Khamis, 27 Januari 2011

SUDAH JAM 2.33 PAGI


Sudah jam 2.33 pagi mata tak pejam oksigen O2 dalam brain masih banyaklagi disegarkan lagi oleh campuran nikotin dan tar oleh cigar kotak merah 20 batang... semasa program di tempat kerja dari jam 2.00 petang hingga 10 malam bukan kepalang menguap dah macam walrus sakit gigi. Dalam kepala otak berkira-kira menghitung hari untuk pulang ke kampung sempena CNY . Juga aku teringat akan kata-kata pensyarah dari sebuah institusi pendidikan yang datang berbual denganku di selangi taklimat darinya mengenai peranan guru pembimbing kepada guru pelatih yang menjalani sesi praktikum di tempat kerjaku,Wahhh tak pasal2x jadi guru pembimbing kahkahkahkah mcm tak caye !!!!.. takpe aku cool sebab guru pelatih di bawah seliaan,bimbingan aku tu orang pahang jugak kahkahkahkah!!!... Betul tu!!!.. pabila cara percakapan aku yang selamba di persetujui oleh orang yang ilmu muziknya yang membawa gelaran lecturer . Kawalan kelas dan kreativiti
guru menarik perhatian guru dalam mengajar menjadi aspek utama dalam pengajaran didalam kelas. major kibod tu...sedangkan aku hanya asas sahaja dalam permainan alat muzik itu.. beli saja sampai 1 ribu lebih konon nak jadi sehebat maksim atau sesiapa saja yang handal dalam ilmu muzik mereka tapi tercengang dengan kebolehan seorang murid yang bermain kibod woww...very talented !!!... belajar kat mana?? yamaha music centre wow lagi!!!.. level berapa dah?? level 2 cikgu.. mainkan satu lagu cikgu nak dengar.. tak reti la cikgu!!!.. kenapa pulak?? tak biasa main kibod takde skor!!..fuhh wow!!!...lupakan persoalan tentang budak tu... aduhhhh!!!!... resit tak settle lagi.. bila la nak habiskan tontonan 6 dvd kamen rider kuuga yang aku beli semalam cessss!!!!... tv tengok aku sekarang sebab otak aku tengah mencurahkan idea dan jari jemariku dengan lembut menaip setiap perkataan yang telah diarahkan oleh otak sambil mata fokus terhadap setiap perkataan yang di taip ,jika terdapat sebarang kesalahan dengan segera jari telunjuk menekan butang backspace .
7 minit lagi akan meletakkan waktu pagi yang dingin ni ke jam 3 pagi dalam otak fikir boleh le bangun pagi esok?? kang terlajak macam pagi tadi nasib Pak Tua takde kat pejabat tadi kalau tak tak pasal2x kene sindir lagi...suruh beli jam baru . Dan sekarang idea makin kurang otak makin buntu nak mengarut apa kat entri jam 2.33 pagi ni. oh ya FB ermmmm.... makin menyampah aku nak bukak akaun FB terbaca akan status yang isshhhh tak leh nak kata la..dah mcm tempat luahan perasaan .Lantak la korang punya pasal.lebih sejam tadi baru jer update cerita mengarut aku kat blog aku yang kedua OrangPlastik di mana watak-wataknya ialah robot yang telah aku hidupkan dengan aksi serta dialog2x... baik tibalah waktunya mata semakin pedih nak menatap dan menghakis cahaya yang terbit dari layar komputer bimbit nie ...duit makin hari makin susut.. cepat jer nak habis janji hutang dah settle sudah lerrr... cerita hutang pulak worait di sini ajal ngomelan gue di blog ini ya... bila nak karaoke???

Wasalam!!!!...
SUDAH JAM 2.33 PAGI BUKANNYA CERITA SERAM MALAM JUMAAT
YANG DISANGKAKAN!!!...

TAMAT WAKTU AKU MEMFITNAH PADA 3.02 MINIT PAGI

Tiada ulasan: