Rabu, 5 Januari 2011

CIKAK mende aloh ape??

Cikak @ Cika sebutan memasing lerr kan.... ada yang tau ..ada yang buat2x tak tau..ada yang terlebih tau.. dan paling teruk yang tak tau langsung... Cika atau Cikak bukan lah awek cun melecun berpaha putih ,berkulit licin serta suara yang sedikit mengada... sebenarnya jenis sakit perut yang tak lut dek ubat klinik atau hospital sebab aku pernah mengalami ....... kisahnya.... lepas makan aku pun minum tolong kemas/basuh pinggan ( rajin konon) dan meneguk secawan air dari cerek lalu aku berkata " fuhhh air kosong perisa asap kayu api!!!.. ' sebab nak jimatkan tong gas yang digunakan jadi mak guna la kayu api untuk memasak air..dan rasa air tu ade la rasa asap kayu api tu... dan terus dijadikan cerita aku terjaga dan terbangun dari
mimpi jam 4 pagi kussss semangat nak terkincit wooo pehhh laju jerr tiada yang berketul cecair semata-mata ...selesai puas tak terhingga tapi kepuasan itu hanya sementara ... terpaksa menanggung lagi derita trip ke-2 dan kesudahannya hingga trip ke-5
badan lemah longlai.... besok nyer ke klinik jika2x ada tanda keracunan makanan... Aiyaa lu ada makan apa2x ka?? makan nasi la loktor ( doktor) u ilang manyak airr
wooo... selalu cilit ka?? ini hali sula belapa kali lu cilit?? malas nak menjawab guna isyarat tangan menunjukkan jumlah 12 kali perghhh... dia suruh nya aku baring di atas katil perghh mcm citer porno scene dalam bilik doktor wahahaha.... di selaknya baju aku.. di tekap dengan tangan lalu di ketuk ..." angin tala lalam pelut " doktor ni pelat sikit BM dia..tp still boley faham la.. lalu bangun dan keluar di berinya ubat dan dinasihatkan jangan makan nasi dalam sehari ni... perghhh.. menjeling aku tatkala keluargaku makan nasi aku cuma mengoyakkan roti gardenia dengan gigi gerahamku fuhhh nasi... dah makan roti kene makan ubat yer la kan pesakit.. tapi dalam masa 2 hari tetap juga tidak berubah. Mujurlah ketika itu aku tengah cuti semester dan aku menyedari dalam masa beberapa hari aku menanggung nie badan aku semakin susut....yer la... lancar jerrr..tidak perlu mengeram...eh meneran dengan penuh perasaan dan mimik muka yang serius.... dan akhirnya aku di bawa ke rumah pakcik sedara ku.. untuk berubat cara tradisional pulak..sebab sakit cika ni memang tak lut dek ubat klinik dan hospital... dalam masa beberapa hari tak berubat boleh membawa maut wooo.... sebab kurang air dalam badan.. ketika di rumah pakcik sedaraku ini ketika mak menerangkan apa sakit yang aku alami terus dia cakap ...ermmm mesti kene cika nie... lalu dia arah isterinya perg
i mengambil kunyit di siat kulit kunyit tu dan terkumat-kamit la beliau membaca jampi serapah dan memberi kepada ibuku dengan arahan letakkan dalam air dan minum selepas itu sapukan ke badan dan badan mesti la menghala ke matahari terbenam dalam keadaan duduk. tidur la aku dengan tenang dan bangun keesokan harinya tanpa mengalami sebarang komplikasi penyakit sebelumnya.. lain kali jangan sesedap mulut jer menegur makanan atau minuman yang kita nak jamah...kan dah kene..
pernah juga selepas tu terkena tapi ade la aku ambik ilmu sikit dari orang tua...hehe
sebagai persediaan..
Maha cika ,maha cika
naik dapur condong
turun bisa cika
naik pohon penawar
tawar..........................

sedikit jerr aku nak bagi nanti kene test tak pasal2x... kene pulak cika nya lain dan versi ilmu jampi cika ni banyak ikut jenis cika air atau makanan...

info
Irunuk adalah cerita dalam lagenda kaum semelai yang memang terkenal akan kehebatan ilmunya dari persilatan hingga ke ilmu kebatinan tetapi mati kerana sakit perut cika.... ( tak tau jampi cika kot)

Cika= sejenis sakit perut yang teruk dan mangsanya akan mengalami cirit birit dan muntah 2x..akibat dari dia menegur dan cakap bukan2x makanan yang ingin di jamah... oleh itu jangan banyak cakap makan jerr...

2 ulasan:

~ cikLisLas ~ berkata...

CEHHHHHHHH...MANDAY DAK MA KERMONG JAMPIK CIKAK K....DPT YEA BELAJAR...HEHEHE

OrangTasek berkata...

tak mooo.... heheheh....