Kebosanan yang melampau...terbaring kaku, mata terpaku ke siling rumah yang lagi putih dari gigi jiran sebelahnya hah??... duduk termenung di tebing katil lalu...
Terpandanglah sebuah gitar yang di belinya dulu pada tahun 2007 berjenama Fender Squier dengan harga yang agak berpatutan kepada seorang yang baru berjinak-jinak dengan kegaringan gitar elektrik RM 790.00 dan dia telah membelanjakan hampir RM 1500 utk barang2x lain yang berkaitan dengan muzik......
Dengan aksi muka yang terpaksa sensor kerana keburukan terlampau...buruk sangat la buat muka mcm tu rase menyesal pulak... jika di tunjukkan muka keburukan itu rasenyer dalam sebulan dia akan memakai topeng kamen rider.... tau kamen rider??
Dengan penuh perasaan tuning gitar pun bermula dengan tali nombor 5 bernada E hinggalah ke tali yang pertama yang juga bernada E.. Greng!!!!!.... jari jemari tangan sebelah kiri erat memegang not Am ( wajib) kalau dia pegang gitar... sebab lagu jiwang...
Cuba mencari kord lagu kamen rider.... yang menjadi siulan ketika beliau memotong bawang dan menyiapkan pinggan dan mangkuk untuk hidangan sekeluarga.... di tandas juga ada bait2x lagu tersebut... kecuali ketika dia baru bangun tidur...Lalu dia terpaksa melupakan hajatnya memainkan lagu itu...kerana perlu berkemas,mandi dan hidupkan enjin kereta kerana sekejap lagi dia akan berhijrah ke negeri tempatnya mencari rezeki.....
Selamat sampai dan perjalanan yang agak tersangkut-sangkut dek kesesakkan lalu lintas di lebuhraya utara selatan....... akan menyusul kemudian ... cerita mengenai perjalanannya.....
OrangTasek 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan