Rabu, 20 Disember 2017

Review Filem ( The Terminal)

Tajuk: the terminal
Tahun: 2004
Pelakon utama: Tom hanks, catherine zeta jones

Mengisahkan seorang lelaki dari sebuah negara krakozia yang datang ke u. S semata-mata ingin menunaikan hajat ayahnya yang sudah meninggal dunia ingin mendapatkan tandatangan seorang pemain saxophone muzik jazz. Malang bagi viktor navorski lakonan tom hanks ketika dia pergi ke u. S negaranya sedang bergolak dengan peperangan dan masalah kepada beliau apa bila passportnya tidak dapat diuruskan dan beliau berkelana di airport  ketika disoal imigresen dia tidak tahu berbahasa inggeris... Tapi setelah beberapa bulan akhirnya dia berjaya menguasai bahasa inggeris banyak pekerjaan yang dia buat dari penolak troli buruh binaan di mana insiden ketika beliau diambil sebagai buruh binaan ialah ketika beliau menyiapkan  satu projek pengubahsuaian di terminal lapangan terbang di mana seorang kontraktor melihat beliau menyiapkan projek mereka yang terbengkalai hanya satu malam saja.. Ada adegan romantik dalam cerita ini.. Aku pun tengok kt iflix  banyak cerita menarik... Kt situ x rugi Korang install kt tablet kalau ko phone mcm x puas tengok..

Tiada ulasan: