Ahad, 1 Ogos 2010

Tuk Naga Berembun ( siri 2 )

TUK NAGA BEREMBUN

hampa kerana Tuk Naga Berembun akan membantu hanya kocak saja air sebanyak tiga kali pukat atau pancing pasti akan mengena.. sekali sekala Tuk Buyung ada juga datang menemui Tuk Naga Berembun dengan menyebut namanya...dengan hanya melihat di permukaan air..nampaklah anaknya itu berlegar-legar di dalam lubuk tasik berembun .Tuk Buyung menegur ” Tuk Naga ayah ni...kenapa badan Tuk Naga makin lama makin membesar?? Tuk Naga berkata ,” ini yang saya risaukan ayah dalam 2 purnama lagi badan saya akan membesar dan lubuk berembun ini akan juga membesar saya ingin keluar dari sini dan menetap dilaut..” bagaimana dengan kami nanti kata tuk buyung?? Tuk naga mahu meninggalkan kami..?? ” saya terpaksa ayah..dalam dua purnama nanti musim tengkujuh akan tiba seluruh kawasan ditenggelami air ,waktu itulah waktu yang sesuai untuk saya keluar dari lubuk berembun...”

Penduduk disekitar tasik dan lubuk berembun mencari rezeki ( gambar hiasan)

Dua purnama sudah hampir awan hitam terus menyeliputi kawasan pinggir tasik dan lubuk berembun .Mencurah-curah air hujan dari langit menimpa bumi . ”memang betul kata-kata anak kita Tuk Naga tentang musim hujan ini..” katanya kepada isteri beliau .”kita terpaksa pindah dari sini kerana musim hujan ini akan menenggelamkan seluruh kawasan pinggir tasik.. esok pagi kita akan berpindah ke kawasan yang lebih tinggi kata Tuk buyung...

Awal pagi lagi Tuk buyung,isteri dan anaknya berpindah dari kawasan itu.Ketika itu air sudah mencecah tiang rumah mereka.Mereka menempuhi hujan lebat untuk pergi ke tempat yang selamat.

Rumah rakit lama Tuk Buyung dan isterinya ( gambar hiasan)

Di dalam lubuk berembun Tuk Naga masih lagi duduk diam menunggu masa yang sesuai untuk keluar dari situ .Badannya makin membesar, seperti biasa akan terhakis lah tebing pinggir lubuk kerana kesan dari badannya yang makin membesar. Sedikit demi sedikit beliau mengerakkan badannya yang makin membesar terhasillah ombak besar - Bersambung

Untuk cerita Tuk Naga Berembun siri satu klik sini

2 ulasan:

al-mankaraqi berkata...

menarik......akan teruskan pembacaan.....

OrangTasek berkata...

terima kasih...teruskan membaca..hehe