Siapa yang tak terkenang kawasan yang menjadi kawasan permainan yang wajib di datangi tatkala tengahari dan petang menjelma. Pengkalan tuk aki kurus namanya..bersempena tuk aki yang kurus tubuh badannya. Pengkalan tuk aki kurus nama di beri.. Pengkalan tempat penduduk yang berdekatan dengan tasik parking perahu..dulunya perahu la sekarang semua dah berganti dengan boat. Banyak kenangan di sini banyak juga ilmu di timba di sini...ilmu yang di maksudkan ialah ilmu berenang dan menyelam. Berenang semampu yang mungkin dan juga menyelam selama yang mungkin...ilmu menangkap ikan guna pancing dan juga bubu... Jarak dari rumah sekarang lebih kurang dalam 150 meter atau mungkin dalam 200 meter.. Kalau bab main air 2-3 jam sampai sejuk pun tak kisah tambah pulak air dalam perghhhh memang syiok tapi kalau dah musim kemarau airnya tak dalam ada lagi lokasi lain untuk mandi..dulu riuh rendah kalau mandi apa la nak ditakutkan buaya takde hehhee... Ular besar pun jumpa sekali sekala jer tu pun orang lain nampak time hujan panas di lubuk yang berdekatan takut la mandi dalam 2 hari lepas tu...takde dah.. Sambung balik aktiviti. Mandi manda.pokok kercut dan rasau menjadi tempat persembunyian kalau ada permainan sembunyi..sembunyi.. Tak kurang jugak yang berenang sampai ke lubuk...apa nak takut...takut kena marah jer lebih kurang la.. Tapi itu semua tinggal kenangan. Kenangan yang takkan dilupakan. Tengahari tadi pun mengembalikan nostalgia zaman budak2 mandi manda sambil bercerita kembali zaman kanak2. ..banyak sudah berubah landskap pengkalan yang agak semak sedikit berbanding dulu terang benderang ape tak time mandi jer duk cabut rumput air yang menyemakkan lagi keadaan. Dulunya lintah takde tapi sekarang euwwwwww....tolonglah,tapi nasib la pulak mandi tadi tak sekor pun naik hehe.. Tempat mandi-manda lagi di kenang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan