Sabtu, 21 Julai 2012

Asal Usul Semelai antara Teori,Fakta dan Mitos


   Mengkaji sesuatu yang belum terungkai masih kabur berkabus. Senang cerita tak payah nak pening-pening dengan asal-usul kaum sendiri ingat satu jerr asal-usul manusia dari Nabi Adam A.S. Orait berbalik kepada asal-usul ni memang asalnya Nabi Adam A.s tetapi pecahan daripadanya harus jugak kita ambil tahu. Semelai adalah kaum orang asal dari pecahan melayu proto yakni melayu asli.Akan di kupas dengan beberapa pecahan yang menceritakan tentang asal-usul semelai dari fakta,mitos dan lagenda ( bukan ke sama??) hehe.. mengikut pemahaman aku semelai ni dulunya macam sebuah kerajaan la jugak kerana ada yang menyatakan kaum semelai ni ada sistem tulisan sendiri dan kerajaan sendiri... sistem tulisan tu memang ada tapi sayangnya sekadar penceritaan tetapi buktinya dah tiada...sungguh sayang  tapi bab istana yang tenggelam dalam tasik tu aku tak berapa pasti sebab ada cerita yang seorang mat salleh yang menyelam jumpa istana di dasar tasik tu...dan buktinya tiada jugak cuma cerita mat salleh yang nampak tu la...dan mat salleh tu pun dah RIP. ( cerita pasal mat salleh menyelam ni pun aku tak dapat nak pastikan jugak benar atau tidak ).

       Orait di mulakan kisah asal-usul melalui mitos dulu. Kaum semelai mempercayai mereka adalah dari keturunan ketujuh Batin Paduka Alam. Batin Paduka Alam di percayai seorang individu yang mempunyai kuasa dan kesaktian bak seorang dewa. Walaupun kaum semelai mempercayai akan cerita asal usul mereka dari keturunan ketujuh Batin Paduka Alam tapi tidak ada ritual berkaitan asal usul tersebut. kata-kata yang terkenal mengenai Batin Paduka Alam iaitu " Turun Berdiri Raja bersembah" mengenai cerita turun berdiri raja bersembah adalah berkenaan cerita seorang sultan ingin berjumpa dengan segenap pelusuk pemimpin dari kalangan kaum ,daerah .Batin Paduka alam adalah pemimpin terulung kaum semelai yang  di gelar raja di rimba. setelah beliau sampai di istana langkah pertamanya memasuki kawasan istana sudah bergegar seluruh istana dan hadirin dalam istana tersebut berasa takut  dan setelah di amati itulah dia Batin Paduka Alam maka dengan itu wujudlah kata-kata mengenai beliau iaitu ” turun berdiri raja bersembah” daulatnya melebihi apa yang ada pada sultan. ( mengikut cerita jangan bertanya mengenai  kebenaran) cerita mengenai batin paduka alam mengenai kewujudannya baru saya ketahui mengenai pakaian persalinannya mungkin macam pakaian adat yang menjadi simpanan salah seorang pawang .Di ceritakan persalinannya itu ,pernah pihak istana ingin menyimpan persalinan batin paduka alam di istana tetapi tidak lama kerana istana menjadi panas kerana persalinan batin paduka alam dan kemudiannya di kembalikan kepada pawang tersebut.
    Satu lagi kisah mengenai asal-usul semelai dari sudut mitos dan lagenda ialah mengenai cerita si tembeling. Kisah Si tembeling memelihara seekor harimau yang menjadi teman berburu ,Pada suatu hari ketika berburu kaki si tembeling di gigit pacat dan setelah di alihkan pacat yang mengigit kaki si tembeling di suruhnya pula harimau belaan menjilat darah yang mengalir di kakinya ...oleh kerana terasa akan kelazatan darah tuannya harimau tersebut terus menerkam si tembeling dan memakannya,sebelum itu harimau ni makan daging yang telah di masak... dari peristiwa itulah harimau si tembeling ni terus mengganas dengan memakan hampir kesemua orang semelai yang berada di kampung tersebut. Cuma yang terselamat dua orang perempuan kaum semelai yang sembunyi di dalam gendang ke gong tak pasti aku mana satu. Kehadiran dua orang lelaki semoq beri yang  ke kampung tersebut menjadi sinar harapan kepada dua orang perempuan semelai tersebut. Dua orang lelaki semoq beri kehairanan melihat perkampung yang sepi tiada penghuni .Sedar akan kehadiran 2 orang lelaki yang sampai di kampung mereka maka dua orang perempuan semelai keluar la dari tempat persembunyian tersebut.Lalu mereka mengadukan masalah yang dihadapi dan berpakat untuk membunuh harimau tersebut. Setelah harimau berjaya di bunuh maka kedua-dua pasangan tersebut berkahwinlah dan mereka masing-masing membawa diri dan setiap sepasang suami isteri membawa sebuah  gendang supaya mereka saling ingat mengingati dengan menyanyikan  lagu yang tertentu... begitulah ceritanya...tak detail sangat aku cerita tapi ceritanya memang macam tu lah... Berkenaan cerita tersebut  ada satu perkara yang aku boleh katakan ada persamaan iaitu bahasa orang semoq beri dan semelai bahasa yang mereka gunakan seakan-akan sama tetapi yang ada kelainan pulak semoq beri berada dalam kelompok senoi sedangkan semelai berada dalam kelompok melayu proto. Satu lagi cerita berkenaan asal-usul ialah kaum semelai sebenarnya berasal dari sumatera iaitu di kawasan pagar ruyung mengikut cerita nenek aku . di mana ketika di sana  kaum semelai menjalankan kehidupan harian mereka dengan bercucuk tanam dan mencari hasil hutan .Kehadiran agama islam telah membuatkan mereka berpecah belah dengan kaum lelaki memilih untuk tidak menganut agama tersebut manakala kaum wanita menganut agama islam. Maka kaum lelaki membawa diri dengan berlayar ke tanah semenanjung dengan hidup di kawasan pinggir sungai dan akhirnya mereka ke negeri pahang dan negeri sembilan serta johor. ( pasal cerita ni aku tak tau mengenai kebenarannya)
     Sekarang  nak bercerita mengenai fakta pulak mengenai asal-usul semelai berdasarkan kajian orang lain yang boleh di katakan ada kebenaran jugak tapi masih samar-samar. Kaum semelai ada teori yang mengatakan mereka ini adalah kaum Mala =Malai atau Se Mala. Se Mala dari sundaland ( nusantara) berikut petikan dari teori sundaland yang mengatakan mengenai semelai.
         Siapakah suku proto Melayu? Bagaimanakah rupa orang Melayu zaman dahulu? Ini persoalan kita. Jawapannya mudah sahaja. Kita boleh lihat rupa orang Melayu dahulu dengan melihat rupa orang Semelai dan Jakun. Sebenarnya menurut ahli-ahli antropologi tempatan kaum, Semelai adalah kaum yang paling dekat dengan Melayu Deutro atau modern. Hidung mereka, warna kulit mereka, rambut mereka adalah tidak ubah seperti kaum Melayu. Malahan jika kita perhatikan betul-betul kebanyakan mereka berwarna kulit yang cerah dan bukan gelap seperti suku-suku asli yang lain. Suku kaum Semelai terdapat banyak di Negeri Sembilan dan Pahang terutama di sekitar tasik bera. Adat dan upacara mereka juga adalah hampir sama dengan adat Melayu. Satu lagi keunikan mereka ialah mereka pandai membina perahu yang baik serta alatan muzik bertali serta gong.
         Persoalannya adakah mereka ini bangsa yang pernah mendiami Funan, Chih Tu, Tan Mo Ling dan Pan-pan. Ianya masih belum terjawab. Namun clue nya ada pada nama kaum Semelai itu sendiri yakni Se Melai, Melai atau Malai=Mala? Mungkinkah mereka adalah turunan kaum Mala yang masih mengekalkan cara hidup sebelum tamadun Hindu-Buddha? Dalam folklore kaum Temuan yakni juga kaum proto Melayu Austronesia, ada diceritakan tentang banjir besar yang berlaku beribu tahun dahulu. Dalam banjir tersebut yang terselamat hanya dua orang sahaja yang kemudiannya menjadi leluhur kepada orang Temuani. Adakah peristiwa banjir besar Sundaland terpahat dalam petitih kuno mereka sejak turun temurun? Jika benar bermakna mereka adalah suku yang tertua di Nusantara ini dan telah ada sejak sebelum tenggelamnya Sundaland dalam banjir NAbi Nuh!
       Saudara sekalian, jika benar kaum Semelai adalah kaum asal Mala bermakna sahlah Melayu bukan pendatang, sebaliknya telah wujud beribu-ribu tahun yang lalu. Satu lagi keunikan mereka adalah dari segi bahasanya. Walaupun ahli-ahli antropologi telah membuat kesimpulan bahawa mereka adalah Proto Malay namun bahasa mereka bukan sahaja mengandungi suku kata Austronesia tetapi terdapat juga campuran bahasa Mon-Khmer. Ini dapat memberikan kita gambaran bahawa betapa eratnya hubungan diantara suku-suku Melayu pada zaman dahulu dengan suku-suku Mon-Khmer. Hubungan yang dimaksudkan mungkin hubungan diantara agrarian dan Maritim. Suku Mon Khmer yang di ketahui sebagai bangsa Agraria mungkin menjadi pembekal barang-barang dagangan dari hutan manakala suku Melayu proto mebekalkan barangan dari Tasik, sungai dan laut kepada mereka.  ( Petikan dari http://lokalgenius.blogspot.com  )
Nanti aku nak cerita pasal benda lain pulak...mengenai semelai.
p/s kalau ada kandungan dari artikel ni agak keterlaluan orangtasek sebagai penulis memohon maaf terlebih dahulu.

3 ulasan:

Mazru Majid berkata...

satu tabik koi bagi kat org tasek yg susah payah menceritekan kpd kite perihal fakta,sejarah maupun mitos mengenai kaum semelai..

koi tertarik dengan fakta terakhir mengatakan bahawa kaum semelai ini adelah dari kaum yg hidup ketika zaman nabi Nuh A.S..sbnrnye koi juge ade terdengar tentang kisah ini,dan koi rasekan ianye tidaklah keterlaluan utk kite renungkan..sudah nyata dan bersuloh mmg asalnye dari Adam..

kemudian mengenai dari pagar ruyong itu juge ade kebenarannye,tetapi melalui kisah yg koi pernah baca mmg sudah ade kaum asli dlm kelompok2 besar di seluruh pahang,tentang suku nya pula koi tak ketahui,ketika itu 4@7 orang putera dr tanah sumatera telah dtg utk membawa risalah islam ke pahang..sekitar tahun 1500 gitulah...mereka telah berjaya menarik hati seorang tok batin yg bernama batin seridon yg kwsan jajahannye dari gunung senyum ke gunung ??? koi lupe...tapi mmg luaslah,ketika itu ade 4 tok batin besar di pahang(mybe bkn 4,mybe 2)maka batin sridon telah mengahwini anak perempuannye dengan salah seorang dari putera dari pagar ruyung itu yg bernama sujibilang/sujudbilang@Tengku Muhammad...kemudian bercambahlah keturunan mereka..kisah ini berlaku di Temerloh..dan sujibilang ini lah yg membuka kaw Temerloh setelah mendapat ilham dari perkataan mereloh(tidur) dlm bhasa kaum asli.

Banyak orang cakap citer ats tu adelah sejarah yg sebenar..tentang kesahihannye tak berjumpe pulok lagi...

Koi percaya kaum semelai adelah sebuah kaum yg amat maju ketika sebelum banjir besor melanda dunia ketika nabi Nuh menyeru umatnye utk menyembah Allah lemudian mereka mengatakan macam2 kpd Nuh... dan banjir besar itu telah melenyapkan hampir semua keturunan Nabi Adam A.S..kemudian selepas banjir yg tinggal adelah dari keturunan Nuh dan pengikut2nye yg terselamat dari banjir besar dgn menaiki bahtera yg telah dibina Nuh di atas perintah Allah....

kaum semelai kaum tertua di dunia?tak mustahil...krn dikatakan ade yg terselamat dr banjir itu di kawasan nusantara dengan duduk di gunung2 yang tinggi....

wallahualam...

Tanpa Nama berkata...

Hasil kajian kawan pula mendapati bahawa semelai adalah keturunan melayu deli kerana adat-adat yang digunakan oleh kaum semelai ialah adat melayu deli. Begitu juga sebenarnya kaum semelai ialah kaum yang beragama Islam tetapi lama kelamaan mereka kembali kepada tiada agama.

Sebab itu, dalam ramai-ramai kaum peribumi di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, hanya kaum semelai menyebut bismillah, inna lillah, hukumullah....

OrangTasek berkata...

memang cerita orang dulu pun pernah dengar mengenai kaum semelai dulunya beragama islam..