Khamis, 25 Ogos 2011

Weheheh Sekolah aku masuk Paper kes Bendera guna CD

SK Permas Jaya 3 siap Jalur Gemilang guna 4,032 cakera padat

Guru dan murid bersorak gembira setelah berjaya menyiapkan bendera Jalur Gemilang yang diperbuat daripada 4,032 keping cakera di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 3, Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 25 Ogos - Para guru dan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Permas Jaya 3 mencipta sejarah apabila berjaya menyiapkan sebuah bendera gergasi yang diperbuat dari 4,032 keping cakera padat (CD) terpakai.

Guru Besar sekolah tersebut, Fatimah Jamil, 56, berkata, hasil kerjasama guru-guru, murid-murid serta ibu bapa pelajar, bendera Jalur Gemilang daripada cakera padat itu berjaya dihasilkan.

"Selama seminggu guru-guru serta murid begitu komited menyiapkan bendera itu di samping mendapat kerjasama daripada ibu bapa yang datang selepas waktu sekolah untuk menyiapkan Jalur Gemilang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, kelmarin.

Sementara itu, guru yang bertanggungjawab mengeluarkan idea membuat Jalur Gemilang tersebut, Sri Gauri, 41, berkata, idea berkenaan timbul ketika dia mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Masai kira-kira tiga tahun lalu.

"Di SJKT itu, hanya 2,000 keping cakera padat digunakan, tetapi di sini kami gunakan sebanyak 4,032 keping," katanya.

Menurutnya, kerja menyiapkan bendera tersebut bermula dengan membeli kawat besi BRC kemudian disambung pada setiap kepingan sehingga menjadi 10 meter tinggi dan enam meter lebar.

Ujarnya, setiap murid menyumbang sekeping cakera padat terpakai dan ada di antara murid tersebut berjaya membawa lebih 1,000 keping cakera padat lama.

Kepingan cakera padat tersebut kemudian diikat pada setiap lubang kawat dan akhir sekali kerja-kerja semburan dilakukan bagi mengecat warna Jalur Gemilang.

"Dengan adanya bendera ini, para guru serta murid dapat memupuk semangat patriotik menjelangnya sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini," katanya.


Di cilok dari Utusan Malaysia

3 ulasan:

terokai seni berkata...

bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat

Cik SHiNJU berkata...

Ish..apesal la Utusan x petik nama aok skali..hehehe...

Tahniah...bukan senang nak buat jalur gemilang cenggitu...

OrangTasek berkata...

sapelah koi ...hehehe...cuma pekerja di belakang tabir saje..hehehe