- akibat dari gerakkannya itu... Ombak yang terhasil bukan calang-calang pokok di pinggir tasik banyak yang tumbang dan rumah-rumah yang berada di kawasan pinggir tersebut juga roboh di landa ombak .Begitulah penangan apabila Tuk Naga mengerakkan badannya yang besar itu..
Sementara itu Tuk Buyung,isteri dan anaknya meneruskan perjalanan tempat yang selamat dari banjir besar .Dalam perjalanan itu mereka berhenti rehat di sebuah gua yang bernama gua rusuk kiri ,bukan mereka sahaja yang berteduh disitu ada beberapa penduduk pinggir tasik yang menyelamatkan diri ,bagi yang degil dan tidak mahu keluar dari kawasan itu mungkin sudah ditenggelami ombak besar... Ketika itu
di lubuk berembun Tuk Naga masih lagi bergerak untuk menghasilkan ombak bagi menghakis tanah daratan dan pinggir tasik.
Tuk Buyung ,isteri serta anaknya nekad meneruskan perjalanan mencari tempat tinggal yang baru mereka tidak mahu lagi tinggal di situ kerana tidak ingin berjauhan dari Tuk Naga .Mereka memilih untuk tinggal di persisiran pantai dan memulakan hidup yang baru disana..Tujuannya berbuat begitu adalah untuk memudahkannya keluar dari lubuk berembun dan menuju ke laut. Hujan lebat terus mencurah ke bumi tanpa henti selama 3 hari berturut-turut.Sebenarnya kewujudan Tuk Naga Berembun tidak di ketahui oleh penduduk sekitar kecuali ibu dan ayahnya...kerana ketika ia kecil bertubuh ular dia tidak pernah memunculkan
diri di permukaan air kerana takut dibunuh oleh manusia .Sekarang ini lubuk berembun sudah besar 5 kali ganda dari biasa ..perlahan-lahan Tuk Naga keluar dari lubuk berembun ... tari rentak hayunan tubuhnya perlahan meninggalkan lubuk berembun tempat beliau membesar dan bermain disitu.Tuk Naga terpaksa meninggalkan lubuk berembun kerana badannya makin membesar dan tidak mahu di lihat oleh manusia lain .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan