Dari Cita-Cita Kepada Pengalaman S1

Hanya pengalaman tak seberapa dan kerana pengalaman itulah mengajar erti menjadi manusia yang lari dari norma manusia biasa.waduhh ayat.

     Pengumuman kepada GP (guru pelatih) yang berminat untuk menganggotai pasukan Askar W sila ke dewan kuliah A dan sila bawa salinan kad pengenalan . bergegas aku ke dewan kuliah untuk mendaftar sebagai seorang anggota pasukan Askar W . Sememangnya memang minat aku sebelum jadi cikgi ni ialah Askar ...berkobar-kobar dulu nak jadi askar tapi tidak mendapat galakkan dari mother and father kerana keputusan SPM aku agak baik dan mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat lagi tinggi....kalau aku berdegil dulu dah tentu aku seronok dua ronok...suka pada perkara yang mencabar fizikal dan lasak... akhirnya terubat juga rindu dan angan-angan aku nak join soljar walau pun setakat soljar W. 

   Seingat aku la lepas mendaftar tu nombor badan terus dapat.. aku pun dah lupa ape tah no badan aku tu. selang beberapa hari kami yang berminat dan telah menandatangani perjanjian tu pun bergerak ke sebuah kem Soljar.. kerana nak ambik pakaian. macam-macam jenis pakaian ada no 1 la 2 la dan kasut teruja jangan cakap l hahaha...memang excited sangat. dah dapat tu balik asrama ape lagi bergaya sakan la.. latihan kawad yang  pertama pada minggu pertama.. pagi2x terus bersedia kilatkan kasut la aper la..dan akhirnya latihan yang pertama alahai susah la...tapi nak buat macam mana susah pun susah la...layankan jer sebab minat punya pasal. berpeluh jugak tengah-tengah panas .muka merah padam kulit dah macam udang kena goreng merah jangan cakap...kena tengking macam biasa...ala biasa la hukum kawad takkan la jurulatih lembik kot nak training mestilah yang tegas. seingat aku sarjan yang bertanggungjawab melatih platun kami itu ialah orang kelantan...bahasa fuhhh jangan cerita la kesat semua terkeluar...tapi apa nak kisah sangat benda-benda macam tu takkan la nak mendisplinkan orang tu cakap lemah lembut..haha..

 Time paling best ialah masa amik elaun kehadiran ...sebab siapa yang datang banyak kali semasa latihan akan dapat elaun. Lumayan jugak masa tu. Yer la disamping elaun yang dapat 600 tu tambah pulak dengan elaun kehadiran masa latihan ada la dapat sampai 300  boleh tahan la..duit tu memang la nak tapi paling berharga ialah pengalaman.


Bersambung la nanti untuk latihan selama seminggu aku di kem dan hutan pokok getah berdekatan dengan sempadan...