Buaya putih dengan hatinya yang baik telah memuntahkan batu geliga lalu di hadiahkan kepada Tuk Naga Berembun sebagai keperluannya dalam menempuh perjalanan yang akan di halangi oleh cabaran ” Tuk Naga ambil lah batu geliga ini sebagai keperluanmu menghadapi pelbagai rintangan di penghujung tasik ,sungai dan laut nanti...” Tuk naga terpinga-pinga akan pemberian buaya putih itu.. ” Aku tidak mahu mengambil batu geliga ini ...ini adalah hartamu yang kau jaga berkurun lama..begitu mudah kau berikan aku..’ jawab Tuk Naga.. ” Aku bukannya seorang yang pentingkan diri dan wahai Tuk Naga ...tidak salah aku berikan hartaku ini kepadamu...sepertimana yang aku katakan perjalanan mu nanti pelbagai rintangan dan halangan yang akan kau hadapi ambillah batu geliga ini ..amat berguna untuk kau nanti ,Cuma niat sahaja apa yang kau inginkan maka jadilah apa yang kau inginkan... Cuma jika kau memiliki batu geliga ini kau akan dimusuhi oleh musuh yang tidak senang akan pemilik batu geliga ini..’ setelah mendengar kata-kata si buaya putih itu Tuk Naga terus menelan batu geliga itu... ” sekarang apa yang harus aku lakukan wahai buaya putih...” ” kau niat sahaja apa yang kau inginkan...” lalu melintas la seekor ikan toman.. tuk naga niat menjadi ikan toman ..dengan sekelip mata menjelmalah tuk naga menjadi seekor ikan toman yang besar.. tuk naga berterima kasih kepada buaya putih penjaga lubuk geriang atas pertolongannya itu... ” wahai tuk naga ingatlah perjalananmu keluar dari sini bukan kerja yang mudah dan akan ada rintangan dan halangan yang akan kau tempuhi ,kau seekor naga yang kosong tanpa sebarang ilmu jadi gunakanlah dengan sebaiknya batu geliga itu sebagai azimatmu..”
Berenang dengan lajulah tuk naga yang berjasad ikan toman itu menyusuri lubuk geriang .. segala ikan di dalam tasik tersebut memberi laluan kepada tuk naga yang berjasad ikan toman itu menyusuri dasar tasik dan ada juga yang mengikut di belakangnya
3 ulasan:
versi ni lain ek dari versi naga chini tu kan?ke yg sama?
kalu versi chini naganya asal dari manusia yang menuntut ilmu kebatinan hingga menjadi seekor naga.. kalau yang ni lain...
Genial dispatch and this mail helped me alot in my college assignement. Thank you seeking your information.
Catat Ulasan