Sabtu, 10 Julai 2010

Hobi/sukan Ekstrem org kita...Malaysia boley!!!

Minat orang bermacam-macam ada suka yang ini ada suka yang itu..ada yang hobinya berubah-rubah mengikut zaman persekitaran dan mood seseorang dan pengaruh rakan atau dalam bahasa yang mudah RACUN!!!!..... berikut adalah hobi2x mereka...


berbasikal/mountain bike salah satu hobi yang menjadi kegemaran orang2x kita .Lokasi selalunya di kawasan berbukit ,jalan-jalan balak....ter la kot sebab tak pernah join haha...ada hajat nak join sebab BEST!!!!

Rock climbing salah satu hobi lasak yang sangat la menguji daya kegayatan seseorang pabila mendaki ....tak pernah cuba lagi... rasenyer tak cuba tak pe...sebab gayat yang melampau...walau duk rumah tingkat 5 hahaa...pernah join abseiling tu pun gayat cuba sekali jer...tiada kali yang kedua

Paintball hobi/sukan lasak@ekstrem yang sangat disukai oleh golongan remaja dan orang tua (kanak2x tidak digalakkan) bonus lebam/parut jika terkena tembakan ....tersangtla ekstrem...hobi ini memerlukan penggemarnya mengeluarkan wang beribu ringgit untuk membeli peralatan dan jika setakat main saja2x boleh sewa.. tak pernah try ...walau ada kawan2x yang main paintball..tapi lagi best kalau main woodsball/paintball jugak tapi dimainkan di dalam hutan..


Airsoft .. sukan yang berasal dari negara jepun dan sangat popular di mainkan di u.s , u.k hong kong,japan dan termasuk malaysia . Jika di malaysia sukan ini masih lagi menunggu lampu hijau dari beberapa pihak untuk meluluskannya.. sesuai bagi mereka yang tak dapat masuk askar dan menjadi askar pada hujung minggu (weekend warrior) dari segi peralatan memang menyerupai senjata sebenar skala 1/1 begitu juga dengan peralatan yang lain dari atas kepala hingga ke kaki.. kalau sesiapa nampak mesti anggap tentera ada latihan... ni lagi BEST!!!!!...


Tiada ulasan: