Ahad, 9 Jun 2013

Kisah Misteri Si Pemburu Malam 1


  Mereka bersengkang mata hingga ke pagi menyelusuri semak samun ,hutan tebal hanya kerana nak memenuhi stok bekalan makanan iaitu daging di peti ais...yang duduk berhari-hari  dalam hutan daging salai di bawa balik tumbuk lada buat sambal cicah perghhh nikmat tak terkata...untung kijang...pelanduk jadi habuan...untung pelanduk kancil,landak..tenggiling ooo yang ni mahal..tak makan punya kasi jual .. namun dalam penat lelah mereka bertarung nyawa dalam hutan tebal nak bagi makan anak isteri kat rumah bermacam kisah mereka lalui.. 

Perempuan Bogel

   Kisah pemburu yang di ganggu oleh kelibat perempuan bogel di dalam hutan satu kisah yang agak melucukan jugak bagi aku mana taknya perempuan bogel mana la malam-malam macam tu nak ikut orang berburu...sebenarnya yang bogel tu bukanlah manusia pun jelmaan puak2x jin kat hutan yang cuba menganggu kosentrasi dan fokus para pemburu untuk berburu di dalam hutan .... sebenarnya itulah si jin penjaga kepada sang kancil...mengikut apa yang diceritakan lah sebab sorang dua ahli berburu tu pun bukannya calang orang...di kalangan orang yang berilmu jugak bab2x benda misteri ni.
   Rasanya kalau orang lain nampak perempuan bogel dalam hutan duk ikut dorang ke mana-mana maunya tak kenduri kat dalam hutan...alih2x keluar hutan jadi tak betul dan sakit sampai ke mampus jawabnya... jangan stim baca pasal perempuan bogel ni...hantu,jin ,setan  jenis apa aku tak tau la...

Dara tempang

   Masih berkisarkan gangguan yang dialami oleh pemburu jugak ni ha dia ...dara tempang sejenis setan,jin dalam hutan dan ada kawasan geng jin ni...masuk kawasan dia ....dia kasi nampak la..dia punya full body...ada yang kata sama jugak bogel..tapi yang boleh berkerut dahi bila terjumpa...sebelah kecik sebelah besar buah dadanya...mungkin hantu kopek kot... dan berjalan tempang 

banyak lagi kisah sebenarnya tapi ingat2x lupa ...

Tiada ulasan: