Isnin, 2 Julai 2012

Seri Tasek Buaya Keramat Tasik Bera

   Dah Pernah cerita mengenai kisah buaya keramat tasek bera. Cerita mengenai seri tasek ni didapati dari penceritaan orang-orang tua yang suka bercerita. benar atau tidak cerita tersebut tidak dapat dipastikan dan tidak mustahil cerita yang diceritakan itu benar-benar wujud.

  Seri tasek buaya keramat yang menghuni lubuk sanglang kecil ,satu lubuk yang terdapat di tasik bera. pada penceritaan orang-orang lama yang arif mengenai cerita ini kedudukannya melintang di dalam lubuk tersebut tugasnya cuma satu iaitu membunuh buaya dari sungai pahang yang ingin masuk ke kawasan tasik bera. cerita yang paling hebat dalam kisah seri tasek adalah kisahnya berlawan dengan buaya yang dikenali dengan nama sri pahang. Sumpahnya ialah tidak akan memakan atau mencederakan manusia di kawasan tasik tersebut.  tasik bera sapa kata takda buaya ada jugak tapi cerita mengenai orang yang dibaham buaya tak pernah dengar lagi la. 

  Mengenai sri tasek dari pengamatan saya dan cerita cerita orang lama bukanlah sejenis buaya yang semulajadinya memang buaya .Mungkin saja orang dulu-dulu  yang menuntut ilmu menjadi buaya ataupun kawasan tersebut menjadi tempat pertapaan beliau .kata tukwan saya sri tasek tu ialah puaka di kawasan tersebut. ada satu kisah yang baru berlaku di mana beberapa jenis ekor buaya telah dilepaskan dikawasan tasik bera tapi akhirnya hilang dan tidak dapat dikesan..bukan nak buat cerita yang sri tasek ni wujud  buaya yang dilepaskan ialah buaya dari tempat lain dan telah masuk ke kawasan tersebut jadinya sudah menjadi adat bagi tetamu tidak diundang menempah mati dek penangan sri tasek. Logiknya cerita ini ialah buaya-buaya yang dilepaskan telah di letak suatu alat untuk para pengkaji mengesan ke mana buaya tersebut pergi. tapi hilang dan tak dapat di kesan. 

   Kisah keramatnya buaya sri tasek ini mengikut cerita orang ialah jika tanpa disedari buaya ini boleh mengekori anda degan keadaannya  di bawah permukaan air mengikut  bot atau perahu tidak akan dapat melihat kelibatnya kerana jika bot maka sebesar bot la saiz badannya jika sebesar perahu maka sebesar perahu lah badannya ...bila sampai di permukaan air beliau akan menjelmakan diri menjadi seorang lelaki tua.

   Kepada sesiapa yang berminat nak tau ceritanya dengan lebih lanjut rajin-rajinlah bertanya dengan orang-orang tempatan yang tahu akan kisah seri tasek ni.Pengalaman orang-orang yang pernah melalui kawasan lubuk jagaannya hehehe memang lah seram  sebab kawasan tersebut sunyi sepi dan agak tenteram tapi siapa tau di bawah dasar  tasik  tu.. nak sampai dasar tasik 3 hari baru jumpa tanah.

4 ulasan:

mazru berkata...

terima kasih orang tasek..

aok banyok tahu kisoh sri tasek neh weh..saje aok tak nak cerite yak :)

tapi best la cerite mistik begini,bukan ape..kite ni berkongsi hidup bukan sahaja dengan makhluk haiwan dan fauna,tapi kite juge berkongsi idup dengan makhluk ghaib...yg rupenye tak dpt dilihat dgn mata kasor melainkan org2 tertentu...

menarik weh cerite begini,ia boleh menarik minat pelancong utk dtg ke tasek bera..mudahan bole menambah pendapatan org tempatan di sana.. :)

koi ade dengor macam2 cerite di sana,koi juge ramai kenalan orang asal,sbb diaorg ni kebanyakan satu sekolah dgn koi di mengkarak dulu..
macam anak gosi tu pun sekelas aje...

ade juge cerite mengenai sulor bidal kan?ulor besor bertanduk yg [pernoh dijumpai di tasek bera tu..
khabornye biji matanye merah dan sebesor mulut baldi standard tu..huhu...seram oooo...

nanti lah kite pakat promote kisoh camni utk tasek bera...amacam bro?

OrangTasek berkata...

tak banyok yang koi tau kisoh sri tasek ni..itu pun sikit-sikit. mengenai sulor bidal tu koi pernoh dengor kisoh tu. tapi kena siasat dengan orang tua lagi. Mujur la tuk wan koi ande lagi boleh la dia cerita apa yang dia tahu. banyok lagi kisah-kisah misteri kat tasik bera tapi anak-anak muda sekarang kurang nak ambik tau pasal tu la orang tua tak nak buka mulut pasal cerita-cerita gini ,yang pandai bercerita pun lama dah arwah. dari kisoh hang tuah dan sang kelembai .pak pandir pun ade.. no problem kalau nak cerita pasal tu.

mazru berkata...

hm..btui,kisah cmni org da anggap ala2 mitos bro..sbnrnye bagi koi lah,kisoh cmni boleh tarik orang utk tahu lebih lanjut lagi..

aok rakamkanlah dokumentasi dari tuk uwan aok tu utk generasi akan dtg..koi boleh juge try dptkan info dr org tua di sini...

OrangTasek berkata...

Orait nnt koi akan usahakan