Rabu, 28 Disember 2011

Ohhh...Banyaknya Lintah Sekarang Ni

     Nak cerita pasal orang sana-sini bercerita mengenai lintah...tau kan lintah....aku sememangnya akan mengibarkan bendera putih jika tau la satu tempat tu memang ada lintah.... pernah jugak 2 ke 3 kali di rayapi oleh benda ni dalam keadaan tak sedar... kalau dulu time nak gi ikut memukat kat lombong yang sememangnya banyak lintah ni memang standby garam satu plastik kahkahkahkah penakut punya pasal...lalu jerr kawasan paya tu memang dah ada lekat 4-5 ekor lintah ...malam2x pun aktif nak isap darah...suluh dengan lampu terus letak garam mengelupur jatuh..nasib size kecik..cuma pesan orang tua kalau dah lintah tu naik kat badan jangan menjerit...kalau menjerit maka kuat lagi la cengkamannya..dan bagi yang berani pulak mcm ada cerita ni lintah dah dekat 20-30 ekor naik merayap ke kaki bila naik ke darat balik lintah tu semua terjun..hehe darah tak sedap kot.. pegang lintah ni pernah la jugak..time berkayak menepek kat tepi tasik...tapi silap port...ambek kauw naik sekor...kat kayak...beranikan diri pegang tapi boleh pulak dia lilit jari...adusss....apa lagi PTUIHHHHH!!!!! la tertanggal terus.. time banjir memang syok masa ku budak2x dulu main air...tapi bila ada sorang dua yang terjumpa ke ternampak lintah perghhhh fobia dia mcm nampak  buaya.. dan sekarang populasi lintah ni makin membimbangkan bagi yang penakut macam aku la...apa taknya dulu mana ada sngat sekarang aduhaiii dah semakin banyak...



Asal Usul Lintah 


Asal usul lintah ini ada dalam sirah iaitu kisah Nabi Ayub yang badannya habis dimakan oleh ulat. Baginda berdoa kepada Allah supaya hati dan jantungnya jangan dimakan oleh ulat tersebut kerana baginda hendak beribadat kepada Allah S.W.T. Dengan berkat doa Baginda, ulat tersebut jatuh ke tanah dari badan Baginda lalu menjadi lintah dan ulat yang diterbangkan angin menjadi lebah. Sebab itulah kedua-dua makhluk ciptaan Allah S.W.T ini mempunyai banyak kebaikan kepada umat manusia hari ini.

Tiada ulasan: