Tuk Buyung dan isterinya tinggal di rumah rakit di tengah tasik. Isteri Tuk Buyung baru melahirkan anak lelaki.Anak itu lahir kembar bersama bersama-sama seekor ular .Mereka amat kasih pada anak kembar itu.
Apabila genap empat puluh empat hari ,si ibu pun membawa anak ular itu dan melepaskannya ke sebuah lubuk yang dinamakan berembun yang tidak jauh dari rumah rakit mereka mereka .Setelah sekian lama anak ular itu pun menjadi besar.Akhirnya menjadi seekor naga.
Pada suatu hari sewaktu di lubuk berembun bersama-sama ibunya ,naga berkata,
"Bu,bawalah adik ke lubuk berembun selalu.Saya ingin bertemu dengannya."
Si ibu mengangguk .Air matanya berlinangan.
"Usahlah ibu menangis walau apa pun ,saya ini tetap anak ibu," kata naga.
"Benar,tapi kita tidak dapat hidup bersama ," keluh si ibu.
"Di laut atau di darat sama saja bu.Saya dilahirkan untuk hidup di air dan lubuk berembun lah tempat saya membesar .Jika ada apa-apa hal serulah saya dengan nama Tuk Naga Berembun."
Masa terus berlalu lubuk berembun makin lama makin besar tempatnya dan di situlah para penduduk disekitar tasik mencari rezeki kerana ikan tak pernah kurang sentiasa saja ada..asalkan jangan ada yang menuba...jika menuba terimalah musibahnya nanti.. Tuk Buyung dan isterinya sudah tidak lagi tinggal di rumah rakit yang mereka bina dulu .Mereka telah membina sebuah rumah didarat dan kerja bercucuk tanam . Anak mereka yang kembar si ular itu pun bertukar menjadi naga dan tumbuh cula di kepalanya......
5 ulasan:
sambung cepat weh...ehhehehe
sabar....sabar...hehehe
uiihh... wira ko tulis novel ke apa ni??? heheh
novel ...bukan la...cerita rakyat..zaman-berzaman
hi, new to the site, thanks.
Catat Ulasan