Jumaat, 22 Disember 2017

Aduh sakitnya mati hatta hanya seekor anjing

Sejam lebih selepas aku melihat detik kematian seekor anjing terdetik aku ingin menceritakannya disini....
 Sesudah aku sampai di Dodog saja yang menyalak.. Itu sudah perkara biasa tatkala balik memang dia yang menyalak... Tetapi selama sebulan ni Dodog ada kawan seekor anjing jalanan yang diberi kepada kami untuk menjaganya nama mcm² nama tapi yang kekalnya dogkit .seekor anjing terbiar yang pada mulanya kurus kering terbiar kami jaga dengan baik beri makan,dimandikan untuk membunuh kutu...keletah anjing ni memang menghiburkan  ,anjing masih peringkat budak² lagi... Main makan makan main...  Nak dijadikan cerita pada 21hb aku pergi ke Johor reunion dengan bebudak aku.. 22hb aku dah balik semula ke kampung.. Sebab cadangnya memang 1 malam saja aku tido... Kerana 23 tU ada kenduri. Sampai serumah Dodog solo saja menyalak... Ku buka pintu pagar dogkit terbaring lesu.... Aku berkata" Aik awalnya tido..  Balas mak aku... Dia tu sakit.. Dari semalam... Sakit apa pulak?  Mungkin keracunan makanan sebab berak pun berdarah... Asudah... Apahal pulak.. Kata mak aku... Semalam dia tak nak makan langsung petang tadi hanya terbaring lesu tidak bermaya dengan air liur keluar... Aduh Tak sempat melihat anjing ni membesar  walaupun sebenarnya badannya agak besar dari pertama kali sampai dengan keadaan kurus kering Tah apa la makanannya ketika terbiar... Air kelapa sudah diberi tapi langsung tidak memberikan kesan aku suap.. Pegang telinganya sejuk.. Dalam sejam mak aku cuba mengusap... Menjerit kesakitan dogkit ketika itulah kulihat nafasnya semakin kencang... Dengan mata berair... Aduh mesti sakitnya nyawa ditarik... Semakin kencang nafasnya ternganga mulut seolah ingin muntah kaki terangkat seakan kejang... Aku beranikan diri terus melihat walau sebenarnya tak sanggup melihat detik makhluk di tarik nyawanya... Bermacam terfikir kalau lagi aku nanti mcm mana rasanya... Melihat hanya seekor anjing di ambang maut saja sudah berdiri bulu roma semakin perlahan nafasnya kelihatan seperti melepaskan sesuatu... Dan... Akhirnya Tercabutlah nyawa seekor anjing...  Terbayang dalam fikiran keletah anjing kecik ini... Semasa hidupnya.. Sudah ceritanya singkat didunia. dari terbiar kami bela sehinggalah tinggal jasad tidak bernyawa...  Dapatlah aku simpulkan dari kejadian yang berlaku dihadapkan mata aku jam 00.40 23 Dec 2017 tadi nasib rezeki setiap insan yang bertarung dalam hidup didunia ini sudah ditentukan olehNya seperti anjing itu terbiar entah makan atau tidak selama dia di kebun getah tu kita tak tau... Entah apa yang dimakannya berhujan berpanas tapi Tuhan itu maha adil dia tetap memberikan rezeki seluas-luasnya tidak kira la pada manusia ataupun haiwan dan lain² ...kisahnya di dunia ini sudah berakhir.. Aku yang masih berjasad ini belum tau bila dimana Kenapa sebab apa aku mati... Kerana mati itu pasti

Tiada ulasan: