Selasa, 7 Mei 2013

Mengarut dah...



  1. Jenis pandan yang tak boleh masuk dalam periuk nasi masak nak masak ialah musang pandan...walau berbau pandan.
  2. Dua tiga kucing berlari mana nak sama si kucing belang...ramai yang tak tau kucing belang ni obesiti..bab berlari kejar mengejar ni dia tak berapa nak cergas  sangat..
  3. Pulau pandan jauh ke tengah....tapi pokok pandan belakang rumah jer alasan tak nak malas nak ambik..
  4. Bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor... bunga berkuntum-kuntum dah....kumbang tak berapa nak ada...sebab kena dek racun serangga..
  5. Blackout tak jadi masalah....asal jangan blackheart..

Tiada ulasan: