Isnin, 27 Ogos 2012

Pawang Semelai Siri 1

   Sebutan hampir sama walau ejaan berlainan tapi maksudnya tetap sama.Orang nak bercerita pasal pawang aku pun nak bercerita jugak .Sama-sama lah kita berkongsi cerita. lagipun dunia ni luas banyak cerita di luar sana yang tidak diketahui oleh orang-orang seperti kita .Jadi gunakan lah kecanggihan yang serba ada ini untuk menceritakan apa yang kita tahu dan orang lain tidak tahu.

      Puyang/Poyang/Pawang  ada gelaran kepada individu yang memiliki ilmu yang tidak didapati oleh orang lain terutamanya dari segi perubatan yang berkaitan dengan ilmu-ilmu mistik dan magis. Poyang ialah sebutan bagi orang semelai .Poyang adalah individu penting dalam pentadbiran sebuah kaum semelai terutamanya .Tugas seorang poyang tidak terhad kepada mengubat saja tetapi menyeluruh hingga ke menjadi jurunikah dan juga pakar rujuk dalam beberapa perkara penting mengenai adat dan lain-lain.

  Ilmu seseorang puyang tidaklah semestinya mereka  menuntut di mana-mana dan kebanyakannya kerana pertemuan mereka dengan benda yang pelik-pelik  dan tak masuk akal. contohlah ada yang bertemu dengan ikan keli tetapi badannya lipan ada yang bertemu dengan kuda bertanduk.kerbau putih dan bermacam-macam lagi. bertemu di terjemahkan dari perkataan dalam bahasa semelai iaitu Cenroh tapi dalam maksud lainnya ialah terjumpa /bertemu sesuatu perkara yang kita nampak tapi tidak disengajakan.Kiranya setiap perkara yang di alami dan jumpai tu umpama ilmu kepadanya.

   Poyang juga ada berbeza-beza kemampuan jika A  boleh mengubat penyakit ini  belum tentu B boleh mengubati penyakit yang sama kerana lain pendampingnya berbeza-beza. Pantang yang di tentukan selepas selesainya upacara mengubat pun berbeza ada yang terlalu rumit pantangnya dan ada yang terlalu mudah untuk dipatuhi. 

   Tidak dinafikan di kalangan saudara mara jauh  aku yang pangkat-pangkat muyang dan tuk aki ni ada juga yang bergelar pawang. Paling aku kenali adalah muyang K ( tak boleh nak sebut nama penuh) hehehe... Arwah atuk aku selalu panggil dia dengan gelaran Tok Poyang. Menariknya tentang muyang K ni banyak la jugak mesti ada cerita kalau datang  rumah tuk aki aku. jika esok dia nak datang mudah dikesan oleh tuk aki aku sebab akan kedengaran bunyi belalang pelesit  dan esoknya memang betul lah dia datang katanya di hantar assistant dulu sebelum datang untuk memantau keadaan. orangnya low profile saja arwah tuk aki aku selalu membantu  tok puyang ni..yer la kan kalau dah sedara mara tolonglah. sebab tuk aki aku pun banyak mintak tolong dengan tok puyang ni. 


BERSAMBUNG

2 ulasan:

mazru berkata...

Mungkin perkataan pawang bagi kaum melayu dan orang asli semelai adelah sama namun maksud jauh berbeza...

baik,Pawang jika setau koi adelah gelaran bagi seseorang yang mempunyai banyok jenis kebolehannye..

misalnye dalam bidang agama beliau cukup tahu selok beloknye,bab berubat akar kayu,bab memburu,bab pertanian,bab perubatan mistik dan malah bab berejin(makhluk halus)

mudoh kata seorang pawang tu boleh mengubat sampailah boleh juge memimpin masyarakat...

wallohualam.

Unknown berkata...

Boleh x sy nk berubt dgn tok aki tuan