"Biarlah takda rezeki " ungkapanku kepada rakan-rakan yang bersemangat ingin memprotes keputusan pengadil yang di lihat agak berat sebelah ketika penentuan sepakan penalty. Ketika 20 minit masa permainan memang pasukan yang aku bimbing mengasak habis-habisan tapi kurang bernasib baik nak menjaringkan gol .Membawa cabaran sebagai pasukan pilihan juara memang berat sebab tahun lepas kami berjaya buktikan yang kami juara daerah bukan setakat tahun lepas tahun sebelumnya pun same...kebanyakan pemain memang agak bersedih tak kurang juga yang berjurai air mata dek kerana kekalahan yang seakan dianiaya itu..
Tapi keesokan harinya kami terus berjuang dan menaruh harapan dalam kejohanan lain pada permulaan agak mengecewakan tapi kami bangkit sehingga ke peringkat perlawanan akhir...siapa sangka pasukan yang mengalahkan kami pada perlawanan pembukaan dengan jaringan 3-0 tadi boleh jumpa balik kami di perlawanan akhir...tapi kami tewas juga dengan penentuan sepakan penalti aduhaiii ape nak buat...lagi 1 minit nak julang piala tapi sebab tak fokus habis la impian...tapi itulah ubat kami kekecewaan kami semalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan