Jumaat, 11 Februari 2011

Cerita Untuk Pagi Ini ( bacalah)


"Mak Aziz balik dulu Mak", "Aziz..... Mak kata jangan balik dah malam ni, pagi esok jerla
balik dah pukul sembilan ni...".

"Tak boleh Mak Aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu yang
tergendala mak...". "Aziz, besoklah balik , bukan apa mak melarang ni,
mak risau kamu balik malam-malam ni pulak tu sesorang, bukan dekat Kubang Kerian ker KL tu......"

"tak apalah Mak, Aziz balik dulu assalammualaikum" lantas Aziz mengucup
tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta Honda yang baru seminggu dimilikinya......

"emmm
mm.... Boring betullah.." rungut Aziz seorang diri lantas menutup gelombang radio ERA
setelah boring mendengar Jamal Jamalludin berceloteh.

Dijelingnya jam yang terpahat pada keretanya, detik jam 2 pagi, kini hampir
5 jam Aziz memandu, naik kematu buntutnya. Ditolehnya kiri dan kanan,
lebuhraya semangkin lengang mungkin kerana masing-masing sudah sampai
ke destinasi yg ditujui setelah seminggu menyambut hari raya korban dikampung

"emmmmm...baru sampai lebuhraya karak..., dah dekat gak ni.." tiba-tiba Azizn
terkedu, peluh mula memercik,
bulu romanya berdiri, dikepalanya mula berligar-ligar kata-kata
temannya " kou kalau balik Kelantan tu kena hati-hati jangan balik
malam-malam sangat, bahaya....tambah-tambah lagi area lebuhraya
karak tu....kemalangan selalu terjadi sebab jumpa makhluk ghaib......
" namun kata-kata temannya itu ditolakya jauh-jauh, didirikan semangatnya

"aaaarghhhh........ngarut jer...mana ader hantu ....
sekarang ni zaman internet jer ....sekarang ni..
hantuu semua tinggal dlm hutan.." kata Aziz keseorang
mententeramkan hatinya yang tidak tenteram....namun akhirnya tenteram
juga setelah Aziz membaca ayat-ayat suci al-quran...

Aziz masih di lebuhraya karak ditekannya pedal minyak seperti biasa,
Aziz memang selalu berhati-hati,tiba-tiba, jauh dihadapan,
Aziz terpandang kelibat objek putih yang seolah-olah terpacak
ditepi jalan, peluh nya mula memercik kembali "hantu ker?"soal hatinya......
"Argh...bukan" dikuatkan semangatnya. Semangkin hampir.......,dan
semangkin jelas pandangan Aziz terhadap objek itu,rupa-rupanya seorang
perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri
ditepi jalan, kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam.
"orang rupanya ingatkan hantu" begitu celupar mulut Aziz berkata-kata,
hilang perasaan takut Aziz dan kini diselubungi pula dengan perasan kesihan pula.


Segera Aziz memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu
dan mempelawa menumpangkan
perempuan tua tersebut....."mak cik nak kemana ni biar saya
tumpangkan, makcik naiklah...
bahaya sesorang malam-malam ni.......
" segera Aziz membuka pintu disebelahnya......
tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan
jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin
turun dihadapan. Kemudian perempuan tua tersebut
memasuki dan terus menutup pintu kereta....
"terima kasih nak" kata permpuan tua itu dengan suara yang garau dan
langsung tidak memandang
muka Aziz sebaliknya memalingkan mukanya keluar tingkap ......
perasaan takut Aziz kembali lagi apabila mendengar
suara perempuan tua tersebut.......garau sungguh menyeramkam........

"aapaaa....mak cik buat seeeeseorang kat tapi jalan ni,
baaaahaaaaayaaaaa mak cik, malam pulak tu"kata aziz terketar-ketar......

"sebenarnya, mak cik pergi cuti darah anak mak cik yang
meninggal akibat kemalangan ditempat mak cik berdiri tadi.......
" Kata perempuan tua itu lagi tetapi masih tidak memandang muka Aziz
"apa darahhhhh!!!!!!!!" jerit Aziz terkejut, peluhnya semangkin banyak memercik.....
mengeletar anggota badannya tetapi terpaksa Aziz melawan ketakutannya agar dia
tidak terbabas memandu kerana terkejut dan akan melibatkan kemalangan pula.......

"yer....anak mak cik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak
baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti jilat
di langsuir........"kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau.......
semangkin kuat anggota badan Aziz mengeletar......ditolehnya kearah perempuan tua
itu........tetapi perempuan tua itu memalingkan
mukanya......

"burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!!" tetiba baldi yang perempuan
tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna biru
dan beansur-ansur bertukar menjadi putih........ burghhhh......burghhhh........
burghhhh!!!!!!!! melimpah-limpah buih itu memenuhi ruang depan dalam
kereta, Aziz mengeletar tak terlintas
dikepalanya utk membaca ayat-ayat suci al-quran kerana terlalu takut
"maaaaaaaaak ciiiiiik keeeeenaaaapaaaaa baaaaldi maaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh"
dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling kearah Aziz.


"hiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii..........."
mengilai perempuan tua itu lantas berkata.....



" ITULAH KELEBIHAN SABUN BREEZZZZZZZZZZZZZZZ!!!!!" HE HE HE

2 ulasan:

vienni v v berkata...

hahahahahah....like ts story bro...TERBAIK.. ;) mmg mbebel btul larr uncle ini..hhahaaha

OrangTasek berkata...

uncle seekers ke??