Jumaat, 16 September 2011

Bila Manusia menyamakan manusia yang lain dengan haiwan

Bila manusia menyamakan manusia yang lain dengan haiwan@binatang ....di samakan manusia yang dimarahi itu dengan haiwan atau binatang yang tersebut ialah
  • Babi
  • Anjing
  • Lembu
  • Gajah
  • Harimau
  • Monyet/beruk/babun
  • kerbau

1. Perkataan babi sudah pasti perkataan yang paling popular di kalangan manusia yang sedang marah!!... sebagai contoh " woi babi!!!! tepilah sikit orang nak lalu" sedangkan mata beliau dan otak beliau mampumelihat berfikir yang di hadapannya ialah seorang manusia... jenis manusia macam ni nak kene pakai cermin mata yang paling power serta perlu mengikuti kursus membezakan manusia dan haiwan.

2. Anjing selalu menjadi mangsa dalam penggunaan perkataan ketika manusia marah sama macam babi jugak..

3. Lembu dagingnya sedap tetapi ada juga manusia yang menyamakan manusia lain dengan lembu seperti contoh perkataan " awak ni bodoh macam lembu" dah tau lembu tu binatang dan tak berakal walau ada otak yang menjadi kegemaran sebilangan manusia melahapnya... walau di tuduh di maki kebodohan seorang manusia seperti lembu yang pastinya lembu itu tidak akan menjadi lauk pauk manusia lain .....lembu lain la..dah makanan manusia turun temurun..

4. Gajah dah memang gemuk dan menjadi mangsa penggunaan perkataan manusia yang menyamakan manusia lain dengan gajah... " wow ko makin gemuk dah macam gajah" ni pun sama jugak kena pakai cermin mata dan masuk kursus membezakan manusia dan haiwan...

5.Harimau " muka kau bengis macam harimau " manusia dah tentu muka manusia takkan la manusia yang bengis muka berubah menjadi seekor harimau ( lain la manusia tu menuntut ilmu harimau jadian) atau " awak ni garang macam harimau" sebagai maksud menyamakan kegarangan seorang manusia itu tak ubah seperti harimau...cuba masuk hutan dengan niat nak jumpa harimau dan berkata " harimau !!! awak ni garang la macam pakcik saya!!! dah tentu minggu depan pasukan pencari dan penyelamat akan mencari anda di dalam hutan ,yang tinggal hanya pakaian anda dan tompokan darah keluarlah dalam surat khabar atau berita di TV yang menceritakan seorang pemuda atau petua mati di baham harimau ...kalau pakcik pakcik awk garang macam harimau takkan di bahamnya !!!...

6.Monyet/beruk/babun perkataan yang sangat popular di kalangan budak2x terutamanya dengan tujuan mengejek rakan sebaya dengan menggunakan nama binatang tersebut.." wahahah muka ko macam monyet" atau boleh jugak guna nama binatang ni dengan tujuan memarahi seseorang sebagai contoh" woiii duduk diam2x perangai macam monyet la!!" cuba hantar budak2x yang tak reti duk diam dan berperangai macma monyet tadi ke dalam kebun .konfem besok kene dikebumikan sebab "Tuan kebun tertembak kanak-kanak yang di sangkanya monyet " monyet tu monyet la manusia tu manusia la...

7. Kerbau ... Manusia menyamakan manusia lain dengan kerbau sebagai contoh " mangaiii kotornya kau ni habis lumpur satu badan dah macam kerbau.. suruh jer manusia yang badannya yang penuh lumpur dan di samakan dengan kerbau tadi pergi berkubang dengan kerbau dan sudah terbukti kerbau akan lari dah tentu kerbau tu tau yang nak berkubang dengan makhluk yang bukan dari spesisnya..

Dah tu jer aku nak mengarut untuk malam ni...

P/s manusia tu manusia la...kan...kan...

Tiada ulasan: