Khamis, 22 Julai 2010

Luahan Seorang Guru

Luahan aku seorang guru...yang mendidik memberi ilmu dan mencorak sehelai kain putih dengan pelbagai warna kehidupan... Dalam aku mengajar aku akan memberi sedikit motivasi kepada murid-murid yang bermasalah dari segi pelajaran dan tumpuan serta ada masalah dari segi disiplin.
Aku bertanya satu soalan yang sangatlah mudah untuk murid-murid aku jawab....

Awak semua ada Mak dan Ayah ??
Murid jawab... ada cikgu!!!!!........ha ada cikgu?? jawab dengan ayat yang lengkap ( paham2x la cikgu BM hehe...
Murid jawab... = saya ada mak dan ayah cikgu!!!!....
Cikgu jawab ... = Aikkk!!! awak pun ada mak dan ayah cikgu!!!...
Reaksi murid... = penuh kehairanan...ada yang garu kepale..ada yang mengerut dahi...pelik dengan jawapan cikgu...
Murid Jawab...= aper ni cikgu tak faham laaa....
Cikgu jawab...= memang awak tak faham pun ...cuba jawab "cikgu!!!..saya ada mak dan ayah

sebenarnye tu adalah permulaan aku dengan anak muridku..start nak bg motivasi la... lalu bertanyalah seorang guru kepada anak muridnya.... " awak semua ada mak ayah di rumah betul??? jawab murid ya cikgu... soal cikgu lagi.. di sekolah ni awak ada mak dan ayah tak??.. dengan spontan seorang murid yang agak petah berbicara dengan selamba menjawab.." mana ada mak dan ayah kami kat sekolah ni cikgu!!! apa lah cikgu ni...mak dan ayah kiteorang ada kat rumah... cikgu menjawab dengan " ooo...yer ke....takde mak dan ayah awak kat sekolah nie... patut la... murid-murid kehairanan.. sekali lagi cikgu bertanyakan soalan tapi dengan cara yang berbeza tanpa murid menjawab hanya mengangkat tangan... siapa kat sini tak ada mak dan ayah kat sekolah nie.....!!!!... semua murid mengangkat tangan dengan rasa megah... dengan pantas cikgu menjawab!!!... " patut la.. kalau dirumah awak semua takut tak dengan mak ayah awak semua.. jawab murid yang sama jugak...." mesti la cikgu mak dan ayah garang.. jwb cikgu oooo yer keeee...... kat sekolah ada yang garang tak... jwb murid"ada ...cikgu..cikgu la yang garang..

murid-murid tak faham mengenai soalan ala memeningkan mereka tu
patut la perangai budak2x sekarang agak memeningkan...kerana menganggap tiada mak dan ayah mereka disekolah... siapa mereka anggap guru2x disekolah ...
  • pemakang budok2x...
  • pemegang rotan yang setia...
  • si pembengis..
  • kawan-kawan
  • siapa kau....
  • bapak tiri@mak tiri....
dengan itu sebagai seorang guru aku menasihati mereka ..anggaplah cikgu disekolah ini adalah mak dan ayah kamu... cikgu menjaga kamu...memberi kamu ilmu ,jika kamu terluka,menangis ,terjatuh cikgu akan membantu kamu...tiada seorang cikgu pun akan lepas tangan jika perkara sesuatu itu berlaku terhadap kamu....

syukur la murid2x faham ...
apa yang aku cuba sampaikan..

Tiada ulasan: