Khamis, 19 Ogos 2010

Lagenda Naga Tanah Melayu

Petikan dari : Lagend .Blogspot.com

Menurut yang empunya cerita ...pada zaman dahulu ada satu ilmu yang diamalkan oleh orang-orang melayu iaitu bertapa menjadi seekor naga(dragon) ...kebanyakkan ilmu ini diamalkan oleh raja-raja dahulu...di iringi pegawal-pengawalnya yang juga bertapa menjadi buaya-buaya.Pada masa itu mereka masih berpegang teguh kepada ajaran hindu(iaitu mempercayai sang dewa dan dewi)...tujuannya ialah untuk menjadi kuat dan menjadi seorang yang digeruni bagi menjaga negeri masing-masing. Pertapaan menjadi seekor naga ini akan memakan masa selama seratus tahun untuk mereka mendapatkan sisik emas.Dalam masa 25 tahun pertama mereka akan mendapat sisik besi...dua puluh lima tahun kedua akan mendapat sisik tembaga...dua puluh lima tahun ketiga akan mendapat sisik perak...akhirnya bila sampai 25 tahun keempat iaitu apabila genap seratus tahun tahun pertapaan itu sisik mereka akan bertukar menjadi emas...
Jangka masa pertapaan itu bukan sahaja sisik mereka akan bertukar tetapi juga mereka akan mendapat berbagai kesaktian dan kelebihan...badan naga ini tersangat besar dan panjang(bukan seperti yang kita lihat di dalam cerita di tv).Jika ia berenang di lautan ombak akan beralun seperti bukit.Semasa pertapaannya itu ia telah mengalami perubahan sisiknya daripada sisik biasa kepada besi.Kemudian bertukar menjadi gangsa.Selepas gangsa ,bertukar menjadi perak .Kemudian bertukar menjadi emas apabila sampai seratus tahun.
Tempat pertapaannya adalah di gua-gua di dalam lautan atau selat, ditasik-tasik,dan ditepi sungai-sungai.Semasa pertapaannya ,seluruh badannya akan diseliputi oleh lumut dan lumpur yang amat tebal.Disebabkan oleh badannya yang dibaluti oleh lumpur dan lumut itu maka banyaklah ikan -ikan besar dan kecil di lubuk tempat pertapaannya itu.Selama pertapaannya mereka tidak pernah bergerak atau berjalan ke sana ke mari.Sesekali ia hanya mengerakkan badannya ...apabila ia menggerakkan badannya sedikit ...air akan berkocak dan ombak akan beralun besar.Keadaan ini terjadi tidak semena-mena...tidak ada angin...tidak ada apa-apa...air akan berkocak dengan kuat.Penduduk-penduduk dan hidupan di sekitarnya amat memahami keadaannya...Semua hidupan di dalam hutan kawasan tersebut akan menjadi kecut...dan takut sekiranya mereka akan bergerak.Walaupun mereka mempunyai kekuatan, ia ada kelemahannya....sekiranya ia bergerak dari pertapaannya ia hendaklah bergerak pada malam hari....sekiranya hari siang ia akan menjadi batu...sekiranya ia tidak dapat kembali kepada tempat pertapaannya.Pada waktu siang ia boleh meninggalkan jasadnya dan menjadi orang biasa seperti kita.Apabila ia mati ia akan menjadi batuan seperti gunung ganang dan pulau-pulau.Jika ia dilautan ia akan bergerak bebas tidak hari siang atau malam ia boleh ke sana-sini membawa jasadnya yang amat besar.
Pertapaan ilmu ini dipelopori oleh lima bersaudara...dan berasal dari Palembang.Pertapaan ini diketuai oleh Seri daik(di Palembang...ada nama asalnya), Seri Gumum dan Seri Pahang (di Tasik Cini, Pahang), Seri Kembojaa(di sebuah gua di selat kemboja) Sri Siam (di sebuah gua dasar laut di Teluk Siam).Di antara ke lima-lima saudaranya ,Seri Daik adalah yang tertua...dan telah mencapai tahap sisik emas semasa hidupnya.Seri daik juga telah bertunang dengan seorang puteri Seri Pahang semasa seri pahang hendak mengambil ilmu pertapaan ini.Mengikut yang empunya cerita...seri daik dikunci pergerakkannya dan tidak boleh bergerak-gerak sehinggalah pada masa sekarang....dikunci oleh seorang pendita (pada masa itu masyarakat menganggap orang yang berkebolehan seperti itu dikatakan seorang pendita...padahal ia adalah seorang islam yang bertaraf wali allah...mengunci sang daik dengan kalimah-kalimah allah...sehinggalah terbentuknya beberapa sungai dikelilingi badan seri daik).Gunung daik itulah yang dikatakan sebagai seri daik...selepas tidak dapat bergerak-gerak maka badannya ditumbuhi pokok-pokok dan menjadi sebuah gunung yang tinggi dan indah.

Tiada ulasan: