Selasa, 27 Julai 2010

Kisah Pokok Getah dan Pisau toreh getah dan Menoreh getah


Anda pandai menoreh?? suka menoreh?? pendapatan utama menoreh?? syokknyaaaa menoreh??... cerita pasal menoreh ni sesiapun pun ada cerita tentang menoreh ...Menoreh keluarnya susu getah lalu membeku dan terbentuk segumpal getah yang kenyal dan amat bernilai sekali...kerana segalanya getah dari tayar dan bende2x lain yang dicipta yang menggunakan getah..terima kasih penoreh getah jasamu di kenang!!!.. Cerita berkenaan pokok getah,pisau menoreh getah dan Menoreh getah...

Cerita berkenaan Pokok Getah
  • Berpengalaman dalam menanam pokok getah dari membuat line dan jarak setiap pokok yang akan di tanam pokok getah itu...sebab ikut orang tua buat kerja2x nie jadi tau lah sikit..bab mengukur buat line ni tak berapa reti sangat..
  • Pokok getah menjadi sandaran ketika penat dengan tangan sebelah kiri memegang pokok getah dan tangan kanan memegang pisau toreh padahal baru toreh 10 batang pokok ...maka terdengar suara dari lorong ke 4 dari sebelah kanan " oi.......nak tunjuk kuat ke?? baru berapa batang pokok toreh dah nak tunjuk kuat!!!" sekali kene perli dengan mak aku la....hahaa... di sambut dengan suara ketawa yang selalu aku dengar dirumah... itu dia adik aku mentertawakan abangnya yang baru menceburkan diri selama 30 minit dalam bidang toreh menoreh ...
  • Pokok getah akan menjadi tempat aku menunjukkan hasil seni ukiran menggunakan pisau toreh tersebut..kebanyakkan mendapat kritikan pedas daripada juri kerana bukan tak cantik tapi jahanama la pokok tu...adusssss!!!!!!!......

sesuci susu getah ,sekental sekerap..


Cerita berkenaan Pisau menoreh getah dan aku....
  • Seperti cerita di atas menjadi alatan utama menoreh dan mengukir hasil seni pada pokok getah..
  • Pernah membuatkan darah terpancut dari tangan ...oleh sebab nyamuk terlalu banyak libas sana...libas sini.. sekali malang memang tak berbau libasan yang kuat itu terkena tapak tangan maka terpancutlah darah merah ...kerana terkena urat ..wuiiiii... mcm tin coke kene tembak dengan senapang angin...pedesummmm laju..mengalahkan kelajuan cahaya...tapi steady tak menangis kerana ketika itu usiaku 14 tahun.. dengan selamba menegur Aki aku .." Aki teee en maham kenak waii " = Aki tangan saya kene pisau!!.. cepat 2x mulut beliau terkumat-kamit kerana melihat darah yang tak henti mengalir dari tubuhku...diambilnya tembakau dari kocek baju beliau terus ditempel....dan terhenti secara automatik wow!!! sungguh mengagumkan... terus balik ke rumah untuk mendapat rawatan susulan sebagai pesakit luar...hehe...
Cerita berkenaan menoreh getah..
  • Sebenarnye skill menoreh tak seberapa dan jika dipraktikkan lagi mungkin akan membawa bencana kepada pokok getah tersebut serta effect kepada keadaan cuaca ...dan bak kata orang tua... " tah ga celau arek..!!!" = entah2x nak hujan hari ni....kerana aku dah lama tak menoreh..kalau cuti tu ader la tolong time kutip sekerap..
  • time takde duit dulu ader la jugak menoreh..
  • tak pernah ada pisau toreh getah yang boleh disimpan untuk tatapan anak dan cucu aku...hehe...
  • menoreh sekarang gaji mengalahkan mereka 2x yang berkenaan ..sebulan mencecah ke 10k-20k bagi yang mempunyai kebun/ladang getah yang banyak dan besar..
Hargai hasil usaha para penoreh getah....
tanpa mereka takkan ada tayar kereta,basikal,motor..
sebulat tayar umpama pusingan yang dilakukan oleh
penoreh getah ketika menoreh!!!..

Tiada ulasan: