Hantu Payung.....Mungkin tidaklah sepopular kisah lagenda hantu susu yang pernah menjadi bualan dan menjadi tajuk utama akhbar di era 90an.zaman kecohnya cerita hantu susu ni ramai budak² tidur awal hahaha ..tidur lambat pintu rumah nak kena ketuk??? Buka pintu tercegat perempuan mengendong bayi Minta lampin,susu dan permintaan akhirnya kepala??? Sebab bayi Yang Di bawanya itu tidak berkepala??? Nohhhh...dulu zaman budak² jalan depan berek bujang ni la jalan paling dekat nak balik rumah.nasib la kalau lalu ralit sangat main bola menjejak ke pukul 7 masak la nak lalu jalan dekat ke jalan jauh...Hantu payung ni kisahnya perempuan yang berjalan di jalan berhadapan berek bujang dengan memakai payung dan kisah yang digembar-gemburkan hantu payung ni tidak berwajah .Cerita ni pun kecoh sekejap jer..hantu payung pun bosan kot sebab tak sepopular hantu susu.mana tak nye sekadar memunculkan diri dengan berpayung waktu malam.dan asal-usulnya juga kurang diketahui.bagi aku sekadar cerita dari pencerita kurang berkesan tapi mampu menakutkan budak² zaman tu.tapi Aku ada pengalaman Di mana kisahnya adik sepupu aku ni umur dalam 3-4 tahun rasanya dari petang kt rumah main sama² dan cakap nk tidur rumah kitaorang layankan aje..nak dijadikan cerita dalam pukul 8 lebih hujan kt luar rumah masing² duduk kt rumah tengok TV la aktiviti dulu² .adik sepupu ni start dah drama dia nk balik pulak dah..aku pun malas nk layan last² mak Aku suruh hantar..puas pukul balik pagi esok jer la..x dapat nak pujuk mak aku suruh hantar balik...jarak rumah dia dalam setengah kilometer jugak la..dan paling dekat memang lalu berek bujang Tu..asudah...dalam hati confirm ternampak hantu payung kejap lagi ni.disebabkan hujan sarung la baju hujan adik sepupu aku yang cenonet ni duduk la belakang sedap la duduk belakang baju hujan besar pulak tu sedap kau menyorok..redah la dengan penuh hati gusar,gundah gulana.mujur la takde apa² sampai rumah adik sepupu ni..nk balik mengadap lagi jalan yang Sama..tak nak ambik risiko lalu jalan yang jauh kahkah...
1 ulasan:
Wow menarik sekali hantu tersebut
Catat Ulasan