Jumaat, 26 Ogos 2011

Hoba-Hobi Part 2 ( Duel Gundam Assaultshroud)


Terbangun aku dari tidur dan terus surf internet ,tengok gambar-gambar Gundam dari koleksi penggemar model ini di seluruh dunia..bila tengok mangaiii...lawa2x uuuu... gatal dah poket nak terkeluar duit ni... Dalam pukul 8 pergilah aku ke sebuah pasaraya terkenal untuk melunaskan hajat di hati..dah masuk pegang yang ni pegang yang tu..kejap pegang handset kira-kira kalau beli ni berapa duit yang tinggal...dah la besok nak balik kampung..geram jer nak beli yang berharga yang seratus lebih tu.. Gundam SD comel gak beli satu dapat 2 model dalam tu.. dan pilihan terakhir ( gambar kat bawah tu) tengok harga 66.90 ahhh beli yang ni dulu la untuk bulan ni.. bulan depan beli yang lain pulak. gie bayar bagi member kad ada potongan 20% yeuwww... dan dapatla dalam harga 53. ringgit tah berapa sen tah..senyum melebar aku sampai pintu keluar sebab dapat kurangkan bajet .


Jeng..jeng..jeng...
tu dia mencabar...baru HG series belum lagi RG ke MG ...sebulan siap kot..

kaki dah siap... tinggal tangan dan bahagian badan saje belum pasang lagi..



Lengkaplah tubuh badannya dari tangan kaki dan kepala..

Tak habis lagi bohh!!!..banyak lagi nak kena pasang...dan solek sikit2x...

Projek di sambung di kampung halaman kalau takde projek lain la..nak jugak cari gundam marker dan cat yang sesuai untuk menampakkan lagi cantiknya model yang ada..

P/s : ape ni macam budak2x beli robot.. ko main lagi ke?? bangang!!!..dah tentu benda ni model takkan aku nak main tunjuk kat tepi kotak yang tertulis ( 'These are fine scale models,designed for gamers and collectors.it is NOT A TOY

Tiada ulasan: