Jumaat, 8 Julai 2011

Kisahku Mengenai Tasik Bera



Buaya Sri Tasek

Ada aku kisah nak kisahkan mengenai kisah yang berlaku tak kira berlaku dulu dan sekarang... cerita yang pertama dari aku mengenai buaya.. semua tau pasal buaya ,haiwan yang boleh hidup di darat dan di air. Kisah mengenai buaya ni aku dengar dari mulut orang dan mendengarnya melalui telinga aku sendiri. 10 ekor buaya katak telah di lepaskan dengan tujuan untuk program pemuliharaan di tasik berkenaan. Pihak yang terbabit juga telah
meletakkan alat khas untuk memantau pergerakan haiwan tersebut tetapi selang beberapa hari atau minggu puhak yang terbabit tidak dapat mengesan akan pergerakan buaya2x tersebut malah tidak ada seekor pun yang di jumpai mudik ke sungai atau tempat2x yang lain...dan mengikut cerita orang buaya2x tu dah kene bunuh atau dibaham oleh Sri Tasek. Sri Tasek ni puaka di sebuah lubuk yang terdapat di tasik bera dan si sri tasek ni juga merupakan seekor buaya jugak mungkin jadian dan juga orang dulu2x yang bertapa untuk tuntutan ilmu yang di pelajarinya. Tugasnya ialah untuk menjaga sekitar tasik bera dari serangan buaya dari tempat2x lain dan setiap buaya yang datang ke tasik bera akan di bunuhnya dulu .Sumpahnya tidak akan makan manusia ..sebab itu takde kejadian manusia kena baham dek buaya kat tasik bera . Mengikut cerita orang la.. buaya sri tasek ni selalu sahaja mengikut bot2x atau perahu atau bot orang di bawah permukaan air dan sesiapa takkan nampak walaupun dia ni besar gedabak bila di ikut bot atau perahu maka besar perahu atau bot la badannya dan bila ke darat sri tasek akan menjelma menjadi manusia. Pantang bagi sri tasek adalah jika ada buaya selain dari jenisnya ( sri tasek ni jenis buaya jenjulong) datang ke kawasan jagaannya.. mesti di bunuh dan di jadikan santapannya.. mengenai hilangnya buaya2x katak yang di lepaskan tu masih menjadi misteri... orang yang cerita pada aku..betul ke tak buaya2x tersebut di bunuh oleh sri tasek tu...aku tak tau la..sebab dalam dunia ni banyak benda yang kita tak tau..dan jangan buat2x tau..

Tiada ulasan: