Rabu, 15 Disember 2010

Kisah Dari Tasik Bera ( Lubuk Chenderoh)


Lubuk Chenderoh ( lihat gambar diatas) terletak di tasik bera. ianya merupakan tempat yang sangat keramat dan misteri. mengikut cerita tempat ni di huni bukan setakat buaya malah bermacam-macam makhluk misteri dan pastinya yang pernah menjadi bulan tentang tempat ini ialah ular besar lagi besar dari anaconda . Kejadian aneh banyak berlaku di sini dan yang menarik di kawasan ini pula ialah jika anda melalui kawasan ini dengan bot anda akan melalui satu tempat seolah2x roundabout iaitu pulau kercut ( sejenis tumbuhan tasik ) memang besar jika banjir ia tidak tenggelam dan tidak pulak bergerak ke mana2x. Mengenai kejadian benar yang pernah terjadi di lubuk chenderoh ini mengikut cerita tukwan ( nenek) saya ialah mengenai kejadian yang pernah menimpa seorang lelaki pada ketika itu sedang memancing . Sedang beliau leka memancing dia terasa perahu yang beliau naiki seperti di tarik dan beliau melihat keadaan air tasik menjadi deras sedangkan sebelum tadi tenang... teruslah dia membiarkan perahunya mengikut arah air itu setelah menempuh pokok rasau dan kercut beliau bangun dan melihat apa yang membuatkan air tasik menjadi deras . Rupa-rupanya seekor ular yang sangat besar sedang menyedut perahu dan juga dirinya... lantas terus terjun ke kawasan kercut dan terus memanjat pokok. Memang besar dan hilang sekelip mata begitu juga dengan perahunya. dan baru2x ini ada yang terjumpa buaya di kawasan berkenaan . Besar atau kecil buaya tersebut tidak dapat di pastikan.

Sekian untuk kali ini....
nak gie ambik gmbr kat lubuk chenderoh heheh mintak maaf la..tak berani..
chenderoh bermaksud pertemuan /jumpa dalam bahasa semelai..
Akan terus mencari cerita2x yang misteri....

2 ulasan:

mazru berkata...

huhuh..ye ke weh?baler kome arite bantai nye berendam dlm tasek tu..time tu ade kursus kayak..cikgu suh berendam kat lubuk cenderoh te selama sejam..nasib xde yg kena sedut dek ulor te...is is is

OrangTasek berkata...

Cerita tu tahun 60an lme dh.. Dlm thun 90an org kg jumpe jugek dia timbul kt lubuk te.. Cuma yg tbaru.adik koi yg nampok buaya