Ahad, 14 Ogos 2011

Kisah Seseorang Itu

Ini bukan promosi dari syarikat mana-mana yang memberikan bonus percuma kepada pelanggan-pelanggan mereka tetapi rintihan manja dan mesra seorang kakitangan awam mengenai bonus setengah bulan gaji yang di war2x kan telah masuk dengan secara automatik ke dalam akaun nya yang sedia maklum kering tatkala pertengahan bulan tiba.. "Hah!!!! masuk dah!!!!... jerit seorang rakannya di dalam pejabat" " apa yang masuknya Li?? sahut rakan-rakan ,"Bonus dah masuk dah!!!!.. terpekik terlolong rakan-rakannya di dalam pejabat seperti di rasuk hantu raya. "weyy jom gi mamak aku belanje!!.. "oi bongok puasa la!!! jawab si Zabilan Bin Munshi. Kerja tidak selancar dulu sebelum mendapat bonus asyik menconteng kertas nota berwarna kuning ,barangkali tengah berkira-kira atau merancang perbelanjaan dengan duit bonus ni kot??.
Masa yang ditunggu hampir tiba jam sudah menunjukkan jam 5 petang kakinya semakin mengigil.degupan jantung makin laju dan hampir menyamai rekod degupan jantung paling laju para penghidap penyakit jantung akhirnya!!!! dia lah orang yang pertama sekali punch card jam 5 petang tepat sekali dan masuk ke dalam kereta pada jam 5.05 minit petang segalanya 5 kerana bonus nya juga mula dari nombor 5 .. dlam otaknya berfikir nak beli seluar buaya sehelai,dvd 10 keping ,isi minyak kereta dan juga gundam... Gundam oh mungkin tidak!!!...lain bulan.
Setibanya beliau di mesin pengeluaran wang secara automatik terus memeriksa baki.. wah!!!...kata separuh dari bonus setengah bulan gaji tapi masuk penuh?? akan adakah nanti bonus yang kedua kalinya ?? "ahh jangan haraplah kot!!",di teruskan perjalanannya ke sebuah pasaraya terkemuka dengan hajat membeli seluar cap buaya yang keduanya..sudah hajatnya di hajati..hehe beliau berjalan-jalan disekitar pasaraya tersebut dan terpandanglah akan sebuah kedai alat telekomunikasi melihat-lihat telefon bimbit yang semuanya maklum macam2x bentuk dan teknologi terkini...pandangannya teralih kepada sebuah telefon bimbit yang memenuhi citarasa beliau yang sukakan teknologi seperti wi fi ,GPS dan lain2x lagi.. melihatkan kepada harga RM599 "aii kalau ikutkan hati aku balun jer kang!!!" tapi memikirkan ada benda yang lagi penting dari telefon bimbit tersebut beliau terus melupakan hasrat tersebut.Hajatnya ingin berjimat cermat asal selamat di penghujung bulan yang seterusnya ataupun beliau ada agendanya tersendiri??...

Tiada ulasan: