Ahad, 4 September 2011

Balik Kampung Gambar dan Ceritanya


Beginilah catatan perjalananku ketika pulang ke kampung halaman..
pada 27/08/2011

Plaza tol skudai... ambik tiket wayang..bayar kat plaza tol yongpeng

Baru sahaja melepasi plaza tol skudai..

Sekitar jalan Segamat-Muadzam-Kuantan ...cukup suka ikut jalan ni dulunya lah...sebab redup pokok kiri kanan jalan tapi sekarang semuanya di tebang..panas wooo..

Selamat Jalan Jumpa Lagi.... yeah!!! dah sampai Pahang
Papan tanda yang tertulis Sempadan daerah rompin....anda kini berada di negeri Pahang

Dah masuk negeri kelahiranku....Pahang Darul Makmur anda sekarang berada dalam daerah rompin
Lori putih yang telah melembabkan perjalanan ...DAMN!!!.. akhirnya dapat di potong dengan bergaya..memang la dapat pintas sebab dua lorong kat kawasan jambatan timbang sempadan Pahang-Negeri Sembilan

Tu dia simpang sudah nampak.... Kelajuan di kawasan kampung adalah 60-70kmj..jangan lebih..
kalau tak nak masuk semak...

Sampai lah sudah....padahal baru simpangnya... 8KM lagi nak masuk ke dalam..
sampai jer rumah lepas makan...terus terbongkang!!!..kepenatan

Cuti yang membosankan tak banyak aktiviti ... jemputan ke rumah terbuka ,kenduri kahwin..malas aku nak pergi duk rumah jer la...bertemankan adik aku yang kaya raya..



1 ulasan:

zulkbo berkata...

Salam..
selamat hari raya
maaf andai ada kesilapan
antara kita...