Selasa, 3 Mei 2011

Mari Menonton!!!!!!....


Dah lama aku tak menonton filem2x barat kerana filem tempatan yang masih kuat lagi auranya iaitu " Hantu Kak Limah Balik Rumah" berbulan jugak la tak melayan filem2x asyik layan drama bersiri Kamen Rider jer.. Sebagai seorang peminat filem-filem ketenteraan memang filem yang berkisarkan kisah seorang penembak hendap atau "Sniper" memang menjadi pilihan . Tajuk filem yang aku tonton seharian ni tadi ialah " Sniper Reloaded" baca sinopsis cerita di belakang memang mcm menarik mengisarkan askar marines negara bapak samdol ke sebuah negara afrika yang bergolak. Kisahnya ialah salah seorang pelakon utama yang kononnya anak kepada seorang penembak hendap tersohor AS yang join askar marines dan telah dihantar untuk menyertai pasukan pengaman antarabangsa telah di perintahkan untuk menyelamatkan seorang pemilik ladang berbangsa eropah keluar dari negara yang bergolak tu....dan kesemua tentera penyelamat tu mati di bunuh oleh seorang sniper musuh ,hero jer tak jadi nak mati...sebab ceritanya mcm tu padahal kene tembak kat dada tu....begitulah ceritanya kita kene duri pelepah kelapa sawit kat tapak kaki pun dekat 2 hari jalan terhencot2x dia kene tembak kat dada tak sampai 24 jam terus boleh berjalan

Bagi aku yang feel tengok cerita macam ni terasa la jugak akan cemas yang terlampau jika situasi sebenar terjadi apabila pasukan kita di serang hendap oleh seorang sniper ....mau tak cemas sniper duk diam2x di tempat yang tidak di ketahui dan melepaskan tembakan dengan tempat mengenai rakan-rakan kita Ahah!!!! sapa tak cemas kan memang stress tahap apa ntah . Dalam filem mereka lah yang hebat tapi realitinya antara penembak hendap tersohor dunia adalah JUBA dengan gelaran Baghdad Sniper yang berjaya membunuh ramai askar penceroboh dan juga berjaya membunuh sniper tersohor negara inggeris . Bagi yang minat tu cari2x la kat mana yang patut ,untuk yang minat cerita2x macam ni la yerr...tak minat duk diam2x tengok Akademi F#!%@#*.. wahaha takpun layan KPOP ke wakakakakakkakaka!!!!>...... WaterPARK!!!!

Tiada ulasan: