Semenjak 2 menjak ni aku menjadi tumpuan para2x student yang nak buat assigment mengenai masyarakat orang asli ...popular tak?? hahahaa...siap nak interview lagi hahaha...ketawa lagi... satu kepuasan sebenarnye aku menerangkan sesuatu perkara yang orang tak tau... dengan bersyarat jangan di hina. tanpa meminta bayaran walau se sen pun....
sedikit info
- Etnik orang asli di malaysia adalah seramai 18 suku kaum
- Senoi,Negrito,Melayu asli
- majoriti ialah kaum semai,temiar dan temuan kerana kaum ini terdapat di beberapa negeri dan kaum-kaum yang lain cuma terdapat di satu negeri dan 2 negeri sahaja.
- kebanyakkan mereka sudah mengamalkan cara hidup yang moden dan ada juga segelintir masih lagi mengamalkan cara hidup tradisional (kerana mereka selesa cara hidup begitu)
- ekonomi masih lagi bergantung sepenuhnya pada hutan belantara dan hasil2x ladang dan ada yang menjawat jawatan awam dan lain-lain.
- Senator orang asli 1 ( Long Jidin = semai ) 2 ( Tuan Haji Hassan Nam=Semelai org post iskandar hehe.... atuk aku ..abg kepada nenek aku..) Itam Wali= semai dan yang terbaru Olian Abdullah= Semelai orang bukit rok hehehe....)
- Ramai yang dah berjaya ...yang dah jadi doktor dah ade ..profesor dah ade guru lagi ramai ..teruskan perjuangan anda!!!..
- Yang tulis ni pun orang asli juga ...semelai post iskandar
hidup ini haruslah
ada rasa hormat menghormati
kelebihan yang kita ada
masih banyak kekurangan yang ada...
besar kita ada orang yang lagi besar...
pandai kita ,ada lagi yang paling pandai...
berpijak dibumi yang nyata..
jangan lupa asal usul...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan