Isnin, 9 September 2013

KEMBALI MISTERI ( edisi Pakrek)

  Dah lama tak menulis berkenaan benda mistik dan misteri dalam kepercayaan semelai. kali ni nak cerita pasal hantu yang di panggil pakrek ... aku jugak berpengalaman nampak benda ni ketika aku berumur lebih kurang 10 tahun di mana dengan tidak sengaja aku terpandang akan bebola api yang warna tak seakan warna api yang biasa tapi bercahaya.. di atas pokok dan terus menegur akan kelibat tersebut apa lagi balik rumah kena tiawww...la... yer la budak2x mana la tau benda2x macam tu rupanya benda tu la kerana jelmaan dia macam2x..dan paling hebat pernah aku dengar ialah cerita yang abang sepupu aku nampak benda tu melekat kat pokok yang berada berhadapan dengan tingkap di dapur rumahnya.. dengan badan tiada kepala tiada kaki tiada tangan...keadaan badan yang tidak lengkap dengan anggota badan  melecur...siapa tak terperanjat dengan situasi macam tu...tu memang  gurauan tahap Dewata Raya..Asal usul pakrek ni dalam kepercayaan dan dari sudut penceritaan mereka yang tau akan asal usul benda ini ialah versi pertama dari darah tulang bayi yang baru lahir...dan versi kedua pula dari sumpahan ataupun ilmu orang dulu-dulu yang terlalu taksub sangat dengan ilmu yang mereka pelajari. Kawasan kemalangan yang mana pernah ada korban memang adanya benda-benda ni...sebab pakrek ni kejadiannya dari orang yang mati berdarah macam eksiden ke kena bunuh ke..kawasan yang terjadinya kejadian seperti ni berbenang kata semelainya...benang yang tak nampak dengan mata kasar la..cuma orang2x tertentu saja yang nampak benang ni...dan pergerakan benda ni ikut benang tu orang kata mcm sarang labah-labah kalau sangkut habishhh la...gangguan hantu pakrek ni bunyi-bunyian, darah yang kita nampak atas lantai tapi semut ke lalat ke tak hinggap kat situ yang lain-lain penampakan macam anggota badan macam kaki tangan dan mcm cerita yang abg sepupu aku kena tu...yang nampak cuma badan saja kepala kaki tarakk.. satu lagi kisah orang tua-tua dulu mengenai nama satu tempat di kampung aku yang di panggil pakrek menarek... Semua nama tempat di kampung aku post iskandar tu ada kisahnya tersendiri yang menjadikan tempat itu bernama dan juga panduan untuk orang dulu-dulu jika ke mana-mana.. Kisah mengenai pakrek benarek ni terjadinya kisah moyang aku la jugak yang ada ladang di kawasan tu ...kisahnya nak ke kenduri di satu kampung dengan berjalan kaki mereka berjalan kaki secara beramai la pergi kenduri dalam perjalanan ke kenduri tu kawan2 yang berada di hadapannya mengelak dari melalui satu batang pohon kayu yang sudah lama tumbang di pertengahan jalan yang selalu mereka gunakan... tanpa menghiraukan gelagat kawan2nya setelah melengkah baru lah dia tau kenapa kawan2nya mengelak dari ikut jalan yang selalu di gunakan tu rupanya ada paha manusia yang putus sedang bergerak-gerak di atas kayu yang tumbang tu...dengan tak banyak cakap dia terus sahaja pikul paha yang bergerak tu berjalan dengannya ...orang tua dulu ilmu mereka bukan calang-calang setaka gangguan macam tu sengih jer nak settle kan..jauh jugak dia memikul paha tu tapi semakin lama semakin berat sampai lenguh bahu moyang ni akhirnya dia  mengalah dan terus tinggalkan paha tu ... sesudah urusan selesai di kenduri dia balik ke rumah macam biasa la orang dulu-dulu malam-malam tidur awal ...kali ini ada gangguan lain pulak yang mana rumahnya di goncang dengan kuat sampaikan terjaga tidurnya setelah dia membuka mata rupa-rupanya paha manusia yang putus tadi ada dalam rumahnya. Terus dia turun ke bawah rumah dengan keadaan tenang mengumpulkan kayu-kayu api yang ada di bawah rumah untuk buat unggun api..setelah siap dia buat unggun api paha manusia yang putus tadi turun menyepak unggun api tersebut seolah-olah macam pesta pulak dan dari situ la kawasan tu dapat nama pakrek benarek...

Cuba kalau jumpa benda macam ni baik punya lepak kat rumah siap bergerak-gerak apa macam? berbuih mulut..

Banyak kisah ramai yang kena ganggu bila lalu kawasan ni...dah laluan utama tak tau nak mengelak nama-mana dah..


Antara laluan utama yang banyak kisah-kisah misteri berlaku di sini... kiri-kanan tu kebun getah orang kampung 

Tiada ulasan: