Jumaat, 16 September 2011

Ku ingatkan Hantu....rupa-rupanya

Cerita yang terjadi pada awal pagi ...jam menunjukkan 1.15 minit pagi hari sabtunya dan sudah tentu aku nak tidur lewat dan bangun lewat sebab CUTI .Nak di jadikan cerita aku ada satu kerja yang harus aku bereskan iaitu membasuh baju . Dalam perangkaan projek tersebut akan aku mulakan pada jam 10 malam tadi tetapi dek penangan game BIG BUSINESS kat FB yang membuatkan aku terlupa macam biasa la mengejar kekayaan di alam maya... "Alamak baju belum basuh!!!!... DAMN!!! " bergegas terus aku mencapai mana2x baju yang aku rasa belum di basuh untuk minggu ini.. masukkan baju dalam mesin basuh isi air..nak isi air dalam mesin basuh punya la lama masuk balik dalam bilik layan game yang sama ... dalam 5 minit pergi balik ke luar rumah terpandang akan kegelapan malam tanpa sevbarang cahaya di belakang rumah rasa seram pulak "padan dengan muka tadi tak nak basuh baju awal2x.. ku beranikan diri yang tak berapa berani tapi bukan pengecut!!.. set kan mesin masuh tersebut membasuh pakaian selama 15 minit dan sambung balik game tadi. Berlalu lah sudah 15 minit dan aku terlewat 4 minit "oh dah siap!!" lupa pulak nak bawak hanger baju ,masuk balik bilik ambik hanger...masukkan baju yang basah ke dalam pengering set 3 minit tunggu lagi...dah siap kering ampai baju DANNNNNN nak di jadikan cerita masa tengah sampai baju tu aku terdengar suara orang menegur perbuatan aku pada pagi itu " jemur baju ke?? ..aku buat2x tak dengar..lagi sekali " jemur baju ke?" aku gagahkan hati dengan menjawab " Ha apa dia??? tone suara yang sama ( tone suara perempuan) menjawab "jemur baju ke? " dalam hati mempersoalkan ni confirm hantu !!!.. aku gagahkan dengan menjawab " tak la aku tengah jemur bulu ketiak bapak kau!!!" dan.... Woii orang tanya elok2x jawab la elok2x.. gedegang bunyi pintu di hempas!!! ( suara tu dari tingkat atas rumah aku dan penghuninya adalah 3 orang dara pingitan setahu aku dulunya kami tinggal satu aras dan bersebelahan rumahnya tapi dek kerana rumah tingkat 4 kosong kami berpindah dan rumah kami beratasan ... " lerr manusia rupanya kahkahkahkah ...dengan adegan memujuk " weyy sorry lerr....saya ingatkan hantu tadi... tapi tak berjawab lantak ko la..hahahhaa...
Tapi kalau betul2x hantu pun mane aku tau...sebab dia tingkat atas aku tingkat bawah dah tentu dengar suara muka tak nampak...INI SEWYES!!!!!... APA YANG PENTING TIDUR AWAL!!!..KALAU TAK TIDUR HANTU KACAU!!!.. ADA MANUSIA DALAM BAHAYA DI SANA!!!..

Entri Marathon dari malam semalam hingga ke awal pagi ni aku dah buat sampai 3 entri ni la kalau idea aku yang mencurah2x bila nak update blog pasal minggu lepas aku agak mati kutu nak update blog..

Tiada ulasan: