Isnin, 7 Februari 2011

BUKAN SEKADAR FILEM UTK TONTONAN TAPI SARAT DENGAN SMS


Mesti berkerut dahi terbaca tajuk kat atas tu "BUKAN SEKADAR FILEM UTK TONTONAN TAPI SARAT DENGAN SMS" sebenarnya aku nak mengisahkan mengenai filem2x buatan 100% anak tempatan yang buat dengan idea yang baru2x takde la terlalu meniru lawak-lawak yang terdahulu zaman filem warna hitam putih tengok poster filem yang aku tunjuk kat bawah tu...hahahahaha... mesti ramai yang dah tengok termasuk aku dan peminat-peminat setia pengarah mamat khalid. Itu lah sebenarnye aku maksudkan dengan bukan sekadar filem untuk tontonan tapi sarat dengan mesej (sms)

Hantu Kak Limah Balik Rumah : Antara filem yang aku baru tengok dan lawak yang memang segar dan tak terlalu meniru sangat lawak2x yang sedia ada dan tidak akan kita samakan dengan lawak-lawak dari filem yang lain ...dan dialog yang berbisa la jugak sape yang makan cili dia la yang terase pedas...waahhaha memang terbaik la filem ni..tak rugi tengok kat astro hari tu.. harap2x akan ada lagi sambungan cerita ni sebab part yang akhir mcm akan ada sekuel kepada cerita ni. kalau ada pelakon2x lama mcm Mr os kan ke bagus sebab dia kan orang perak jugak..
Ngangkung: boleh tahan la filem ni kelakar pun ok ...kelakar seram katakan dan padat dengan mesej yang kita sendiri dapat agak..mula 2x lawak tapi part yang last sedih wooo... tersentuh jugak hati.. bukan senang nak berjaya dan menjadi kaya tanpa pengorbanan...ada betul ka kawan???

Tiada ulasan: