Ahad, 25 April 2021

LESEN SEBARAU TASEK BERA

Dah lama aku berazam dari 2020 lagi nak menaikkan sebarau tak kira saiz sebesar mana pun janji aku dapat strike sebarau dan merasai sentapan dari ikan yang di panggil serigala sungai ni cuma sini bukan sungai tapi tasik..yer tasek bera ..keterujaan trip pertama sekali aku strike sebarau tarikh aku tak ingat...dan gambar kedua di bawah kali.kedua aku strike sebarau ..teknik yang aku gunakan untuk mnangkap sebarau ni ialah melalui teknik trolling 
( tundaan,menunda)  gewang,lure,umpan tiruan yang aku gunakan ialah abu garcia tormentor 90mm floating 19g..kedua-dua ekor ni aku gunakan abu garcia tormentor mmg.banyak aku beli tormentor ni pelbagai warna sebab nak sesuaikan dengan keadaan air dan juga cuaca sebab ada pengaruh jugak warna gewang dengan keadaan air tasik dan jugak cuaca ..kalau panas aku suka pakai warna gewang pada gambar pertama tu..sebab dapat tu ketika cuaca agak panas terik..dan waktu petang hampir senja aku gunakan warna oren kemerahan.. 


 

Tiada ulasan: